Friday, April 30, 2010

Nak Balik Kampung

Hari ni dah start cuti...
Kejap lagi nak gerak balik kampung...
Rindunya kat kampung yang tercinta...
Last balik CNY yang lepas...
Ni dah macam robot dah nih...
packing baju...sidai baju... lipat baju..
kemas rumah atas bawah.. jap turun bawah..
jap naik atas... tapi tak kurus-kurus gak nih...
konon dah dok umah double storey ni berat leh turun...
dah 4 bulan tak timbang nih..
kurus ke tak...hahahhaa....

Thursday, April 29, 2010

Alhamdulillah... Terima Kasih Daun Keladi Nuffnang....



Alhamdulillah...
Terima kasih Nuffnang...
Setelah hampir 12 bulan (tak sanggup nak sebut setahun..hahahah...)
Inilah hasilnya....
Lama giler kan nak tunggu 12 bulan tu...
Apapun... Pada mulanya hanya hobi dan minat...
Tak sangka ada pendapatan pulak... pada mama...
Ini satu bonus untuk mama blogger yang tak femes nih...
Hphone dah rosak... leh la beli hphone memurah kot...
Tak perlu mintak papa belikan..
Sebab bulan ni... nak guna banyak duit kan....
Apapun... mood happy sesangat nih...
Sebab cek dah sampai kat tangan...
Lalalalala.....

Wednesday, April 28, 2010

Aqilah Tak Nak Tido....

Kejap tadi badan Aqilah panas balik...
Dalam setengah jam... ok balik....
Sekarang dah okla... suhu normal....
Biasala demam bebudakkan.. kejap ok... kejap panas...kejap kebah...
Mama nak tidokan... susu dah buat 3 botol.... menyusu.. tapi tak habis macam biasala...
Ada balance dalam 1 auns gitu... selalu habis licin...
Kesian kat dia... demam tak tido... selalu klu demam dapat tido.. lega sikit...
Tapi Aqilah tak nak tido... dok tengok Tom n Jery la.. Upin Ipin la... Ben10 la...
Tak tido la kot petang nih...
Tuh je update untuk petang nih...
Dah nangis2 dah tu.. tak tahu nak apa...

Alhamdulillah... Demam Aqilah semakin kurang...

Pagi tadi... badan Aqilah still panas lagi....
Bangun tido.. lagi panas badan dia...
Tapi lama-lama.. makin kurang panas..
Dalam kul 10... dah tak panas...
Suhu badan pun back to normal...
Tapi mama and papa still paksa Aqilah makan ubat...
Jenuh kena berperang.. sorang pegang Aqilah... Sorang sumbat ubat...
Aqilah memang susah makan ubat.. susah sangat-sangat...
So... takat ni.. alhamdulillah... dah tak demam... harap-harap tak de lah melarat... harap-harap beransur baik terus sampai pagi esok...

Aqilah Demam....Mama EL Lagi...

Hari ni mama terpaksa EL lagi...
Aqilah pulak yang tak sihat...
Demam dari malam tadi dah... badan dia kejap-kejap dedar...
Kejap-kejap ok....
Jap gi nak gi klinik...
Sian Aqilah....
Aqilah yang jarang sangat menyusahkan mama...
Aqilah yang jarang sangat demam....
Sesekali Aqilah demam....
Mama kesian sangat...
Kejap lagi kita gi klinik ye sayang...
Aqilah kena makan ubat...
Kalau tak makan ubat... camana Qilah nak baik....
Ok sayang....
Tapi walupun demam...
Aqilah still aktif jugak...
Biasala budak-budakkan...

Monday, April 26, 2010

Aqilah Di Pagi Ini...

Hari ni... Lambat lagi... huhuhuhu... Pepagi.. baru nak melangkah keluar pintu.. Aqilah dah bangun cari mama.. sedar2 dah menapak turun tangga... tapi Aqilah very gudgirl..

Aqilah : Mama... mama nak gi keje mama...??
Mama : a'a... mama nak gi keje dah...
Aqilah : okey mama.. nanti mama belikan Aqilah.. ultraman... ben10.. cd tom n jery .. kat giant ye mama...
Mama : okey..okey.. nanti mama belikan.. tapi mama kena gi kerja dulu la...
Aqilah : Ok mama.. by mama... Qilah nak tengok tv...

Alhamdulillah.. boleh g kerja dengan aman walaupun lambat 15 minit masuk ofis... huhuhuhu....

Sunday, April 25, 2010

Acacia Park Diceroboh Lagi...

Pagi tadi balik dari Aktiviti Sukan Bolasepak Persatuan Penduduk Acacia Park.. apa bercerita pasal berjayanya pencuri kasut ditangkap pada awal pagi tadi...Pencuri tersebut menurut papa... budak lelaki baru berusia 15 tahun... dan menurut sumber... dari Desa Anggerik... Alahai... baru berusia 15 tahun sepatutnya di pagi hari tempat kamu di rumah... bukan di kawasan rumah orang untuk mencuri kasut... kenapakah pendek sangat akal kalian... kenapakah kalian tidak berfikir sejenak... apa yang kalian buat ini betul atau salah... cetek sungguh akal kalian...

