Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.
Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran berupa jam, set mandian, laptop, manisan, kek, kurma, dompet, kacamata, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, sireh junjung dan cincin kahwin manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kek, manisan, set penjagaan kulit, set mandian, tas tangan, kain, coklat, sireh junjung, wang hantaran dan cincin.
Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.
Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.
Sumber dari : OhBulan
2 comments:
sama cantik, sama padan kan mereka kak.
Tahniah untuk Irma Hasmie dan suami...
cantiknye blog...jom follow blog anak kembar kami...
http://elisyaeliya.blogspot.com/
Post a Comment