Thursday, May 25, 2006

Pada 3.36 pagi...

Rasa cam mimpi..cam betul..pkl berapa ni.. sapa plak sms pepagi mcm ni.. aku dengar cam hphone aku berbunyi sayup-sayup kat bawah bantal..nasib aku letak bawah bantal klu tak.. mesti Yon terjaga, tapi ringing tu ringing mesej, sapa plak sms pepagi ni.. suspen tul, aku takut Yon salah sangka plak, klu dia dengar.. tapi aku pasti dia tak dengar, sebab aku rasa dia lena sangat tido...

├łntah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku kerap terjaga dan payah nak lelap semula. Dr jam 2.15 pg td mata aku terkebil2 memandang wajah si comel yg lena disebelah aku ni. Anak seusia 2 thn ni pasti sedang dibuai mimpi indah. Sesekali pandangan aku beralih ke arah suami yg juga nampak lena di bahagian bwh, kelihatan sgt selesa biarpun hanya beralaskan sekeping comforter. Tiba2 hati aku digamit rasa sedih dan bersalah. Berdosakan aku seorang isteri mengenepikan suami utk kebaikan rumahtangga kami??? Terbayang2 kepayahan aku menyemai benih kasih 4 thn lalu, tergamakkah aku beralah dan berpaling dr mahligai yg hampir menginjak ke usia 3 thn pada 30 mei ini? Tidak!!! Sungguh aku x sanggup. Tapi, aku sendiri tak tau apa lg yg patut aku buat demi mempertahankan ikatan perkahwinan ini. Buntu... terlalu byk persoalan yg tiada jawapan menerjah ruang fikiran... Sekuat mana aganya hati perempuanku ini utk terus menggalas beban dan sarat di hati yg terlalu berat ini... Ya Allah.. aku mohon pdamu, berikan aku kekuatan dan petunjuk. Duhai teman, doakan kebahagiaan aku.. Hanya kalian yg mengerti kemelut jiwaku yg entah bila akan berakhir.. MAAF ANDAI AKU MENGANGGU MU SAHABAT...

Itula sms pada 3.36 pagi... terkelip2 mata aku baca sms syahdu tu... peritnya dugaan yang ditanggungnya.. pahitnya hari yang dilaluinya.. hibanya setiap rasanya... aku takkan sekuat dia.. aku tak mungkin boleh setabah dia.. tiba-tiba aku rasa sayu.. sayu pada 3.36 pagi... aku rasa betul2 sayu... aku pandang Yon kat sebelah.. ya allah ya tuhanku... semoga kebahagiaan, kasih sayang, rindu dan cinta antara aku dah suamiku akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami... aku jadi betul-betul sedih.. aku peluk Yon kuat-kuat rasa macam nak menangis.. Yon bergerak sikit... dia mcm sedar aku peluk dia... dia pun peluk aku... aku tak sedar aku menangis.. aku takut.. aku takut akan kehilangan Baharon Iskandar yang sayangkan aku..yang cintakan aku.. takut kehilangan kasih sayangnya..cintanya.. aku tak sedar aku boleh menangis.. sehinggakan dia sedar.. dia tanya aku`...kenapa ni...'dia sedar kot...aku nangis... aku cakap tak de apa... dia tanya..`sayang mimpi ke? dah aar tu...tido la...'... sayang tak mimpi abang... sayang rasa sayu dengan sms tu... dia kawan sayang... sayang dapat rasakan apa yang dia rasa... Tapi kata-kata tu cuma sangkut kat kerongkong aku jek..

Kenapa ada lelaki yang tak menghargai apa yang ada didepan mata.. Kenapa perlu mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada... Kenapa perlu melupakan kasih sayang yang dibina... Teman... aku pun banyak soalan yang tiada jawapannya...

No comments: