Thursday, February 25, 2010

Malam Ini Kamelia Katrina @ Astro Ria

Ada sesapa layan sinopsis Kamelia Katrina tak..? Dalam banyak-banyak sinopsis kat Astro.. mama dok layan citer nih... mama sukakan kelembutan yang ada kat pelakon utama sinopsis ni... Miera Leyana... sangatla lemah lembut... wajah dia pulak ada iras-iras Rita Rudaini...



Drama menarik 26 episod arahan Samby Dinesh dan Jamiludin Jabar ini turut menggabungkan barisan pelakon popular baru dan lama seperti Elyana yang membawa watak Katrina, Miera Leyana sebagai Kamelia, Nabil Mentor sebagai Ari, Syed Ali sebagai Azhar, Ain Mohd Satar sebagai Yaya, Norman Hakim sebagai Jehan, Shaharudin Thamby sebagai Kahar, Liza Shadan sebagai Puan MaRiam, Zarina Zainuddin sebagai Linda dan Fetty Dzul sebagai Nek Mun.

Kamelia Katrina mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza. Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki. Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati. Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.



Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya. Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan kepada Kamelia. Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!



Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya? Saksikan drama hebat penuh konflik ini yang akan bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 104) pada setiap Khamis bermula sejak 5 November tahun lepas...jam 9.05 malam...

Dah nak habis kot citernya... sekarang... Ari ngan Kamelia dah pun kawin... tapi pada malam bulan madu mereka... si Katrina dah perangkap Ari tidur sebilik dengan dia... that mean.. malam bulan madu mereka... Katrina yang meniduri Ari...bukan Ari meniduri Katrina... huhuhu... citer ni makin panas... malam ni rahsia terbongkar....jom kita layan Kamelia Katrina malam ni..

5 comments:

Nad Eusoff said...

she's beautiful..

Puteri Satu said...

nad ~ kan... cantik sesangat... si kamelia tuhla... elyana pun cantik gak tapi dalam citer tu jadi tak cantik sebab watak jahat...ahaks...

aNIe said...

Mama...akak tak pernah ikut drama ni..byk sgt drama nak tengok...hahahha

Puteri Satu said...

kak ~ huhuhu...episod tadi lagi best... geram tul tengok si katrina tu...

zh-ena said...

ena layan la jugak bila tertekan remote tak la ternanti2 sgt