Thursday, September 24, 2009

~ Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga ~



Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga Sekali Lagi...
Mungkin sudah ada yang sudah pun mula bekerja... dan mungkin masih ada yang masih bercuti macam mama sekeluarga... kami akan bercuti sehingga habis minggu nih... sebenarnya banyak urusan peribadi yang nak diuruskan sehari dua ni... sementara ada peluang bercuti... maklumla papa aqilah susah sikit nak bercuti sebenarnya... so ambik peluang cam ni lah nak setle kan macam-macam urusan... nak deal ngan orang kitchen kabinet la bagai.. memang dah tak de masa rasanya.. kene setlekan jugak-jugak masa cuti raya ni.. kalau tak.. lambat setlekan.. maka lambatla kami berpindah... Okey..gambar di atas adalah gambar masa raya pertama.. gambar banyak tapi tak sempatla nak upload... hari ni je kitorang nak ke Puchong nak tengok lampu dan kipas... terima kasih untuk member-member blog yang beritahu pasal kedai kat Puchong nih.. insyaallah nak gi tengoklah hari ni... mana tahu berkenan dan bersesuain dengan bajet kami... kami angkut jekla kat situ.. habis citer...hiks... gambar di atas betapa gemuknya mama kan... lepas raya ni... harus berdiet habis-habisan.. tapi time raya ni belasah dulu la mana yang rasa nak makan... belasah tetap belasah... rugi weh pantang makan time raya nih... yerlah setahun sekali kan... (hahahahha... ni ayat menghasut orang yang diet nih....) Okeylah semua... mama nak siap-siap nak keluar jap lagi nih... so untuk semua yang sudah berkerja... selamat bertugas... dan yang masih bercuti.. selamat berhari raya...

4 comments:

atie said...

selamat hari raya buat mama sekeluarga ...

leadleedeea said...

selamat hari raya mama aqilah~! hehe~! nak wit raye? ahahaha~!!

zh-ena said...

selamat hari raya..
wah lamanya mama sekeluarga cuti..

imz said...

salam aidilfitri...maaf zahir batin..raya dtgla umah..