Tuesday, July 10, 2012

Polis Sahkan Dua Suspek Ceroboh Bangunan JPM Mental


Tempat kejadian seorang lelaki dan wanita mengamuk dengan menggunakan pedang samurai (gambar kecil) di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Putrajaya: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahdi’ mati ditembak polis selepas mengamuk sambil melibas pedang samurai di pekarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Blok B1, Jabatan Perdana Menteri (JPM), petang semalam.

Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran. Tembakan amaran 
Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek kemudian meluru masuk ke perkarangan Blok B1 sambil melibas pedang dan cuba menetak kenderaan serta orang ramai di situ.

Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah serta Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikerah ke situ untuk mengawal keadaan, namun Khalil terus agresif dan bertindak lebih ganas menetak sebuah kereta HYUNDAI Accent dan PERODUA Kancil milik seorang anggota Polis Bantuan.

“Lelaki itu turut menetak cermin PROTON Waja polis walaupun anggota yang tiba memperkenalkan diri. Tidak lama kemudian, sebuah lagi MPV datang membantu dan cuba memujuk suspek, tetapi diserang dengan pedang samurai sehinggalah polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 
Dua suspek itu kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi Khalil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira jam 3 petang, manakala keadaan Muhdalina dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata polis yang turut merampas sebilah keris kecil dan tiga pisau lipat daripada kedua-dua suspek, masih menyiasat motif kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Baru berkenalan

Katanya, Khalil dan Muhdalina yang masing-masing mempunyai seorang dan dua anak, tidak bekerja tetapi wanita itu dikatakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikatakan baru seminggu berkenalan menerusi laman blog.


Dari Hari ini  POLIS SAHKAN DUA SUSPEK CEROBOH BANGUNAN JPM MENTAL


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua suspek yang cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri, petang semalam mempunyai masalah mental. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa kedua-dua suspek ke bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri


Petikan : Berita Harian Online

1 comment:

Irfa said...

kesian anak dia
pelik knape jd camni