Akhirnya menurut papa... mereka yang berjaga malam tadi... bawa budak ni kebalai polis... polis menghubungi ibu bapa... dan ibu bapa datang membuat rayuan untuk minta anak mereka dilepaskan... selepas tu.. tak tahu apa kesudahan ceritanya... kalaulah budak ni terlepas... tak mustahil bulan depan... dia akan datang.. dan membuat perkara yang sama... Aduhai... Acacia Park.. minggu lepas baru lagi dikejutkan dengan berita Pak Arab sesat... minggu ni kes curi kasut pulak... Kalau boleh pihak berkuasa lebih kerap datang meronda di Taman Acacia nih... kerana kejadian yang tak diingini bila-bila boleh berlaku....
Nauzubillah....

Isteri 'Achik' di dunia & akhirat - Petikan Pacaindera


WASIAT Achik untuk 'berteman' dengan Rania di alam kekal menjadi kenyataan apabila akhirnya berhadapan pusara Rania dia disemadikan.


DI TEPI pintu yang bercermin, kala hari semakin gelap, seorang kanak-kanak kecil setia menanti. Sesekali dia mengintai, matanya melilau luas, mencari-cari ke luar rumah. Dengan puting susu erat di mulut, dalam pelat bahasa kanak-kanaknya, berkali-kali dia bertanya, 'Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah tak sampai lagi ni?'

Penat menanti, akhirnya dia ketiduran tanpa mengetahui selama kehidupannya, dia akan terus menanti.

Ya, benar, semenjak malam itu, anak kecil berkenaan terus bertanya soalan yang sama. Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah belum balik rumah?

Anak kecil yang bernama Sofia,3 tahun itu sebenarnya tidak akan sama sekali bertemu dengan jawapan kepada persoalan itu.

Ini kerana, lelaki yang ditunggu itu sudah menutup matanya, hayat hidupnya telah berakhir dan dia telah dipanggil semula oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam.

Ayahnya, lelaki bernama Adillah Murad Md. Shari yang kita kenali sebagai Achik, pelantun suara kumpulan Spin itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika perjalanan pulang ke rumah kelaminnya di Senawang, Negeri Sembilan pada 17 April lalu.

Kenderaan MPV yang dipandu arwah terbakar di tempat kejadian dan Achik disahkan meninggal sejurus selepas kemalangan di kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban, Negeri Sembilan.

Selain Sofia, Achik meninggalkan seorang lagi anak yang masih kecil, Safia, 10 bulan dan seorang balu, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof (Tasha).

Anak pertama pasangan ini, Puteri Rania meninggal dunia selepas beberapa bulan dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.

Kejadian ngeri yang membuatkan dalaman jasad penyanyi itu cedera serius, pembuluh darah pecah dan hatinya hancur berkeping-keping, selepas setengah jam berjanji di talian telefon untuk membawa keluarganya keluar makan selepas persembahan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

"Saya tidak pernah menyangka, anak-anak akan kehilangan ayahnya dengan cepat. Ketika Sofia dan Sumayyah (panggilan untuk di kecil) masih tidak kenal erti hidup, dia sudah pergi.

"Dulu ketika kami hilang Rania, arwah yang bagi saya kekuatan untuk teruskan kehidupan.

"Sekarang bila arwah yang jadi tulang belakang saya selama ini sudah pergi, saya tak ada sesiapa lagi. Hanya ada dua anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri tidak tahu macamana caranya saya hendak teruskan kehidupan selepas ini," luah Tasha dalam bicara tersekat-sekat, ketika saya dan teman-teman mengunjunginya, lima hari selepas perjalanan arwah ke alam barzakh.

Kami hadir untuk berkongsi rasa dari dalam diri Tasha sendiri, sementelah kami sendiri cukup mengenali Achik sebagai salah seorang penyanyi muda yang cukup baik, bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya.

Dia tidak pernah lokek keringat, malah selalu menerima pelawa Pancaindera untuk memeriahkan acara kami tanpa banyak tanya dan soal tentang ganjaran.

Malah, Achik yang kami kenali juga, bukan seorang artis yang bermasalah sehinggakan sukar sekali untuk mencari meski sekecil hama, sisi negatifnya selama ini.

Mula merinduinya

Melihat Tasha yang pada hari pengkebumian jenazah suaminya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, wanita ini cukup tabah, malah jarang sekali menangis kala ditemubual media. Pun dalam pertemuan kali ini, dia berubah sama sekali.

Dalam pandangan matanya yang tidak 'segalak' dahulu, Tasha tidak mampu menahan air mata kata kami bertanya tentang perancangan untuk zuriat yang ditinggalkan arwah.

Barangkali kunjungan selepas lima hari kehilangan itu, telah membuatkan dia mula merindu. Jika sebelum ini dia hanya merasakan suaminya hilang kerana urusan kerja di luar daerah, hari kelima membuatkan dia sudah mencari-cari bau sang suami.

"Benar kak, saya sudah mula rindukan dia. Terbayang-bayang dia ada. Sofia pun lepaskan rindu dengan mencium baju arwah. Saya tak tahu, apa lagi yang perlu saya jawab, bila Sofia hari-hari bertanya mana Achik pergi," katanya lagi.

