Monday, July 02, 2012

Anugerah Kota Mekah Buat Irma- IRMA BIDADARI REDZA

Best jer tengokkan gambar diorang ni kan...
Semoga bahagia hingga ke syurga...
Saya suka tengok...
Mood pantin baru lalalalaala...



TIDAK pernah berniat mengerjakan umrah untuk dipertemukan jodoh, namun itu yang terjadi dalam kehidupan realiti pelakon Irma Hasmie. Pertemuan yang berlaku secara tidak sengaja di Tanah Suci Mekah rupa-rupanya adalah petunjuk awal pelakon Irma Hasmie Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya.
Saat melakukan tawaf yang ketujuh menjadi detik pertemuan antara Irma dan keluarga Redza.
Sapaan daripada seorang wanita, Datin Azizah Osman yang kini berpangkat ibu mertua kepada Irma menjadi pembuka cerita kepada sebuah kisah cinta yang masih belum bertajuk.
Bibit perkenalan itu berlanjutan selama 10 hari sepanjang mereka di kota Mekah, sebelum ibu mertuanya menyuarakan hasrat untuk melamar Irma ketika mahu berangkat pulang ke tanah air.
"Apa yang boleh saya katakan ialah jodoh itu berlaku tidak secara terus, tetapi saya sudah boleh agak. Sangkaan saya tidak meleset apabila ibu mertua saya menyampaikan hasrat untuk merisik saya melalui orang tengah yang merupakan rakan kami





"Seterusnya, berita itu disampaikan pada keluarga saya. Katanya mahu menghantar rombongan merisik. Daripada merisik, terus ditetapkan tarikh bertunang dan pada majlis bertunang terus disahkan tarikh berkahwin," tutur Irma yang ditemui selepas selesai majlis pernikahannya di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Jumaat lalu.
Titisan air mata tumpah membasahi pipi selepas mereka berdua sah bergelar suami isteri. Segalanya telah dipermudahkan dan perkenalan singkat itu berakhir di jinjang pelamin. Satu anugerah yang cukup besar rahmat buat Irma dan Redza sendiri.
Irma telah menerima sejumlah tiga dinar (RM2, 220) sebagai mas kahwin dan 11 berbalas 13 dulang hantaran.
Tanpa diduga, pelakon itu juga menerima wang hantaran sebanyak RM33, 333.33 sebagai hadiah pernikahan mereka daripada pihak lelaki, sedangkan menurut Irma, dia tidak meminta wang hantaran sempena bergelar isteri Redza.





Biarpun semuanya berlaku dengan pantas, Redza yang berusia 31 tahun memberitahu, dia yakin dengan 'anugerah' Tuhan kepadanya, lebih-lebih lagi selepas sepasang mata redup itu terpanah melihat Irma sewaktu bidadarinya itu berada di hadapan pintu Kaabah.
"Cinta saya kepada Irma bermula di tempat suci. Apa yang lebih istimewa lagi ialah cinta kami bermula antara Irma dan keluarga saya, dan itu membuatkan saya lagi terharu.
"Saya yakin dengan apa yang Tuhan beri kepada saya. Sesungguhnya Irma merupakan pemberian Tuhan yang terlalu istimewa kepada saya. Saya akan jadi suami yang penyayang kepada Irma.
"Saya mahu Irma jadi isteri yang solehah kepada saya dan keluarga serta hormat orang tua" luah Redza yang merupakan seorang ahli perniagaan.








Karier selepas kahwin
Berubah status daripada bujang ke isteri orang pastinya memberi satu kelainan kepada pelakon dan pengacara ini.
Semua akan berjalan seperti biasa, cuma dari segi waktu sahaja yang perlu dibahagikan.
"Kalau dulu saya bujang, kini sudah berumahtangga, jadi tambah lagi satu komitmen iaitu tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.
"Tentang kerjaya memang tiada masalah. Saya masih aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan selepas berumah tangga. Lagipun suami juga tidak menghalang saya bekerja asal tahu batas sebagai seorang isteri," katanya.
Sedia maklum kerjaya isteri di hadapan lensa kamera, Redza langsung tidak mempunyai masalah dengan kerjaya bidadarinya itu.
"Sebagai isteri, Irma perlu tahu batas-batas dia dan jaga nama baik keluarga dan suami, juga perlu bijak mengatur jadual antara kerja dan keluarga," bicara Reza dengan tenang.





Usai majlis resepsi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor semalam, Irma dan Redza masih belum mempunyai perancangan lokasi bulan madu mereka.
Akur dengan putaran masa yang berlalu dengan begitu pantas, Irma akan bertandang ke majlis pihak lelaki pada hujung minggu ini.
"Kami memang menyimpan hajat besar untuk mengerjakan umrah lagi. Kalau ada rezeki, boleh kerjakan haji terus.
"Jujurnya kami memang sibuk. Biar selesai dulu dengan majlis, kemudian baru akan fikir tentang bulan madu, tapi tak tahu pula kalau ada hadiah pakej percutian nanti," seloroh Irma.
Tidak menolak kehadiran zuriat jika rezeki besar itu hadir dalam masa terdekat, Irma dan Redza terima dengan hati yang terbuka.
"Takkan nak sekat rezeki, kalau awal, kami terima. Harapan kami berdua agar memperoleh zuriat yang soleh dan solehah," ulasnya ringkas.






Petikan Dari : Kosmo Online
Gambar Ehsan Dari : The Kliker 

5 comments:

Bionic women said...

what a wonderful love story..
irma nampak sungguh ceria n cantik kan....

Puteri Satu said...

betul tu... sangat cantikkan.. akak suka sangat tengok..

Unknown said...

nampak mereka pasangan yang sangat secocok, dan Irma sentiasa ketawa kan. Sungguh dia begitu bahagia, Sama cantik, sama padan...moga berkekalan hingga ke akhirnya...

KakNi said...

Sama-samalah kita mendoakan kebahagian pasangan pengantin irma dan suaminya... tumpang seronok tengok orang gembira...

Irfa said...

sama cantik sama padan
moga bahagia hingga akhir nyawa