Thursday, October 07, 2010

Aidil Zafuan Tak Jengok Anak.... Alahai...

Petikan Dari : Berita Harian Online


KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan
ini diharap terus berkekalan.

Rita sedih Aidil Zafuan tidak menjenguknya sejak Aidilfitri

RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi. "Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah!"

“Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

“Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?” tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.
"Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

“Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal,” katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

“Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini,” katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

"Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

“Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

"Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?” katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
“Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi." Jelas Rita.
p/s : Doa dari mama.. semoga masalah rumahtangga kalian dapat diselesaikan segera... jangan terlalu mementingkan diri masing-masing... cuba fikirkan nasib anak kecil yang tak mengerti apa-apa... kesian sungguh bila dikenangkan... - Rita Rudaini adalah antara artis peberet mama..

7 comments:

Unknown said...

itu la... hai... aku suka pasangan nie.. tp jadieq mcm nie x best la... itulah... laki bila dah dpt mcm nie... bila x dpt mcm2 janji..

Sue said...

rita cantik. husbd dia ensem. anak comel.

betul kata rita. seorang suami mesti membela nasib isteri. serta melindungi isteri. suami kena ada pendirian.. bukan bergantung pd keluarga utk buat keputusan. ermmmm.. budak muda lagi si aidil ni..

Fiza Rauf said...

mmg ada laki yg gitu.. sbl dpt lautan api pun sanggup diredah.. bila dh dpt, lopak air pun takmau langkah...

hissshhhh mmg kesian la kat rita.. deorang patut bleh hidup bahagia kalau suami tu tegas dgn pendiriannya... aidil.. aidil.. jadi lah org yg matang...

azhariahzuber said...

itulah masalahnya bila kahwin laki muda...rita oh rita

Imddin Ahmad said...

Ramai yang menjangka perkara sebegini akan terjadi. Akhirnya berlaku juga..
Kepada yang nak berkahwin, dapatkanlah restu ibubapa dahulu...

http://imddinahmad.blogspot.com/

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

itulah akibatnya kalau kawin dgn org yang belum matang. ada pepatah org tua mengatakan akal lelaki sebenarnya adalah ditolak 5 tahun dari umur sekarang misalnya umur dia 30..akal dia pulak 30-5 =25..
so pemikiran lelaki umur 30 tahun adalh 25 tahun saja sebnarnya

inikan pulak yang umur 23 alahai akal dia cuma 18 tahun sahja!!!

dalam umur macam aidil sukar ada lelaki yang boleh komited pada anak & isteri lebih2 lagi kawan2 bergumbira , balik malam2 .. belum puas bujang dah terikat...

Nan Sari said...

i x minat sgt dgn gosip artis. tp bile tengok rita ade anak sebaya dgn my girl kesian jgk. I hope rita sabar n si hubby kuatkan iman. besar tanggungjawab dah jadi suami isteri nie. anak tu amanah dari Allah. kita amik iktibar dari kesah mereka. yg lain2 tu (dua2 belah family dorg) x baik runtuhkan masjid. dosa besar..