Tuesday, March 13, 2007

Sama-Sama Kita Renungi dan Fikir-Fikirkan...

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran
meskipun ramai orang yang malu mengakuinya
Sebenarnya sebuah perkahwinan..
tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ...iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
Soleh dan solehah.

Semoga Allah melimpah
Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...


Sumbangan dari Purnama.

9 comments:

Ayu said...

setuju dgn apa yg ditulis :)

PuteriSatu said...

Yu : aku pun setuju.....ko setuju gak ek....?

yus said...

yus pun setuju, bijak si penulis menyusun kata...

PuteriSatu said...

yus : aĆ” kan..best....suka baca....

13may said...

wah! panjangnyaaaa.....

lindosh said...

besh :)

kakLuna said...

kesimpulannya yang negatif pasti akan menghasilkan sesuatu yg positif,asalkan tidak diiringi dengan nafsu dan emosi

cthnya, bergaduh boleh membuatkan kita lebih mengenali psgn asalkan kita tak emosi dan kukuh mempercayai bahawa pergaduhan itu 'perlu' utk menjadikan hubungan dgn psgn mjadi lebih baik, bukan sebaliknya.

dengan pelbagai tekanan di sekeliling, para isteri pd hari ini mmg perlu jd lebih kuat..mental dan fizikal.

yun said...

sy sentiasa memikirkan nye :-)

Mummy Rizq said...

berdoalah untuk kebahgiaan selamanyaaa...