Friday, February 24, 2012

Yusry - Lisa Selamat Diijabkabul

SUMBER : GUA.COM




Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi.

Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran.

Dalam majlis yang dihadiri oleh 250 orang tetamu itu, Lisa kelihatan anggun mengenakan Kurung Moden rekaan Cosry berona putih. Manakala Yusry menggayakan Baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor.

Majlis akad nikah bertemakan 'Winter Garden' ini diuruskan oleh DZMS Events. Pasangan ini akan disandingkan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.



Note : Syoknye jadi pengantin - Tetiba mood pengantin baru plak tiba... hahahahaha...

1 comment:

monalea said...

cantik.naik seri pengantin