Menelaah nostalgia, mengenali Achik semenjak pertemuan pertama mereka pada Januari 2002, menurut Tasha dia tidak mungkin akan bertemu dengan lelaki sebaik Achik lagi.

Meskipun mencari untuk sepanjang hidup, dia tahu lelaki seperti Achik tidak akan ada duanya.

"Saya mahu menjadi isteri dia di dunia dan di akhirat. Saya tak akan fikirkan apa-apa lagi selepas ini kecuali anak-anak dan kenangan bersama arwah.

"Sepanjang hidup,masa bercinta, bertunang, lepas kahwin, dia tidak pernah sakitkan hati saya. Cakapnya tidak pernah tinggi . Pemergian Rania membuatkan dia selalu berpesan, kalau apa-apa terjadi kepada dirinya, dia mahu saya jangan menangis.

"Sebab itu, pada hari dia meninggal, di depan orang saya tidak menangis kerana saya ingat pesan dia walaupun dalam dada saya bagai mahu pecah menahan sedih. Tetapi sekarang entahlah, saya berasa sudah tidak kuat lagi," ceritanya lagi.

Setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan bahawa arwah sudah meninggalkan beberapa alamat atas pemergiannya itu.

Ini termasuklah perilaku ganjil yang tidak pernah dada sebelum ini dan hanya setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan akan segala perubahan itu.

"Dua minggu sebelum meninggal, dia cepat sensitif, suka bersedih. Selalu juga dia buat benda macam dalam keadaan tergesa-gesa. Angkat kain tergesa-gesa, berjalan tergesa-gesa, makan pun hendak cepat, sedangkan masa tu bukan banyak kerja pun, " imbasnya.

Ketika rumah teres setingkat yang suram itu kami tinggalkan, hati sebenarnya sangat berat. Masih mahu bersama 'meratah' pilu seorang isteri yang ditinggalkan, pun saya akur, sekuat mana pun kami mencuba, masih tidak dapat menyelami duka laranya. Sempat juga saya ingatkan Tasha, bahawa dia tidak perlu bersedih.

"Sekarang, Achik sedang bersama Rania. Tasha dengan Sofia dan Sumayyah, itu adil bukan?," dan wanita itu erat mendakap saya sebelum kami berpisah.

Di petang yang rembang, hati kami turut terkesan. Pilu kerana satu kehilangan teman yang budiman. Al-Fatihah.


Mengalir airmata mama.. tersedu-sedu membaca kisah isteri Arwah Achik Spin... mengenangkan anak perempuannya yang lebih kurang sebaya Aqilah... yang sedang petah berkata-kata... yang bijak bertanyakan apa saja yang terlintas dibenaknya... paling terharu bila masa dia menanti si ayah pulang ke rumah ...Allahuakbar... semoga ibu kamu diberikan kekuatan untuk menghadapinya ya nak...aduhai...semoga kalian diberikan kekuatan yang jitu.. doa mama semoga kalian kuat... al fatihah untuk arwah..


Petua Anak Berselera Makan...

Entry sebelum ni pasal mama masak lemak kobis + daun kunyit.. Aqilah memang cukup berselera makan... dan Oyis ada bertanya.. ada petua tak nak bagi anak berselera makan... sebenarnya mama tak punya apa-apa petua... Aqilah pun sebenarnya ada mood jugak.. kadang-kadang pernah jugak satu hari dia tak sentuh nasi.. just menyusu je... Tapi sebenarnya itu bukanlah satu perkara yang kita sebagai ibubapa perlu bimbang... sebab susu yang diorang minum tu sebenarnya memang dah cukup khasiatnya... cuma bila anak-anak kita dah membesar... dah semakin nakal... diorang memerlukan lebih tenaga.. sebab tu kita perlu tambahkan dengan nasi.. atau apa-apa karbohidrat... hahahaha. dah macam pakar pemakanan pulak dah... padahal bukan tahu apa pun... huhuhu...

Ok... sebenarnyakan.. kita sebagai ibubapa.. perlu tahu apa makanan kegemaran anak-anak.. contoh macam Aqilahlah... mama tahu.. dia memang suka sop ayam + karot + tomato... memang akan makan bertambah-tambah... kadangkala mama je yang stopkan dia makan.. sebab klu suap dia tak nak berenti makan... hahaha.. mama rasa cam dia dah kenyang tu.. mama stop.. mama kata.. Aqilah dah kenyangkan... so stop dulu ok.. nanti mama suapkan lagi... satu lagi .. kalau anak-anak tak nak makan ni.. cuba beri diorang makan time diorang tengah leka tengok tv.... tengok rancangan kesukaan dia la..macam Aqilah.. mama selalu suapkan time dia leka tengok tv... memang lajuuuu je dia makan.. suap je ... hilang... suap je hilang ... nasi dalam mulut dia tuhla maksud mama... hiks... Ada orang kata... kita kena ajar anak supaya makan satu meja dengan kita... memang mama ada amalkan jugakla... tapi adeeeh... terukla mama... sebab setiap kali dia kat meja makan.. memang dia akan tarik mangkuk sup.. tarik mangkuk sayur.. tarik mangkuk ikan.. semua dia cedok dengan sudu dia.. pastu dia nak bagi-bagikan dalam pinggan kita... itu belum termasuk yang tumpah kat meja dan kat lantai lagi... memang cukup menduga iman betul... so.. kadangkala memang mama suapkan Aqilah dulu makan... baru kitorang makan.. itupun kadangkala dia kacau gak... Pada pendapat mama... rasanya tak penting sangat untuk makan bersama dengan anak.. kalau anak yang baru nak menginjak usia 3 tahun kerana anak yang seusia ini... memang cukup-cukup nakal... mungkin bila dia dah semakin besar... kita boleh pupuk semula untuk makan bersama... tidak terlambat pun... insyaallah... sebab yang penting pada anak yang berusia 3 tahun ini adalah cukup pemakanan... sebab diorang ni lebih main dari makan dan minum...

