Friday, September 24, 2010

Duit Raya Aqilah - Belum Buka & Kira....



Orang kata.. time raya paling seronok.. budak-budak...Tapi Aqilah baru je 3 tahun 4 bulan... cuma dia dah tahulah angpau raya tu ada duit.. so tiap kali pegi beraya tu kalau orang nak hulur angpau tu.. dia macam excited jugakla walau dia tak tahu makna nilai angpau raya tu sendiri... Raya tahun ni alhamdulillah.. banyaklah jugak Aqilah dapat angpau raya... tapi ada setengahnya mama belum bukak dan belum kira berapa semuanya... insyaallah duit raya Aqilah mama simpan dalam akaun Tabung Haji Aqilah jekla seperti tahun-tahun lepas... Terima kasih pada yang sudi memberi...

Sekarang nilai duit raya paling sikit pun... RM1 kot kan... teringat masa kecik-kecik dulu... RM1 tu kira paling banyak dapat... kalu tak 50 sen.. 20 sen.. 10 sen... dan mama masih ingat lagi.. time tu duit raya paling banyak dapat collect pun rm100 sekarang ni nilai RM100 tu paling sikit budak-budak dapat time raya zaman sekarang ni kan... Yerlah zaman dah berubah.. tak sama dengan zaman mama budak-budak dulu... Zaman dulu time raya meriah sesangat kat kampung... memang aura raya tu terasa lain dari hari-hari lain... syahdu je di hari-hari raya bila diingatkan semula... syahdu masa kita kecik-kecik lain... syahdu time kita remaja lain... syahdunya raya bila zaman kita dah meningkat dewasa pun lain... syahdu raya bila kita dah jadi seorang ibu ni pun lain... apapun... pada mama hari raya tetap indah bila kita berjumpa sanak saudara dan rakan taulan... alhamdulillah... raya tahun ni juga... mama dapat beraya macam biasa... walaupun badan tak berapa nak larat... tapi alhamdulillah... insyaallah raya tahun depan... keluarga kecil kami akan bertambah dengan kehadiran Adik Kakak Aqilah... harap bertambah meriah rumah Atok di kampung... insyaallah... panjang umur.. dimurahkan rezeki... diizinkan tuhan...

7 comments:

Rizziela said...

Duit Raya Haziq dah selamat bank in dalam ASD...ada balance lagi nak masuk tabung haji gak..alhamdullilah...Rezeki anak2 kan?

BIONIC WOMEN said...

budak2 suka kan dapat angpau..my girl still x paham maksud angpau tu..but kalau org bagi angpau tu dia xcited nak koyakkan sampul tu..seb baik duit dia bagi kat i

ibuafiqahhuzaifah said...

duit raya afiqah n huzaifah dah selamat masuk tabung haji...
lega rasa..sbb angkut hari2 dalam hangbeg risau jugak..hahaha

J@J@ / Bini The Rock said...

saya pon lom buka & kira lg duit raya si Nureen tu haa. nnt lah..ujung2 raya baru kira..sbb ni pon masih galak lagi nak beraya.

**maklomlah org bekerja, hari sabtu ahad la baru sebok beraya ye tak?? hehe!!

Iela Fazielah said...

mmg kanak2 la paling meriah.. thn dpn lg byk duit raya diaorg dpt n naik pening la mama awilah ni asingkan duit raya.. mcm ila skrg..hehe

rynas said...

samalah duit raya Durrani n Fahim masih elok jer simpan dlm beg. tak dak masa nak kira sebenarnya..entah bilalah nak kira. last2 nanti sampai habis raya baru buka hehhehe

makcikpc said...

2 orang anak..penuh handbag dengan duit raya budak2 ni....