Saturday, March 27, 2010

Pendapat Tentang Entry dan Komen

Mama tak tahu macamana nak mulakan topik ni.. tapi mama cuba huraikan dari pemahaman dan pendapat juga pengalaman mama sendiri. Dalam dunia blog ni.. bukan semua blogger yang melawat blog kita menyukai kita... dan tidak semua juga yang bersetuju dengan apa yang kita tulis dan apa yang kita ceritakan.. itu memang lumrah... Begitu juga dengan komen-komen yang kita tinggalkan... kadangkala mungkin tanpa kita sedari menyakitkan hati empunya blog. Cuma satu saje yang mama pegang selama 5 tahun berblog... andai cuma komen yang berbeza pendapat atau satu pandangan lain yang berbeza daripada entry yang anda cerita/posting, kadangkala kita perlu lebih profesional, jangan cepat melenting dan dengan mudah create satu entry yang akan orang kata cuma mempamerkan ketidak`profesional' anda dalam berblog. Mama sendiri selalu dan kerap juga menerima komen yang berbeza pendapat dan tidak setuju dengan apa yang mama postingkan... Tapi selagi ianya tidak melampaui batas.. mama rasa mama boleh terima lagi... KECUALI... kalau dah memang komen yang agak biadap... memang mama tak boleh terima...

Mama tengok sekarang.. ramai blogger yang jenis tak boleh terima pendapat orang lain selain dari pendapat dia sendiri... itulah manusia... tidak boleh ditegur.. terlalu manja... terlalu cengeng... orang kata.. Apa salahnya anggap pendapat yang dikemukakan itu.. satu pendapat yang positif... Takkanlah setiap kali posting entry... kita nak semua komen yang bersetuju dengan pendapat kita... apa guna berblog..? Ikhlas mama kata mama berblog untuk bertukar pendapat... mana yang baik... mama fikirkan... dan mana yang mama rasa kurang baik.. tak perla.. kita abaikan.. Mama betul respect kat Zaimah aka Viruspadu .. mama tahu dia pernah dapat komen yang sungguh menyentap jiwa raga... tapi pernah tak kita semua terbaca ada tak entry yang dia post untuk meluahkan rasa dengan bahasa yang kurang enak di baca...? Di situlah kita boleh menilai seseorang... tinggi atau rendahnya pekerti seseorang... Ikhlas mama kata... mama pun pernah buat entry khas untuk pengomen yang buat mama sentap... Mama pun selama ni pernah sekali rasanya post entry pasal pengomen yang tinggalkan komen yang tak sepatutnya... mungkin mama tak sesabar Zaimah... Tapi mama rasa... entry tu pun semua orang dah baca... bukan entry berjela yang menyindir dan mengutuk seseorang... Tapi mama masih fikirkan entry yang paling baik untuk blog mama.. kalau boleh mama tak nak.. kerana entry sebegitu... mama rasa akan merosakkan nilai blog mama di masa akan datang... kerana blog ini sampai akhir hayat akan wujud... untuk kenangan anak cucu cicit kita... Kalau boleh kita tak nak anak cucu cicit kita baca... uiks... cam ni ke entry yang mama aku buat...? Kalau boleh... biarlah entry yang berguna... untuk diri sendiri... atau orang lain... bukan entry yang asyik tak puashati dengan blogger ni.. atau blogger tu... Ada sesetengah yang buat entry khas untuk pengomen yang buat diorang sentap... siap ada ugut mengugut nak letak link pengomen tuh.. Kalau dah pasti orangnya letak saje link bloger tu habis cerita... Sekurang-kurangnya dia tahu kekurangan dan keburukan diri dia... kenapa perlu dirahsiakan... Dalam situasi mama.. mama tak pasti siapa... sebab link tidak ditinggalkan.. cuma guna nama Anonymous dan nama yang tidak disertakan link... so mama tak boleh nak buat apa...

