Thursday, April 23, 2009

~ Kos Upah Seorang Ibu ~

Mama cukup tertarik dengan entry blogger AdahSyafiah nih.. Dan mama teringin sekali entry yang sama berada di salah satu entry mama....walupun ianya ringkas....tapi cukup membuatkan airmata mama menitis...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.

Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.


12 comments:

~Ifa~ said...

kak saya letak kt blog saya juga.terharu la baca entry nie.

CoNniE said...

owh owh.. so touchinggg.. hhuuu...

Mak Su said...

iya, setiap kali membacanya, akan rasa terharu. maksu didedahkan kpd kisah ini sejak di bangku sekolah lagi.

zh-ena said...

jgn letakkan harga pada pengorbanan seorg IBU..tdk terhingga

Anonymous said...

inspired dari iklan petronas ni.

iklan tu memang sangat sedih.

ez said...

kak..
harga dan upah seorg ibu memang x ternilai..emm..mak...org rindu mak...

Fadh said...

alamak air mata aku dah bergenang nie...tahan tahan jgn bagi menitik...ego lelaki perlu dipertahankan.

mummy_ayu said...

sedihnye...bergenang air mata membacanye...saya pun nak letak gak kat blog la...

SyaNa said...

so touching...
mmg kuang ajar la kan mintak upah plak si anak tu..
nasib sedar diri

chugie said...

sedihnye.. dah 2 3 arini sy asik bc entry yg sedih2 je.. nangis x sudah huhuh..

fuadnis said...

erm..bleh tambah lagik tu rasenye..

kos menahan kesakitan sebelum/semasa/sesudah melahirkanmu..

CuTeMiUt78 said...

yup.. betul tu.. memang terharu kan.. aku ada simpan email pasal citer ni