Sunday, May 24, 2009

~ Pertama Kali Kemunculan Engku Aleesya ~

Petikan Dari : Mstar Online & Murai.Com dan Gua.com.my

PETALING JAYA: Selepas berpantang 44 hari, aktres jelita, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 35 dan suaminya, Engku Emran memperkenalkan Engku Aleesya kepada khalayak ramai pada majlis aqiqah dan cukur jambul, petang tadi (23 Mei 2009).
Seramai 500 saudara-mara, rakan-taulan dan kenalan rapat hadir dalam majlis meriah tersebut yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya sangat berpuas hati dengan buaian dan hiasan serta kumpulan marhaban yang memberikan persembahan tadi," kata Erra pada sidang akhbar sejurus majlis itu. Cradle `N' All membuatkan buaian yang cantik, set cukur jambul, bunga telur teddy bear dan cupcakes. LyndaRahim Kuala Lumpur menghiasi dewan majlis sementara persembahan marhaban oleh kumpulan Sautul Ijtihad.






Aleesya yang comel dan ayu persis ibunya tidak terganggu dengan gelagat orang ramai kerana selesa didukung dan dibelai oleh kedua-dua ibubapanya. Erra memberitahu, buat masa ini, beliau dan suaminya bergilir-gilir menjaga Aleesya dengan dibantu ibu, ibu mertua dan pembantu rumah. Dalam pada itu, ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Abu Bakar ketika ditanya mengenai cucunya berkata, Engku Aleesya senang dijaga dan sihat.





"Mungkin kerana amat menyayanginya, mungkin saya boleh dikatakan lebih sayang pada Aleesya daripada anak sendiri (Engku Emran)," katanya sambil bergurau senda.
Sementara itu, ibu Erra, Azizah Zaik turut sependapat dengan Salmah bahawa cucunya itu amat senang dijaga, sihat dan hanya sekali sekala menangis.
"Tidak adalah selalu menangis waktu tengah malam dan enggan tidur," ujarnya sambil menambah wajah Aleesya mirip ayahnya. Tambah Azizah, Aleesya sudah tahu mengukir senyuman manis apabila `diusik' dan matanya melirik ke arah bunyi suara.
Hakikatnya, sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi'. Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi'. Engku Aleesya selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu. Ketika dilahirkan, bayi perempuan itu seberat 4.04 kilogram dengan ketinggian 51.5 sentimeter itu. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri. Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun 2007. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan. Pada 25 Oktober pula, pasangan itu dinikahkan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.



Komen Mama : Comelnyeeeeeeee....

4 comments:

reena said...

Comelnya! Tp awat muka Erra nampak lain? Ke saya yg makin teruk rabun? :p

edrina said...

yeay..Gynae ed pun doc gunasegaran masa lahirkan qaireen.. mmg pandai doc neh..ed lahirkan qaireen tak kena jahit & 2 kali teran jerk sebab doc Guna tolong bukakan dengan jari dia.. mmg doc neh terkenal ngan kepakaran dia.

Ummi Salsabila said...

cute & chubby.gewam!

zh-ena said...

mmg comel