Dalam dunia blog ni... kita akan jumpa orang sama... kadangkala orang yang kita kenal... ada yang satu kampung... satu taman... satu ofis.... kadangkala... mungkin kita berkawan... kita boleh bergurau.. mungkin di blog tak boleh kot... mama tak pasti... Cuma pada kawan-kawan ofis mama... andainya ada komen mama yang menyentap jiwa dan raga kalian mama mintak maaf.... Tapi janganlah ambik pot.. mama rasa u all tahu siapa mama... hati budi mama... kalau rasa tak puashati... boleh terus warning... tolong jangan buat entry yang tak best... sebab blog kita ada value untuk kita sendiri... jangan kerana entry yang tak puashati kat bloger lain akan mencacatkan blog kita... Tapi mungkin bloger lain ada pendapat sendiri... tak per.. kita boleh bertukar pendapat... mama jenis open minded... bukan jenis cepat melenting jika pendapat kalian berbeza...

Okeylah... pada kalian semua... mama buka komen untuk semua orang... tak kiralah silent reader ke sapa ke... andai ada yang buruk itu memang datangnya dari mama sendiri... dan yang baik itu datang dari Allah... Silalah perbetulkan...andai mama banyak tersilap.. tegurlah mama dengan ikhlas... bukan dari jiwa dan hati yang panas... Sekian.. Wassalam...

9 comments:

Salina@IbuAqil said...

apa yang mama katakan semuanya betul.. kadang manusia cepat melenting. ina sendiri kadang kurang kesabaran. mungkin darah msh muda. cuma kadang bila kte berkata2 bukan semuanya ditujukan pd org lain. tapi sebenarnya setiap kata2 luahan adalah untuk diri sendiri. nasihat orang sbnrnya adalah nasihat utk diri sendiri jgk. kpd mama, kematangan mama adalah sumber inspirasi ina. ;o) i peminat u dlm diam.. hehehe nilai keibuan yg trpancar dr wajah mama, btul2 menyejukkan mata ina. apa yg baik kte ambil jd pngajaran. yg buruk jdkan sempadan. sama2 saling ingat mengingati..

Puteri Satu said...

salina ~ alahai terharu lak akak jadi sumber inspirasi tuh... apapun.. yang baik kita ambik yang buruk kita buang kan sal... sesama mengingati bukan sesama mengutuk...

imanmom said...

ialah apa yang kita tulis n komen bukan semua org sukakan,tapi tu biasalah..yg penting kalau baik kita jdkan pelajaran buat kita,kalau tidak cuba perbaiki kalau xpun diam kan je...

Puteri Satu said...

imanmom ~ iyer betulll...

ikan emas said...

pokoknya tujuan kita menulis..
dan tujuan kita membaca..

tak semua cara kita sama
tak semua pendapat kita serupa

...cubalah kita berfikiran positif.

namanya pun media sosial ...

zarin said...

salam singgah:-)
bagus entry ni..boleh menyedarkan sesama kita :-)

rynas said...

alahai akak dalam berblog pun ada sepak terajangnyer jugak yer. maklumlah akak dh lama kan. sabo ajerlah biasalah ada yg suka ada yg tak suka. setakat sorang tu tak jd kudis pun ramai lg yg suka baca blog akak.

viruspadu said...

dunia blog memang macam ni kak

pengalaman memang mengajar kita erti kehidupan. em maksud saya kehidupan blog

ada orang suka kita. pasti juga ada yang tak suka.

kritik orang memang best. konon2 kita ni outspoken. kalau tak puas hati cakap je. tapi kalau diri sendiri kena kritik tahu pulak tak tahan terus private blog kan.

kalau kita bersabar. pasti ada ganjaran buat kita kak. jadi jangan letak had kepada kesabaran.

saya kenal akak. akak antara orang yang saya percaya. akak antara orang yang saya akan luahkan perasaan. walaupun kita tak pernah berjumpa :)

teruskan berblog kak. kita tahu beza yang mana baik yang mana tidak. asalkan tak melanggar undang2 :)

ok kak. go go mama aqilah. :)

Yunie said...

Wah.. gini rupanya asam garam bloggers yer. Apa pun http://puteri1.blogspot.com/ mmg best. Rsnyer kalau tak singgah sehari mmg tak senang duduk.. Caiyok.. caiyok.