Monday, January 14, 2013

Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Litup :)



Salam buat semua peminat2 Siti. Semoga kita semua mendapat limpah rahmatNya selalu. Pertama sekali Siti ingin mengucapkan Selamat tahun Baru 2013 kepada semua, maaf jika terlambat mencatatkan sesuatu di sini. Mohon difahami bahawa Siti agak memperlahankan aktiviti2 Siti seperti biasa kerana menguruskan suami buat masa ini. Terima kasih juga di atas doa, ucapan dan hadiah2 yang anda berikan sewaktu ulangtahun kelahiran Siti yang ke 34 pada 11 Januari lalu. Ingatan anda khususnya Sitizoners tidak kira di mana anda berada amat2 Siti hargai. Maaf jika tidak dapat bersama2 meraikannya buat masa ini. Siti juga berharap penampilan Siti yang terkini ini tidak mencetuskan apa2 yg luar biasa kerana Siti melihat ini sebagai kewajipan dan peralihan yang Siti harapkan untuk menjadi insan yg lebih baik hari demi hari. Terima kasih sekali lagi buat semua, Siti hargai apa jua yang anda lakukan termasuk mengundi Siti dalam beberapa awards yang sedang berlangsung. Terima kasih dan salam sayang.







3 comments:

zino said...

alhamdulilah....semoga kekal macam tu..

aSmiDar said...

Semoga kekal mcm tu..mmg comel...

Irfa said...

smoga berkekalan
dia mmg dah sedia cantik..bertudung lagi cantik :)