Tuesday, June 27, 2006

Petang Jumaat .... Pagi Sabtu...

Jumaat petang, malasnya nak masak.. ajak hubby makan KFC kat luar.. Sekarang hubby dah tak nak makan nasi malam, so selamatlah aku tak yah masak.. tapi aku musykil sampai bila dia tak nak makan nasi kat umah..? Singgah Spectrum Yon sebok nak beli kasut bola, aku tahu memang aku tak boleh nak haling dan sekat minat dia pada bola.. Aku pegang kata-kata hidup berumahtangga yang paling penting bertolak ansur. Tak apalah aku akan cuba sedaya upaya untuk bertolak ansur… bertoleransi…

Hari ni, Sabtu.. akak ajak b.friend dia datang lunch kat umah aku… pepagi aku dah bangun siapkan brekfeast untuk Yon, Kueyteow goreng… emm tapi kerang tak de.. aku belasah je la ngan ayam.. hehehe… Ya Allah Baby Yayang bucuk ni susah sangat nak bangun pagi.. memang susah… geram sungguh aku… Hari ni aku gomol dia pun dia buat dek jek.. lagi sedap dia tarik selimut.. ada sesape ada petua camana nak kejutkan orang susah bangun tidur tak… sebab aku dah tak tahu camana nak kejutkan baby bucuk aku ni lagi… Aku cakap dah pkl 8 baru terkial-kial bukak mata.. itu pun cam nak tak nak jek… Last sekali aku pun tertido sekali sampai pkl 6.45. Yon pegi keje pkl 7.45. Hari ni aku kena kemas rumah, cuci baju yang satu bakul tu, mop lantai.. setle semua kerja pukul 10.00, pkl 11 aku kuar ambik akak aku, kitorang masak takla special mana, tom yam, udang masak sambal, goreng paprika, goreng ayam, ulam timun, itu je… Jenuhla tunggu b.friend dia datang pkl 3 baru sampai.. Actually aku dah second time jumpa ngan mamat ni, nama dia Mohd. Wildan, nama best, very nice name. Orang dia not bad la.. kira bolehla.. tak perla kak… jodoh pertemuan ajal maut tuhan dah tentukan.. andai ini jodoh yang ditetapkan.. alhamdulillah.. kak… aku betul-betul bersyukur kau dah ada seseorang yang mengambil berat.. aku hidup dengan kau selama 31 tahun, tak pernah berpisah… dari dalam rahim mak kita …kita bersama.. bila masa suka…kita ketawa bersama… dan bila masa berduka kita menangis bersama… apapun keadaan ianya cukup indah kak… dan sekarang walaupun aku ada kehidupan dan tanggungjawab sendiri.. tapi kau tetap kakak kembar aku sehingga akhir hayat, tak pernah aku lupakan kau.. dan aku tahu tidak lama lagi kau akan punya kehidupan dan tanggungjawab sendiri seperti aku… dan yang pasti kau juga akan punya seseorang yang akan menyayangi kau macam Yon menyayangi aku… ianya cukup membahagiakan kak.. aku sentiasa doakan kebahagiaan kau…

Lepas makan tengahari semua….diorang keluar..tinggallah aku terkonteng-konteng sorang diri, Yon bila nak balik ni…sayang rindu… rindu.. tapi malam ni Yon main bola..ya allah boringnya aku…Yon dah makin bersemangat sebab ada kasut bola baru… uuuwwaaaa.. dia mesti tak ingat aku…uuuwwwaaa…..

4 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Weii..ko ada kakak kembar ek.
wei nk tgk gambar kakak kembar ko,,

PuteriSatu said...

emmm ko nak tengok gambar kembar aku ek...nantila aku taruk kat sini eh... ko sabor ler...weh naper ko tak online weh?

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ooo...hubby awak ssh nk bgn erk..samerla ngan hubby kiter...ssah tul nk bgun pg...maleh dh nk kejuttt...habis tenaga kejut dio pepagi...asyik2...kojappp...sabo jo lahhh....hehehehe
> kalau time cuti..ha..tidola spai ptg pung...

SHIEM said...

nak msjbox emailkan kat aku kat http://shiemz.arfah.net.... okies dokies....