Ada sesetengah parent... uih... nak ajar anak makan sama la... biar la berkecah lantai.. berkecah meja makan pun tak per.. sebab nak ajar anak makan.... pada usia dia setahun ke dua tahun boleh... tapi bila dia dah 2-3 tahun... huhuhuhu... memang makan tercekik la jawabnya... ada yang tertelan tulang ayam kang... ahaks.... ini dari pengalaman mamalah.. Mama pernah dapat nasihat dari seorang kakak lah... kat ofis mama... dia kata... ko kena ajar anak ko makan sekali kat meja makan... biarla berkecah pun tak per... sebab anak kena ajar dari kecik makan sama.. nanti baru dia selera makan...tengok mak ayah dia makan.... hahaha... klu takat tengok je tak per kak...ini... allahuakbar...bila mama laluinya... nasihat kakak tu memang tak boleh pakai....sebab Aqilah memang nakal... kalau ada budak yang very behave... dok diam je... makan dengan cukup sopan santun.. bila nak tambah sup.. Mama.. nak sup... mama pun taruk sup.. mama nak sayur.. mama pun taruk sayur.... hahaha memang dia parent yang paling bertuah la dalam dunia nih...

So.. apa yang penting pada mama... kita kena tahu apa peberet anak kita... macam Aqilah memang suka sup ayam + karot + tomato... pastu... masak lemak kobis + karot sikit + daun kunyit sikit... pastu ayam goreng... kadang2 kalau mama malas masak... just makan ngan kicap ngan ayam goreng je... itu dah cukupla tapi takla bertambah-tambah makannya... Korang pernah try masak sup ayam + karot + tomato tak... pastu masak lemak manis kobis + karot + daun kunyit... gorengkan ayam... u all pernah try tak...? kalau tak pernah.. try masakkan.. sebab budak-budak selalu suka masakan macam tuh... kalau sesapa nak resipi beritahu.. nanti mama try letak kat sini resipinya.. mudah sesangat... cuma kena rajin sikitla untuk anak-anak kan....

Saturday, April 24, 2010

Apa Ajelah Yang Mama Buat Hari Sabtu Nih...

Semalam dah la EL... kan... hari ni cuti.. Tapi ntah kenapa mama rasa malas je... tengahari ni pun tak masak... Aqilah pagi tadi dalam pukul 10.30 dah pun mama suapkan nasi kicap ngan ayam goreng... kenyangla dia... so tengahari... mama suapkan buah anggur... banyak ya rabbi dia makan anggur.. mahu 30 biji gamaknye... last2 dah banyak sangat... kata kat dia.. nanti Aqilah sakit perut makan anggur banyak sangat... tapi dia tetap nak lagi.. memang buah anggur tu memang peberet dia la... beli sekilo.. memang 4-5 hari je.. dia sorang je yang makan.. huhuhuhu... hari ni Aqilah tak banyak sangat kerenah.. tak banyak songeh... kalau tak... uih.. memacam nakalnya dia... benda-benda yang tak tercapai dek akal... memang Aqilah sangat-sangat nakal... tak tahu nak katalah... tak per.. tak per.. budak nakal selalu bijak.. hahahaha itu kata oranglah... kalau bijak.. alhamdulillah... itu yang mama doa siang dan malam... Hari ni je 4 kali dia menyusu... susu yang keempat... terus lena sambil tengok Tom N Jery.. tak yah mama tepuk2 dah lena... penat agaknye manakal tak tentu hala... Mama ingat jap gi nak gi Tesco.. tapi terbaca kat blog Izan @ Cemomot... hari ni Sabtu hari tanpa plastik.. adoiyaii.. memang tak sokerr tul la... memang bagus sebenarnya kempen tuh.. tapi aduhai... susah ler... nak punggah barang masuk bonet... kalau barang basah... habis ler bonet keta.... adeeehh... tak tahu la nanti papa dia nak gi ke tak gi ke.. ikut ajela... esok pun boleh sebenarnya... esok kan ahad.. tapi susu Aqilah dah memang tinggal tahap kritikal dah... memang kena gi cari petang ni gak...

