Wednesday, December 06, 2006

Untuk Renungan kita bersama...

Kata-kata ini aku ambil dari blog member aku...semoga jadi panduan kita bersama....

Untuk suami.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa
Aisyah pun tidak setabah Fatimah..
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita
menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya .
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..
Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar
dan Sarah

20 comments:

Fadh Rahman said...

emm...penuh bermakna dan pengertian...mmg patut dijadikan renungan dan iktibar bersama...tak kira laa samada untuk mereka yang dah lama kawin ke...baru kawin ke...baru nak kawin ke...belum kawin ke...tak kawin- kawin ke...atau yang nak kawin lagi...he he he...thanks masuk blog saya...kembar ko dah lama bermaharajalela kat blog aku...aku pun sama laa gak...!

Abang Long said...

Abang Long bukan lelaki terbaik, abang long bukan suami terbaik, abang long bukan ayah terbaik, tetapi abang long berusaha menjadi lelaki, suami dan ayah terbaik, kerana, abang long dikelilingi oleh isteri, puteri dan putera TERBAIK.

Puteri Satu said...

akumasihdisini : penuh makna kan...untuk ko pun samala tuh...hayati betul2...

abng long : Tak per abang long...kita cuba jadi yang terbaik..walu bukan untuk orang lain..tapi untuk family kita ya tak....

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

bagus info nihhh...

Puteri Satu said...

zu : itula pasal aku taruk kat sini..suh korang-korang seme baca...

Fadh Rahman said...

tolong...tolong...akak ko ngamuk kat blog aku...tolong...tolong...!

RaFFLeSiA MeRaH said...

akumasihdisini : weiii, ko ni bising lerr....shuhhhh, shuuuuhhhh...

Puteri Satu said...

akumasihdisini: akak aku ngamuk? naper...? naper dia ngamuk weh...? batuk pun meringku lagi..nak ngamok plak...perut dia dah kenyang tuh...sebab makan nasi paprik aku tadi tuh...

rm : woit...memang bising ler..memantak kepala aku jadinye...

Anonymous said...

entry yang menyedarkan, terima kasih kerana berkongsi

Puteri Satu said...

AM : YERLA...yang baik kita kongsi bersama....

13may said...

bagus artikel nih...

Puteri Satu said...

13may : apa salahnye sesekali kita bagi satu N3 yang bagus...ya tak...

Mummy Rizq said...

aku tengah mencuba untuk menjadi isteri MITHALI.. mampukah aku??? muaahaaha..

Puteri Satu said...

Mb : klu ko ada niat nak mencuba jadi isteri mithali tu pun ko dah dapat tau...dan aku tahu...bila ko mencuba..ko pasti akan jadi isteri mithali dan ibu yang solehah pada anak ko...apapun.yang penting kita kena mencuba..tul tak...?

Puteri Satu said...

MB: klu ko ada niat nak mencuba jadi isteri mithali tu pun ko dah dapat pahala tau...dan aku tahu...bila ko mencuba..ko pasti akan jadi isteri mithali dan ibu yang solehah pada anak ko...apapun.yang penting kita kena mencuba..tul tak...?

HAPPYIRFA said...

hai puteri..lama tak jenguk blog akak..saya cuti.harap akak sihat

edyan7 said...

yo lah... yan pun kena pasang niat ni...nak jadi isteri solehah!! hehehe...usaha gak tu kan...

Kaklong Syikin said...

salam,

ya Allah, puteri, akak dah lama cari sajak ni. dulu akak pun dpt melalui email, entah camner terdelete, akak mintak ngan kawan akak, dia kata pun dah tak de..
nak mintak izin siarkan kat blog akak juga boleh tak?

suka sangat ngan bait2 katanya ni..

setuju ngan sajak ni..pendek kata, kalau kita nak pasangan kita bagus sangat, kita pun mesti sampai standard yg samakan..

Puteri Satu said...

irfa : oo ya ke....cuti lama..patutla..akak tak berapa sihat...


Yan : yorla yan....try the best..

kak syikin : iyerla kak....silakanla....sesama kita kongsi mana yang baik ya tak...

Kaklong Syikin said...

salam, tima kasih ya ..