Tuesday, September 07, 2010

Salam Aidilfitri.. Dari Kami Sekeluarga...

Salam Aidilfitri untuk semua... Terkasar bahasa terlanjur bicara... maaf mama pohonkan... Andai ada tulisan mama yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.. sepuluh jari mama pohon keampunan... tiada sekelumit niat pun untuk menyinggung... Yang baik itu datang dariNya.. yang buruk itu dari mama sendiri...
Insyaallah raya tahun ni... Tahun keempat menyambut bersama suami... dan buat pertama kalinya mama akan beraya di rumah mertua di Taman Seri Bayu, Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Mama pun tak membantah bila papa Aqilah menyuarakan hasrat untuk beraya di Sepang dulu... baru balik beraya ke Pahang... tak perlah.. dah 3 tahun berturut-turut raya di Pahang.. apalah salahnya sekali ini beraya di Selangor pulak... Tak perlah... Petang raya pertama tu pun dah bertolak ke Pahang dan terus bercuti panjang sampai raya ke-7... Kalau raya di Pahang dulu... raya kedua ketiga dah kena balik ke Sepang pulak... so mama fikir tak perlah... sesekali beraya di rumah mertua... Walaupun tiap kali ditanya pada Aqilah... nak raya umah Atok atau rumah nenek.. tiap kali juga dia akan menjawab.. Qilah nak raya umah atok... sebab umah atok ada kampung... umah nenek tak de kampung... bebudakkan... macam tuhlah... Apapun... dan di mana juga kita beraya... sama sahaja... cuma mungkin di rumah mertua... sambutan agak asing bagi kita yang baru menyertai keluarga mereka... tapi mama akan cuba untuk menyesuaikan diri.. alah dah 4 tahun dan pun kenal... selamba jekla kan...
Okeylah.. insyaallah mama akan bekerja sampai Khamis... petang khamis baru balik ke Sepang... Dan Raya pertama berada di rumah mertua... lepas solat Jumaat.. akan bertolak ke Pahang... mungkin singgah Nilai dulu... untuk ambik barang-barang nak balik kampung... Di akhir kata... Selamat Hari Raya untuk semua blogger yang selalu baca blog mama... maaf zahir dan batin dari mama dan keluarga...

11 comments:

risanur said...

slmt hari raye kak...

.::Lynn::. said...

selamat hari raya

Ibu_Khalish said...

Salam aidilfitri buat akak sekeluarga.

Hasney said...

Salam Aidilfitri dari saya juga kakputeri.

ikan emas said...

selamat hari raya aidil fitri

Maaf zahir bathin.
salam untuk viva

antalya said...

slmt hari raya utk akak sekeluarga..especially kt aqilah bambam ekeke

CapsLock MakcikPC said...

selamat hari raya kak puteri..

hajarus said...

selamat hari raya kak.. maaf zahir & batin :)

rynas said...

selamat hari raya...maaf zahir batin yer..take care balik raya..

DYLA said...

selamat hari raya buat kak putri1 sekeluarga.

maaf zahir batin =)

alfa juliet said...

ishh kena bersyukur sgt tu..sy sebelum ry sampai raya ketiga rumah mertua..buat2 rilek..haha