Bulan depan birthday Aqilah... 1st time nak sambut birthday Aqilah kat rumah sendiri... memang hajat di hati nak buat kat rumah majlis kecil-kecilan... tapi dah alang-alang.. ingat nak terus buat doa selamat dan house warming... insyaallah.. kalau tak de apa aral... so.. kena buat check list awal-awal apa yang dibeli... macam last year buat kat KFC... so.. bawak diri jekla... cam pengantin baru.. seme orang uruskan.. kita tahu.. tak cukup makanan... dik.. top up ayam... dik top up coleslow.. dik topap ini.. dik topap itu.. nak balik... bayor... hahahaha memang mudah dan cukup senang... tapi papa bukan cop duit every year nak buat kat luar... kena kumpul duit sesikit dulu.. Tapi puashati la last year.. sebab Aqilah sangat-sangat happy... lebih2 bila dapat potong kek ngan Cheeky tu.. memang dia suka sangat... memang berbaloi sangat mama rasa perabih duit... kita pun tak penat kan... tapi tahun ni kita try buat kat rumah sendiri pulak.... nak buat doa selamat seme... semoga diberkati tuhan insyaallah....

Oklah.. nak gi solat... ada masa kita update lagi...

Friday, April 23, 2010

Lauk & Sayur Favourate Papa & Aqilah


Ayam masak sambal..


Masak Lemak Kobis + Daun Kunyit...

Malam ni anak beranak makan tak cukup nasi.. hahahha... tak de lah tak cukup nasi.. tapi bertambah-tambahla maksudnya tuh... Aqilah memang mama bagi nasi ikut sukatan..hahaha... tak leh makan terlebih banyak... nanti badan dia makin debab.. huhhuh.. sekarang pun berat Aqilah dah 19kg.. umur baru nak masuk 3 tahun.. dah macam budak umur 5 tahun... so jalan terbaik... mama kasi dia makan.. rasa-rasa dia dah kenyang... stop... becoz Aqilah pun kuat nyusu kan.. papa Aqilah... makan ler bang selagi nak makan.. hahahahha... So tu jekla lauk untuk malam nih...

Mama EL....

Pepagi lagi dah bangun sebenarnya... tengah siap-siap..
Atok Aqilah mesej... kata macam tak berapa nak larat hari ni...
Sebab sakit pinggang... huhuhu... terlebih menjahit agaknye tu memalam...
So... mama pun tak sedap hati nak gi kerja...
Ambik keputusan... EL sajorkla...
Sekarang nih... Aqilah lum bangun lagi...
Mama baru lepas kemas kat bawah...
Kain tak berlipat ada 2 bakul....
Ingat nak mengadap kain 2 bakul tu jap gi...
Kat Nilai ni... cuaca pun mendung je...
Baru lepas hujan....
Kalau tarik selimut balik join Aqilah...
Aci tak...??? ahaks...

Thursday, April 22, 2010

Hphone Mama Buat Hal... Uwaaa...



H.phone ni papa yang belikan untuk hadiah birthday mama Februari lepas... tapi yang sedihnya... mama tak tahu apa silapnya.. kot mama salah setting ke apa... sejak isnin lepas... hphone ni buat hal... orang cakap kita dengar.. tapi kita cakap orang tak dengar... uwaaaaaa.... paaaa... tolong paaa.... dahla next month... kitorang ada perkara penting nak buat.. sebab dah lama berniat... so.. niat yang elok tak bagus ditunda-tunda... rasanya... kena tunggu dulu lah baru boleh rembat hphone baru nih... paa.. mama nak Sony Ericson yang megapixel dia 8.0....gegegegege....

Wednesday, April 21, 2010

15 Thn CT & Pelancaran Album Apresiasi












Ni semua ahli keluarga Tok Ti nih...




Apapun... 3 beradik ni... Aura Tok Ti gak yang paling menikam...

Apapun diperkatakan.. mama tetap minat Tok Ti nih...

p/s - Gambar dicilok dari FB Siti Nurhaliza Taruddin Official

Monday, April 19, 2010

Gotong Royong Acacia Park

BLOG PERSATUAN PENDUDUK ACACIA PARK

Tarikh : 18hb April 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Taman Desa Jati (Acacia Park)

Tujuan : Membersihkan longkang-longkang di kawasan taman yang antara punca berlaku pembiakan nyamuk-nyamuk aedes seterusnya menyebabkan demam denggi.

Nota : Semua Penduduk dikehendaki hadir



Baju Petronas hijau itu adalah papa Aqilah ye... ahaks...


Alhamdulillah ramai yang hadir....



