Wednesday, August 02, 2006

Rumah Ibu Mertuaku....muehehehe....

29 Julai 2006 (Sabtu)

Petang sabtu aku balik Sepang umah mertua aku… alhamdulillah dia tak de… memang aku rasa lega… aku dengan Yon sampai dalam pkl 7.. kebetulan aku masak spageti dari rumah… sesampai je rumah mertua aku… terus kitorang makan ramai-ramai… semua ok… aku rasa kalau dia tak de…semua ok…semua berjalan lancar… ok je… MIL and FIL aku..ok sesangat… Malam aku tolong MIL aku masak kat dapur sambil sembang… lepas makan… kitorang tengok tv… dalam pukul 10 member Yon call…ajak jumpa..sebab diorang datang Sepang makan ikan bakar… so kitorang pun keluarla… diorang datang couple-couple… seronoknye dapat keluar makan-makan macam tu..tapi sekarang lagi seronok… sentiasa boleh makan bersama… alhamdulillah…nikmat perkahwinan… on the way balik singgah pantai…main ombak tengah malam…muehehhe…teringat zaman bercinta kitorang dulu…

30 Julai 2006 (Ahad)

Bangun takla awal…dalam pukul 8.00 pagi… tapi rumah mertua aku ni memang cam ni…diorang bangun seawal 6.30 pagi…dan diorang bersarapan ringan-ringan dulu… MIL aku memang tak masak..Cuma buat air untuk FIL aku…dan adik lelaki Yon... masa aku turun jengok MIL aku kat dapur… dia baru je berkira-kira nak buat sarapan… dia kata nak buat nasi goreng… aku kata..okla aku tolong…tengah tolong MIL aku…hubby aku turun ajak kuar beli roti canai… aku tak nak.. tapi MIL aku kata..tak per..pegila..dia boleh gorengkan nasi tu… dia kata..pegila jalan-jalan… and lepas bekfes semua…dok lepak2 jekla… sampai pkl 11…MIL aku nak kuar ke pasar….dia pesan suruh aku masak nasi….masak banyak lak tu…sampai 6 pot…eh biasa ke aku masak nasi sampai 6 pot…. Aku tak biasa sebab aku tak tahu beras dia beras apa..muehehhe…sebab lain berasnya kena kurang air…lain berasnya kena lebih air…ha sudah….aku kata…nanti terlembik ke….mesti MIL aku cakap apa plak nanti…3 kali aku jengok rice cooker tu takut nasi aku masak lembik..muehehehhe…alhamdulillah…elok je…sedang-sedang elok jek…. Lunch MIL aku masak ikan tongkol masak kicap…asam pedas ikan jenahak…goreng ikan…goreng sawi…sambal udang…ngan masak rebus bendi…mueheheheh..banyaknye aku makan…. Petang lepas makan… mata masing2 semua ngantuk..hubby aku ajak kuar temankan dia potong rambut…dengan aku-aku sekali potong rambut….balik dari potong rambut…ingat nak mandi laut…tapi air belum pasang…lagipun panas sangat…so tunggu jek la petang….balik rumah jekla mandi….balik rumah..MIL aku cakap…dia nak balik…alahai…ya allah ya tuhanku…aku harap semua ok..dan tak de hati yang berkecil dan terasa nanti…. Lepas mandi aku turun…nak tolong MIL aku goreng mee ..sebab dia kata nak goreng mee… maklumler menantu sorang lagi nak balik… sukahati la mak..janji mak bahagia….muehehhe…aku cakap tak per…biar aku goreng….elok je mee goreng masak..dia pun sampai….jeng-jeng-jeng… salam mak…salam abah…and salam aku… emm…aku ingat pesan memember aku…buat biasa je….buat derk je… rasa nak tegur..tegur…sebab aku balik…aku buka nak jumpa dia..aku nak jumpa MIL dan FIL aku jek….dan kakak aku kata….klu dia tak tegur…anggap jek yang dia tu tak de je kat situ….buat biasa je…aku pun buatla cam tu…aku buat hal aku je….aku bertembung dia kat dapur…aku rasa nak tegur aku tegur..tapi elok plak dia tegur aku dulu…walaupun sepatah…tapi okla…entahla…dah memang perangai dia cam tu la aku rasa…yang penting aku buat je hal aku kat rumah tuh….aku tak nak berkecil hati…aku tak nak terasa hati….rumah tu rumah mertua aku jugak..tak de bezanya….dan aku tak perlu rasa rendah diri atau rasa terpinggir…sebab rumah tu rumah hubby aku jugak…so tak de sebab aku nak rasa di pinggirkan…and alhamdulillah..semuanya ok…aku anggap je yang memang dah perangai dia tak suka tegur orang…habis cerita….and hubby aku pandai… dia tak membiarkan aku keseorang di rumah tuh…. Dia risau bimbang..takut aku terasa terasing…tak per…aku sebenarnya lebih rasa yakin sekarang…daripada nasihat kawan-kawan blog aku…kawan-kawan chat aku…diorang banyak bagi support kat aku..supaya aku tidak sangat rasa merendah diri… Tapia pa yang aku perhatikan…dengan MIL aku pun dia tak banyak bercakap….10 patah MIL aku Tanya…sepatah je yang dia jawab… itu yang aku nampakla….di belakang aku..wallahualam…

Malam cam biasa…makan…dalam pukul 10.30 baru tolak untuk balik KL….sampai umah dalam pukul 12.15…jem teruk kat tol Sg.Besi…

So itu ajela cerita aku…berhari minggu di rumah mertua….muehehehe….

5 comments:

tgazfa said...

cayalah! tepuk2 tangan! ..that was a good start... :-)

PuteriSatu said...

tgazfa : muehehehe...berkat sokongan memember semua nih...aku jadi kuat dan bersemangat...

Ayu said...

haaa kan ok tuh... hhehehe takpe PS.. ko teruskan aje.. aku rasa org yg jenis mcm nih dia dgn semua org dia camtu.. agaknya dia jenis pendiam tuuu

PuteriSatu said...

ayu : itu ler....ini pun berkat sokongan korang seme...aku jadi kuat...

Anonymous said...

This is very interesting site... http://www.maternity-clothes-product-information.info/Audidealerships.html term insurance quotes london http://www.surveillance-0.info/lifeassurancecompanies.html Sear stop watch Antidepressants magazine online business newsletter Baccarat crystal free betting call center virtuel top+level+domains+0d0a Sofa bean bag dryer vent Ad+levitra+tv Cb richard ellis tv commercial Search proclear contact lens Buy hills prescription id in uk http://www.generic-viagra-4.info/Personal-experience-using-viagra.html Ranking long term care insurance companies london Brand name cosmetic closeout