Papa dah beli 4 batang pelita... dan dah siap pacak kat kiri kanan pagar rumah... Lagi menyenangkan Aqilah nak main bunga api... Actually Aqilah main bunga api pop-pop tu je.. yang campak ... pop!.. campak...pop! bunyi dia... yang lain semua dia tak berani... Bunga api yang meletop kat atas tu.. cam pistol tu semua dia takut... papa dia jekla yang lebih main.. dia jadi penonton jekla... punyalah excitednya dia... mama tengah cuci pinggang kat dapur... berlari-lari dia panggil...
`Mama... mama.. mari tengok mama.. papa ada mercun tembak mama.. naik atas tinggi mama...'
Nak bagi sporting kat anak... terkedek-kedekla mama gi meng`join' kan diri... alahai.. anak dah pandai.. dah 3 tahun ni... terasa kemeriahan nak raya nih.. sebab tu orang kata.. kemeriahan tu akan terasa bila ada budak-budak kan.. tahun ni sorang ...insyaallah tahun depan kitorang beraya berempat... insyaallah.. tahun depan Aqilah dah ada geng menakal.. harap-harap makin meriahlah raya keluarga kami... jangan makin kelam kelibut sudah... hahahaha...
Hari tu gi Tesco papa nak beli lampu ni.. sebab Aqilah kecoh umah Pakcik Shahrul (Jiran kami) dah pasang lampu ni... tapi tak nak yang mentol seketoi-seketoi tu.. kalau boleh nak yang dalam tiub nih... apa-apa lah papa...
Tiap-tiap malam kat lorong taman mama.. memang sangat-sangat meriah... budak-budak main bunga api.. termasuk Aqilah... sampai meraung-raung tak nak masuk rumah sebab nak tengok dan nak main ngan kawan-kawan... eh..eh nak oi.. sapa nak jaga kamu...? papa nak ke surau terawih.. mama.. memang surrender awal-awal.. tak larat nak control kamu kat luar rumah... so.. masuk rumah.. kunci pintu... pujuk-pujuk sikit.. oklah... bebudakkan... kena pujuk sikit.. dah ok dah sebenarnya... Apapun... nak raya tahun ni.. menguji kesabaran sikit... sebab Aqilah dah semakin membesar... dia dah punya keinginan... dan dah berani nak degil-degil ngan mama ngan papa... last year... kitorang stil kat umah sewa kat Ampang... dia dok main ngan kakak baby jekla... tak ramai kawan... kat Taman ni... Aqilah ada ramai kawan... samalah ngan papa dia... yerlah klu tak campur orang nanti... tak sedap pulak.. dah duduk satu taman kan... Yang penting aktiviti Rukun Tetangga kena aktiv... walaupun kena bahagi-bahagi masa.. tapi tak perla... itu semua tanggungjawab berjiran...
1 comment:
mama aqilah,
nak tanya la beli kat mana ek minyak tanah? kita tak tahu nak beli kat mana kat nilai ni...ade beli juga pelita yang pacak2 tu hehe
Post a Comment