Seperti sedia maklum... taman yang mama duduk sekarang ni.. memang banyak kes denggi... dan sebulan 2 kali sure ada Kementerian Kesihatan datang fogging... tapi tak per... mama suka... dan kitorang memberikan sepenuh kerjasama... contohnya bagi diorang masuk fogging dalam rumah... dan kawasan dalam pagar rumah.... Tapi memang ada jugaklah segelintir pengghuni rumah.. yang tak memberikan kerjasama... semuanya adalah hak individukan... Dan mama cukup rasa berbangga tengok bila diadakan gotong royong... begitu ramai yang hadir.. walaupun memang ada segelintir penduduk yang memang tak pernah menampakkan muka... menurut papa Aqilahlah kan.. mama tak tahu... ahaks... Mama cukup berbangga dengan yang memberikan kerjasama nih... kalian memang berhati mulia... Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga... hanya untuk kerja-kerja amal dihari minggu... Alhamdulillah.. hanya tuhan yang memberi habuannya... Dari pandangan peribadi mama sendiri... kita sebagai penduduk... perlu ada sikap bekerjasama... jangan memikirkan kepentingan peribadi semata-mata... sekali-sekala jengahlah kawan-kawan yang bersusah payah menjaga keselamatan Taman kita... Mama memang cukup memberikan galakan untuk papa dalam bekerjasama dengan Rukun Tetangga Acacia Park... kerana mama tahu... betapa pentingnya hidup bekerjasama dalam sesuatu kejiranan...

Dan mlm minggu baru ni jugak papa beritahu... ada cubaan memecah masuk rumah berhadapan taman... Padahal RT yang bertugas mengawal keselamatan ada bertugas... betapa beraninya mereka-mereka yang tidak berhati perut ini... sanggup memunculkan diri... pada malam hari yang mana ada penduduk yang bertugas malam.... Mama cukup ngeri memikirkannya... menurut sumber.. mereka datang dengan satu van dan memuatkan 8 orang... tapi cubaan memecah masuk rumah tidak terjadi.. kerana mereka menyedari adanya penduduk yang bertugas malam... aduhai... sebenarnya 3 minggu berturut-turut
papa bertugas pada malam minggu tapi malam tadi.. papa terkecuali... kalau tak... dah pasti papa menjadi salah seorang saksi kejadian... Apapun... doa mama bukan saja kepada papa.. tapi kepada kesemua penduduk yang bertugas mengikut jadual setiap malam... doa mama... kalian dilindungi Allah dari sebarang perkara yang tidak kita ingini... kerana niat kalian cukup mulia... dan cukup terpuji.. orang lain lena diulit mimpi.. kalian bersekang mata menjaga keamanan... mama seru kepada semua penduduk yang menghuni di Taman Acacia ini... bekerjasamalah... bersatu kita teguh... bila bercerai kita roboh.... Tanamkan sedikit sikap bekerjasama dalam diri kalian semua... kadangkala peranan isteri-isteri juga penting.... berilah sokongan untuk suami-suami kalian dalam setiap aktiviti Rukun Tetangga.... Apalah salahnya kita korbankan sedikit masa kita bersama keluarga... untuk keamanan tempat tinggal kita... untuk keselamatan jiran tetangga kita... dan bukan juga untuk orang lain.. tapi untuk kita sendiri...

Jom Masak Bersama Aqilah



Aqilah : Mama... Qilah nak macak ni mama...
Mama : Okey... Aqilah nak masak ape...?
Aqilah : Aqilah nak masak pegti aarrr mama... (Masak Spageti la maksud dia...)
Mama : Hush.. mesti sedap ni Aqilah masak nih...
Aqilah : Cedap aar mama... jap ye mama.. jap... mama tunggu ye...
Mama : Okey... cepatla masak.. mama dah lapar nih...
Aqilah : Eiii mama ni... tunggu aar.. cian Qilah tengah masak ni mama...
Mama : Okey..okey.. mama tunggu...
Aqilah : Mama.. minum air dulu mama... (Sambil hulur cawan mainan dia...)
Mama : Okey... ala Qilah.. tawar la air Qilah... tambah susu 3 sudu sayang...
Aqilah : Okey mama... jap Qilah letak susu... satu.. dua ..tiga.. dah mama...nah!
Mama : Emmm.. sedapnya Qilah buat air...
Aqilah : Okey mama....pegti dah masak... bla..bla..bla....

Mama dah tak larat nak tulis apa yang diborakkan... huhuhuhuh... sebab ini budak memang banyak cakap... ahaks...

Sunday, April 18, 2010

Wallpaper Pun Sangat Cantik...

Semalam mama ikut Cik Ngah Aqilah gi survey-survey Wallpaper... Ada satu kedai wallpaper kat Jalan Salak nama D'Bond Wallpaper... Jalan menghala ke kota Seriemas dari Bandar Nilai Lama... Diorang tengah buat promosi.. less 60%... memang harga sangatlah berpatutan... tapi mama tak sempat nak snap gambar... sebab lupa... dah nak balik baru ingat... huhuhu... Untuk rumah yang berkonsepkan Moden Kontemporari.. memang sangat sesuai... macam-macam design wallpaper ada.. dari mahal.. hingga yang murah pun ada... Teringin juga nak buat kat Teratak Puteri ni... tapi lum decide lagila... kena discuss ngan papa dululah baru leh buat keputusan... tapi memang sangat cantik.. dan mama sangat-sangat berkenan juga...

Mama try search kat cik google... mama terjumpa website ni...wallpaperboutique
dan web ni MelodiLara design dia sama lah macam D'Bond Wallpaper tu jugak...


Design ni memang mama sudah jatuh cinta... teringin buat kat bilik cenggini...


