Wednesday, March 20, 2013

Risau Anak Degil

Petikan dari Blog AAUDB Sama-sama Kita Kongsikan :-

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka

Sebenarnya pendidikan solat perlu dilakukan sejak anak masih kecil. Walaupun kanak-kanak kecil tidak wajib solat sebagai mana hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: Diangkat kalam daripada tiga orang iaitu: orang yang sedang tidur sehingga dia terjaga dari tidur, dari anak kecil sehingga ia bermimpi (mencapai umur baligh) dan orang gila sehingga dia sembuh kembali, namun hendaklah disuruh mereka bersolat apabila mereka sudah mencapai umur tujuh tahun.

Dan hendaklah mereka diherdik jika tidak mahu mengerjakan solat apabila umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Perkara ini dilakukan sebagai latihan supaya selepas mereka baligh, mereka tidak berasa keberatan untuk menunaikan perintah Allah.

Berikut beberapa panduan atau tip yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mendidik anak supaya rajin mengerjakan solat.
Start tahun ni saya dah mula ingatkan Aqilah Najla utk solat....

Pertama, bagi ibu bapa, sebaiknya-baiknya apabila hendak melakukan solat, lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga apabila hendak membaca al-Quran, bacalah di tempat anak mereka dapat mendengar dan menyaksikannya. 
Jika sedari kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat dan membaca al-Quran, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan, apalagi dalam soal ibadat dan solat yang menjadi tiang agama.

Yang kedua, pastikan anak membesar dan didik dalam suasana keagamaan yang
sempurna. Berikan bahan bacaan yang baik dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Begitu juga, pastikan anak itu bersahabat dengan rakan-rakannya yang baik dan beragama supaya mereka membesar dan mempunyai asas agama yang kukuh.

Ketiga, dekatkan mereka dengan masjid. Ibu bapa perlu membawa anak solat berjemaah di masjid. Didik mereka supaya sentiasa bersedekah kepada tabung masjid. Tidak ketinggalan, tanamkan dalam diri mereka minat menyertai majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana.

Keempat, didik mereka untuk cinta dan menghormati alim ulama. Perkenalkan dan dekatkan mereka dengan alim ulama. Bawa mereka untuk menziarahi orang alim jika berkesempatan.

Kelima, adalah menjadi kewajipan untuk ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama supaya lebih terurus dan terpandu kiblat agamanya. Di sana mereka akan dididik juga dengan perkara yang kadangkala ibu bapa tidak mampu membentuk dan mengajarnya.

Keenam, bagi ibu bapa sendiri, perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan zuriat mereka anak yang soleh. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT apabila diuji dengan kehadiran anak yang bermasalah supaya Tuhan Yang Esa dapat mengubah mereka menjadi insan yang beriman dan taat kepada Allah. Wallahualam

2 comments:

Suria Amanda said...

entry ni ada chemistry dgn SA nyer entry pagi tadi..doa untuk anak..

Elya Roza said...

tq for the info sis...:)