Sunday, April 25, 2010

Acacia Park Diceroboh Lagi...

Pagi tadi balik dari Aktiviti Sukan Bolasepak Persatuan Penduduk Acacia Park.. apa bercerita pasal berjayanya pencuri kasut ditangkap pada awal pagi tadi...Pencuri tersebut menurut papa... budak lelaki baru berusia 15 tahun... dan menurut sumber... dari Desa Anggerik... Alahai... baru berusia 15 tahun sepatutnya di pagi hari tempat kamu di rumah... bukan di kawasan rumah orang untuk mencuri kasut... kenapakah pendek sangat akal kalian... kenapakah kalian tidak berfikir sejenak... apa yang kalian buat ini betul atau salah... cetek sungguh akal kalian...

Akhirnya menurut papa... mereka yang berjaga malam tadi... bawa budak ni kebalai polis... polis menghubungi ibu bapa... dan ibu bapa datang membuat rayuan untuk minta anak mereka dilepaskan... selepas tu.. tak tahu apa kesudahan ceritanya... kalaulah budak ni terlepas... tak mustahil bulan depan... dia akan datang.. dan membuat perkara yang sama... Aduhai... Acacia Park.. minggu lepas baru lagi dikejutkan dengan berita Pak Arab sesat... minggu ni kes curi kasut pulak... Kalau boleh pihak berkuasa lebih kerap datang meronda di Taman Acacia nih... kerana kejadian yang tak diingini bila-bila boleh berlaku....
Nauzubillah....

No comments: