Thursday, September 03, 2009

~ Resipi Puding Karamel ~

Okla.... atas permintaan ramai... mama tempek gak la resipi karamel ni... act mama dah letak link kat entry tu.. maybe lambat loading ke atau... ada yang malas nak klik kot... mama tempek kat sini ye... Resipi ni sebenarnya dari Alya.. Alya dari MyResipi.com thanks Alya.. kerana sudi berkongsi resipi... kat bawah ni... mama ada oter sikitla ikut resipi mama... sikit je...

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. (Ini memang mama ikut sebijik-sebijik baru jadi...cuma air setelah gula perang tu mama lebihkan sikit... dalam 3-4 sudu)
  2. Masukkan telur 3 biji dan 2 biji telur ambil kuning telur sahaja ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.(Esen vanilla tu jangan banyak sangat nanti terasa sangat essen setitik dua cukup... kat resipi ni tak de tepung kastard.. tapi mama oter sikit.. taruk sesudu kecil tepung kastard... saje ngengada kebetulan tepung kastard ada kat umah..hiks..)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur yang di kacau dengan guna tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit(Ngam-ngam 30 minit mama angkat)
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Harap semua puashati... kalau beli pun satu slice kat PARAM mahu RM1.50 ni... so better buat sendiri... sedap pun sedap dan hasil air tangan sendiri lagi bagus kan... kalau u all ikut betul-betul step yang mama kasi ni... insyaallah jadi... rasanya tak manis sangat lemak-lemak sedap...dan selamat mencuba kawan-kawan semua... hahahaha ngalahkan chef pandai masak... padahal ikut resipi orang nih... hiks...

11 comments:

ikan emas said...

ada satu petua nk bagi air gula tak cmpur gan puding tuu..

ieyla said...

Salam....amboi bagi resepi buat karamel lagi....

YanDarwisy said...

Kita pun ader resepi jugak tau kak. tapi dessert akak ni memang menarik.

LayarLara said...

mama,
rasanya puding tu tak berapa menjadi. Kalau bebetul dia tak berlobang2. Cantik saja cam tauhu panas tu..

Tapi kira oklah tu...

Petua tak nak bagi air gula campur ngan puding tu, air gula hangus tu jangan kocak ngan adunan. curah saja atas gula hangus tu..

mamafif said...

mna lg sedap erk..susu segar ke susu cair..biase kite rsusu cair jee

notti netti said...

kuatkan laa iman aku di bulan pose ni....sedap la plak...

Hazlin Nazri said...

suka makan sikit-sikit... takut habis. lagipun sangat manis..

zh-ena said...

blh la try klu mcm nie

firdee adilla said...

nyum2... tester xde ke mama? ahaksss

firdee adilla said...

nyum2... macam sodap =)

mshazadoes said...

salam sayang n dya follower sini ya..akk nk try wt puding tue..