Monday, April 19, 2010

Gotong Royong Acacia Park

BLOG PERSATUAN PENDUDUK ACACIA PARK

Tarikh : 18hb April 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Taman Desa Jati (Acacia Park)

Tujuan : Membersihkan longkang-longkang di kawasan taman yang antara punca berlaku pembiakan nyamuk-nyamuk aedes seterusnya menyebabkan demam denggi.

Nota : Semua Penduduk dikehendaki hadir



Baju Petronas hijau itu adalah papa Aqilah ye... ahaks...


Alhamdulillah ramai yang hadir....



Seperti sedia maklum... taman yang mama duduk sekarang ni.. memang banyak kes denggi... dan sebulan 2 kali sure ada Kementerian Kesihatan datang fogging... tapi tak per... mama suka... dan kitorang memberikan sepenuh kerjasama... contohnya bagi diorang masuk fogging dalam rumah... dan kawasan dalam pagar rumah.... Tapi memang ada jugaklah segelintir pengghuni rumah.. yang tak memberikan kerjasama... semuanya adalah hak individukan... Dan mama cukup rasa berbangga tengok bila diadakan gotong royong... begitu ramai yang hadir.. walaupun memang ada segelintir penduduk yang memang tak pernah menampakkan muka... menurut papa Aqilahlah kan.. mama tak tahu... ahaks... Mama cukup berbangga dengan yang memberikan kerjasama nih... kalian memang berhati mulia... Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga... hanya untuk kerja-kerja amal dihari minggu... Alhamdulillah.. hanya tuhan yang memberi habuannya... Dari pandangan peribadi mama sendiri... kita sebagai penduduk... perlu ada sikap bekerjasama... jangan memikirkan kepentingan peribadi semata-mata... sekali-sekala jengahlah kawan-kawan yang bersusah payah menjaga keselamatan Taman kita... Mama memang cukup memberikan galakan untuk papa dalam bekerjasama dengan Rukun Tetangga Acacia Park... kerana mama tahu... betapa pentingnya hidup bekerjasama dalam sesuatu kejiranan...

Dan mlm minggu baru ni jugak papa beritahu... ada cubaan memecah masuk rumah berhadapan taman... Padahal RT yang bertugas mengawal keselamatan ada bertugas... betapa beraninya mereka-mereka yang tidak berhati perut ini... sanggup memunculkan diri... pada malam hari yang mana ada penduduk yang bertugas malam.... Mama cukup ngeri memikirkannya... menurut sumber.. mereka datang dengan satu van dan memuatkan 8 orang... tapi cubaan memecah masuk rumah tidak terjadi.. kerana mereka menyedari adanya penduduk yang bertugas malam... aduhai... sebenarnya 3 minggu berturut-turut
papa bertugas pada malam minggu tapi malam tadi.. papa terkecuali... kalau tak... dah pasti papa menjadi salah seorang saksi kejadian... Apapun... doa mama bukan saja kepada papa.. tapi kepada kesemua penduduk yang bertugas mengikut jadual setiap malam... doa mama... kalian dilindungi Allah dari sebarang perkara yang tidak kita ingini... kerana niat kalian cukup mulia... dan cukup terpuji.. orang lain lena diulit mimpi.. kalian bersekang mata menjaga keamanan... mama seru kepada semua penduduk yang menghuni di Taman Acacia ini... bekerjasamalah... bersatu kita teguh... bila bercerai kita roboh.... Tanamkan sedikit sikap bekerjasama dalam diri kalian semua... kadangkala peranan isteri-isteri juga penting.... berilah sokongan untuk suami-suami kalian dalam setiap aktiviti Rukun Tetangga.... Apalah salahnya kita korbankan sedikit masa kita bersama keluarga... untuk keamanan tempat tinggal kita... untuk keselamatan jiran tetangga kita... dan bukan juga untuk orang lain.. tapi untuk kita sendiri...

6 comments:

Lina said...

akak, hubby lina pon join gotong royong ari tu.. wpon kitorang baru seminggu pindah sane.. lina pusing2 taman aritu, ternampak garden set akak kat luar.. budget sure umah akak la tu! hehe.. harap2 psni bley terserempak ngan akak pulak..

alfa juliet said...

dah lama ilang semangat mcm ni di kota besar...maintainance kawasan takde ke

Pnut said...

bila duduk rumah sendiri, dan kejiranan anjur aktviti begini memang seronok kan? biasa yang kurang join ni ialah yang menyewa, kalau rumah sendiri biasanya memasing tau tanggungjawab dan peranan

Delima said...

huh kak kawasan baru pun byk kes denggi ke? bahaya tuh.....

Oyis said...

boring betul kalo ada jiran yg suka wat hal sendiri. masa balik msia kjp itu hari kan, balik umah sendiri kitaorg jap. pastu umah sebelah rupanya dah ada masuk penghuni baru, masa kitaorg pindah dulu lom ada sesapa lg. tp mmg sket pon x angkat kening nmpk kitaorg. nak tegur pon x sempat, sbb nya dah menonong masuk umah dia. hmmmm...

☆ lieya latif ☆ said...

uuihh bagus tu kak aktiviti mcm ni...mmg betul pun, skrang ni peratus demam denggi dah naik balik...kematian pun makin ramai...so baik mencegah dari parah kan.....bagus aktiviti camni, boleh kenal2 jiran tertangge sambil tu kawasan rumah pun bersih....