Kat hall pun sesuai gak... memang design ni buat mama tak tidur malam... huhuhu..


Kaler ni pun cantik...kat living hall..


Pink pun ada.. memacam design... pun cantik...


Ni pulak pink belang-belang...


Pink bunga-bunga pun ada..





Apapun... tunggu kumpul duit dulu... hiks... next year kalau bajet mengizinkan... boleh kot...

Friday, April 16, 2010

Toner SimplySiti



Nanti mesti ada yang kutuk... baru sat tadi nak kumpul duit gi umrah...ahaks...
Last-last gi Ampang Point jap tadi... terjah Watson.. nampak barang SimplySiti...
Harga leh tahan.. tapi yang buat tertarik.. sebab boleh bawak solat... maklumlah.. pepagi mama harus bersiap dulu baru solat... so.. dengan barang-barang kosmetik SimplySiti nih... mama boleh bawak solat tanpa was-was... Kebetulan toner dah habis... so mama rembat jekla Toner SimplySiti nih untuk permulaan...nak beli semua sekali harung tu... tak mamfu ler mama... kata nak jimat cermat kan... sebulan satu barang.. boleh kot... tengok camana toner ni.. kalau ok.. next month leh beli Pencuci Muka dia lak.. rege pun RM29.90 jugak...

Teringinnya Nak Ke Mekah....



Sejuknya jiwa tengok Erra ngan Aleesya bergambar berlatarbelakangkan Kaabah nih... Betapa bertuahnya Aleesya... baru berusia setahun dah merasa ke sana...

Teringinnya mama nak ke sana bersama keluarga...
Teringinnya mama nak menjejakkan kaki ke tanah suci...
Mungkin setiap umat islam punya niat yang sama macam mama...
Ya Allah ya tuhanku... murahkan rezeki keluarga kami....
Permudahkan usaha kami untuk menjejakkan kaki ke tanah haram itu....
Teringinnya untuk merasa beribadat di sana.... Kau permudahkanla ya Allah...
Amin.. Amin...

Betullah.. mama dah lama teringin nak kesana... tengok gambar Erra ni... lagi rasa membuak-buak.. kat ofis ni... ada je orang buat umrah... lagi mama rasa teringin... aduhai... bilalah duit dalam Tabung Haji tu nak cukup... dapat buat umrah pun jadilah dulu... Lepas ni kena usaha lebih gigih lagi untuk kumpul duit... mama niat sebelum umur 40 tahun nak gi buat umrah...insyaallah....

Thursday, April 15, 2010

Gambar Terbaru Aqilah....


Aqilah Najla yang sangat-sangat nakal....

Situasi 1

Pagi tadi.. mama lepas solat subuh.. Aqilah dah bangun...

Aqilah : Mama... Mama cuti ke...?
Mama : Taak sayang.. mama kerja....
Aqilah : Mama keje ke... papa tak keje?
Mama : Papapun keje...
Aqilah : Papa keje ye... oooo... nanti mama belikan Aqilah mainan ye mama...
Mama : Yerlah sayang... nanti mama belikan Aqilah mainan ye....
Aqilah : Ok mama... Qilah tak nangis aar mama... mama nak gi keje.. Qilah tak nangis dah mama...
Mama : Alahai.... bijaknya sayang mama nih.... Aqilah dah besar.. tak lama nak sekolah... so.. Qilah tak leh nangis mama ngan papa nak gi kerja...ok...
Aqilah : Okey mama....

So.. mama boleh pergi kerja dengan senang hati.. tanpa tangisan Aqilah...alhamdulillah...



Situasi 2

Bila petang.. mesti nak main basikal kat depan rumah... sebab ramai kawan-kawan sebaya dia yang main basikal...

Aqilah : Mama..papa.. Qilah nak gi main basikal...
Mama : Tunggu kejap nanti papa bawak...
Aqilah : Cepatla papa... tu kawan-kawan Qilah semua dah ada tuh...

Aqilah memang suka berkawan... yerla kat rumah pun cuma ada atok dia je.. sesekali dapat berkawan... dia sangat teruja...



Situasi 3

Aqilah : Mama.. Qilah nak tolong mama basuh pinggan arr mama...
Mama : Okey..okey... jap mama gi ambik kerusi ye... (Tapi belum sempat kita gi ambik..dia dah tolak kerusi dulu dari kita..hahaha)
Last-last.. mama biarkan aje dia main air kat singki.. tak leh buat apa... biarkan je sampai dia bosan... hahahaha.... Orang kata time anak nak tolong ...kita galakkan aje... biasakan dari kecik.. so... layankan ajelah...



Situasi 4

Aqilah : Mama... Aqilah nak tengok citer Tom N Jery mama...
Mama : Mana ada la... lum start lagi...
Aqilah : Eiii mama ni... tekanla 616 mama...
Mama : yerla..yerla...

Dia dah cukup hafal dengan 616 Chanel Carton Network...wekekkee...




