Wednesday, July 10, 2013

Aqil Naufal Yang Selalu Demam


Kita ni sebagai ibu.. kalau anak-anak tak sihat.. buat apa pun tak jadikan...
Satu apa pun tak leh fokus... betul tak...
Kuatkan perasaan seorang ibu ni....
Sebab tulah... klu boleh biarlah anak sentiasa je sihat..
Taknak sakit2.. tak nak demam2...
Kalau tak risau dia tuh... memang satu apa tak leh buat...
Macam Naufal... selalu sangat demam...
Boleh dikatakan sebulan sekali.. 
Mesti ada je demam... paling teruk last month..
Demam + selsema + batuk berkahak...
Allahuakbar... kesian sangat-sangat...
Dan pertama kalinya kena pulak gegata mcm si kakak...
Allahuakbar... mengagau kami laki bini g klinik Ranjit kat Subang...
Klinik Kakak Aqilah dulu... alhamdulillah... baiklah..
Tak pasti samaada alah pada antibiotik yang dia makan...
Atau alah pada benda lain... tak pasti...
Itu cerita bulan lepas... dah kelmarin... badan dah dedar-dedar plak...
Tapi badan jek dedar... makan ok.. susu ok.. aktif mcm biasa..
Macam pelik plak disitu... kasi makan ubat demam.. baik....
Tapi semalam petang dedar balik... 
Haish pelik sungguhlah... anak korang pernah jadi cenggitu ke....
klu berterusan jugak... nak kena g buat blood test la...
Takut jugaklah apa2 hal.... 
Kakak Aqilah dulu 2-3 bulan sekali je demam... 
Risau pulak saya.... Risau sangat-sangat...



8 comments:

safurara said...

rara pon mcm tu.kalau princess demam,rasa hati ni xseronok.nk keje pon xsonok.hmm moga naufal cpt sihat ye.

Mar Mansor said...

ank saya cmtu..skrg 14 bulan..ni dia demam..smlm ok..sebelum tu demam..
skrg ni batuk + selesema..menangis2 mlm2 xleh tido..

Oyis said...

sbb udara kotor kot kesan jerebu hari tu, so lebih kerap demam. mungkin x begitu? apapon get well soon. mmg hati ibu mana leh tenteram kalo anaknya x sihat

Puteri Satu said...

rara... akak pun gitu...

mar mansor ..itula samalah cam naufal... jap ok.. jap demam.. maybe cuaca tak betul2 baik kot...kan..tapi hati stil risau tak best je nak buat apapun...

oyis.. maybe kot ...kan... harap2 tak de apa2la just demam2 biasa jek...

Rais Safir said...

Salam kenal, Kak.

Anak saya sekarang umur 10 bulan pun selalu macam tu. Hampir tiap bulan (kadang beberapa minggu sekali) demam atau kalau tak demam, dedar. Kadang ada batuk dan kahak juga.

Bila ada kahak bermakna ada jangkitan, sama ada daripada bakteria ataupun virus.

Bila ke klinik biasanya akan dapat ubat demam (paracetamol), ubat batuk dan antibiotik (bagi membasmi jangkitan bakteria namun tidak berkesan bagi virus).

Saya agak khuatir dengan penggunaan antibiotik yang tidak mengikut kaedah yang sepatutnya. Jadi kalau rasa tak mampu nak habiskan, saya tak bagi terus. Hanya bagi ubat demam dan kahak sahaja sampai anak ok. Cuma jangkitannya masih berbaki dan tidak sembuh sepenuhnya. Saya rasa ini yang menyebabkan anak kembali demam. :(

Pengambilan antibiotik yang tidak menepati kehendak sebenar boleh menyebabkan bakteria menjadi resistant. Kalau dah jadi macam tu, pengambilan antibiotik tidak mencapai sasaran malahan boleh memberi kesan yang tidak baik. Wallahu ta'ala a'lam.

Sekarang ni saya ada lagi 3 botol antibotik (dalam botol plastik ada serbuk yang perlu dicampur air) yang belum diguna. Hu hu hu...

Dua minggu lepas saya cuba ikhtiar pengubatan homeopati pula. Harapnya membuahkan hasil yang positif. Allahumma amin.

P/S: Bila anak demam boleh jadi antibodinya sedang bekerja melawan jangkitan dan kita akan jumpa semacam kelenjar atau benjolan di tengkuk anak.

Aty Fared said...

sekarang ni banyak penyakit kan kak..memang risau biler melibatkan anak2 nih...semoge aqil terus kekal sihat..insyaa Allah...

Syuhana said...

Assalamualaikum kak, mmg risau sgt bila anak demam. Mungkin boleh cuba suplemen untuk tingkatkan balik sistem imun anak dan bantu anak baik dari demam. Saya amalkan suplemen Shaklee, In Sha Allah berkesan. Boleh cuba Omega Guard, Meal Shakes, NutriFeron atau Vitamin C. Selain dapat elak anak kerap demam dan selesema, suplemen ni juga bantu tumbesaran anak2 yg lebih baik. Vitamin untuk kanak2 ni elok untuk perkembangan otak, penglihatan, bekalkan nutrisi harian yg lengkap dan tingkatkan fokus/tumpuan dlm pelajaran. Boleh hubungi saya Syuhana 017-4880659 atau lawati Facebook Ilham Sihat untuk info lanjut berkenaan Vitamin2 Shaklee :) Moga anak akak sentiasa sihat dan cepat sembuh dari demam

Syuhana said...

salam