Wednesday, July 28, 2010

5 Cara Elak Loya Semasa Hamil

Info Dari Majalah Pa & Ma Ogos 2010

1. Ubah tabiat makan

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila makan dalam kuantiti kecil dengan lebihkerap, perut akan sentiasa penuh. Jadi, tidak timbul masalah loya.

2. Snek

Apabila mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Gabungan biskut kraker dan rehat dapat menghindar mual daripada menjadi lebih teruk.

3. Kekal Hidrat

Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan boleh mengelakkan muntah. Sentiasa bawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.

4. Elak Makanan tertentu

Anda perlu tahu jenis makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Lalu mengelakkannya. Selain itu, elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman.

5. Minum Teh

Halia diketahui ramai dapat melegakan loya. Jadi apakata minum teh halia buatan sendiri untuk mengatasi masalah yang anda alami.

Info yang cukup bagus untuk mama yang selalu je rasa loya-loya ni... banyak lagi info menarik dalam Pa & Ma Ogos 2010 ni.. dapatkan sekarang di pasaran.

7 comments:

viruspadu said...

hui, semua petua tu saya takleh pakai wooo. lagi loya hehehehe.

tgk orang jugak kan petua2 ni kan kak :)

nieda said...

info bagus ni...tq for sharing

azhariahzuber said...

lagi satu cara..makan sikit2...atau pun makan lepas mandi...

Mummy ZaraZarif said...

gud info..thnks..

ANAKIRANA said...

nurse ada gak bgtau..cicah biskut pat segi +air teh pagi2 kalau rasa loya

Wina Momma S and S said...

baguslah info ni Kak...ade yg berkesan pada Wina & ade jugak yg tak esp yang minum air masak tu

tekak x leh telan lah kak air masak time preggy nie..lagi loya adelah huhuuu

tgk org jugak kan kak?

Unknown said...

bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)