Ini gambar budak yang cukup petah.. bijak... aktiv.. nakal...dan degil... hahahahha....
Apapun.. mama dan papa.. sayang sangat kat Aqilah... next month Aqilah genap 3 tahun... alhamdulillah Aqilah membesar dengan sihat dan bijak... mama rasa baru je mendakap Aqilah yang masih bayi.. rupanya dah besar sayang mama....

Tuesday, April 13, 2010

SimplySiti

Teringin sangat nak beli SimplySiti nih...
Tetengah bulan ni... poket pun tengah senak-senak....
Tapi nafsu begitu bergelora teringin nak beli...
Nak tunggu gaji... lambat benor lagi....
Paaa... tak nak belikan mama ke pa....


Cantik...


Bertuah...


Berbakat...


Apa yang tak de kat Tok Ti nih...


Lengkap sebagai seorang wanita... cuma masih belum dikurniakan zuriat...

Paaaa... bila papa nak belikan mama SimplySiti ni pa.... dapat compact powder dia seketoi pun jadi la paa.... ini adalah entry memujuk... ahaks....

Monday, April 12, 2010

Coklat Tukar Putih...



Satu lagi wishlist mama untuk Teratak Puteri.. sudah terlaksana..
Alhamdulillah... nak wishlist yang hebat-hebat tak mampukan...
So... takat cat mengecat.. tukar menukar ni je yang mampu..
Apapun... mama dah bersyukur sangat dengan apa yang ada...
Yang pasti... mama sangat gembira dan puashati dengan pemegang tangga yang sudahpun bertukar putih itu... best...best...
Ikutkan hati... kat sudut tangga sebelah kiri tu... nak buat sudut english...
Tapi tak tahula bila nak terlaksana... no idea.. sebab mama tak reti sangat...
Tak perla..pelan-pelan kayuhkan...

Sunday, April 11, 2010

Mama Betul-Betul Dah Jatuh Cinta.....

Mama betul-betul dah jatuh cinta dengan kusyen cover kat blog AnimLittleCottage ni....


Sweeett sangat...sangat...


Cantiknyeeeeee...


Ni pun..sweeettnyeee....


Ni pun lawa....


Ni pun....lawaaaaaaaaaaa.....
Adeeeehh.. camner nih...
Ingat nak rembat gak la seketoi dua hujung bulan nih...
Huhuhuhu....

Baby Garden Nilai 1



Dah lama ajak papa singgah kat sini.. tapi asyik bertangguh je...
Akhirnya.. dapatlah jugak terjah sini...
Kedai ni kepunyaan orang melayu...
So harganya pun kira boleh tahanla...
Tapi... baju baju untuk anak-anak pakai hari-hari...
Sangat murah... so sesapa leh terjah sini... kualiti..boleh tahan gak..
Sesekali kasi support kat peniaga melayu kan... apa salahnya..



Papa belikan anak dara dia baju Guess... bukan pilihan mama...
Kaler pink... harga mama lupa nak tanya papa berapa... huhuhu...

Saturday, April 10, 2010

Terima Kasih Faina...



Sebenarnya ni gambar tertunggak... tapi dah baru hari ni niat terlaksana... so... mama tunggu sekali harung ajelah... Daun limau purut dengan buah limau purut adalah pemberian jiran mama... FAINA... terima kasih banyak-banyak... ni hasil yang dalam pasu besar tu ye faina...??? Hari minggu lepas dah dia bagi... tapi baru hari ni mama masak tom yam... balik kerja tak sempat nak masak...



Ni tom yam makan ngan bihun untuk dinner malam nih... sebelum ni mama selalu perah buah limau nipis.. kali ni perah limau purut... memang lagi sedapla... pernah kawan ofis cakap... kalau perah dengan buah limau purut.. tomyam lebih sedap... memang terbukti... tapi susah nak cari buah limau purut ni..kalau kita tak tanam sendiri kan... apapun... ada 5 biji lagi... lepas ni..boleh buat lagi.. Mama bercadang nak hantarlah sikit tom yam ni untuk tuan limau tu... tapi... husband pulak tak berapa sihat... so... insyaallah lainkali akak buat... kasi faina rasa ye...

Friday, April 09, 2010

GAMBAR KAMI @ ICEROOM

Minta maaflah ya kalau ada yang dah muak... sebenarnya.. mama tak sempat nak buat cerita sekali harung.. so mama buat citer sekerat-sekerat.... hahahaha... Sebelum ni mama tunjuk gambar makanan icecream la bagaikan.. so kali ni.. mama nak enterpreme muka-muka kitorang lak... ahaks... Tapi silalah abaikan kegemukan mama tu ye...


Anak dara mama yang sangat-sangat nakal.... dan sangat-sangat banyak cakap... huhuhu..


Ini adalah cinta hati mama yang sangat-sangat cerewet dan banyak borak.... huhuhuh...


Mama dan papa.. yang sama-sama gemooook....

Rasa-rasa.. berapa kg berat mama nih....

Papa kata.. sajelah la tu melentok sebab nak cover muka tembam... saje je tau...


Apapun.. memang mama gemoook... mama mengaku... huhuhuh.... sebab Aqilah pun kadang-kadang boleh kata... eeii mama ni... gemokla... huhuhu... anak pun dah kata mama dia gemuk..camner tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...