Tuesday, November 09, 2010

Kat Bandar Baru Nilai Dah Macam-Macam Ada Daaa....

Seluar Gap & Old Navy tu 3 helai RM30
Losyen tu untuk mama.. nak sapu tang perut..gegegege..
Dah 7 bulan lebih baru sebok nak sapu kat perut... Nasibla..hahaha..

Hari Ahad ri tu.. lepas makan nasi kandar cempaka... Aqilah dok ajak gi Giant dia nak beli DVD... eii anak dara sorang tu memang dah pandai ngarah pegi sana sini... itu belum dengar mulut dia cot cet-cot cet dalam keta...

Ahad biasalah Giant memang ramai orang... berpusu-pusu... hahaha tunggulah Tesco dah siap nanti... sunyilah Giant tuh..gegegege... dah ramai orang ...parking pun jejauhla... kebetulan betul2 parking kat depan FOS... ajaklah papa singgah sekejap..  nak perabih duit... huhhuhu... kebetulan banyak pilihan seluar Gap & Old Navy ni kat FOS.. memang banyak pilihan berlambak-lambak.. klu kat FOS kat Maju Junction ni ha... dah tak banyak choice sangat dah... hish klu gitu... lepas ni terjah FOS Nilai jekla... tak yah susah-susah... tengok kat sebelah depan sana sikit.. Reject Shop pun dah ada... alahai... boleh dikatakan.. macam-macam dah ada... papa suka beli T-shirt kat Reject Shop... sebab kualiti T-shirt kat situ.. bagus-bagus... Nak tunggu Brand Outlet (BO) plak bila nak bukak kat Nilai nih.. mesti lagi syook.. time raya tak yah cari gaun or tshirt Aqilah jejauh...
Barang-barang dia..semua dia nak bawak sendiri...ayat dia apa u all tahu..?
`Eh mama.. tak per Aqilah boleh bawak barang Aqilah aar mama..."
Eeiii... ayat dia memang penuh gitulah seketoi-seketoi....
 

3 comments:

puterikurekure said...

pandai aqilah. ringankan beban mama eh...

Hot Mummy said...

yelah kak. ari ahad ari tu, ina round2 kat giant nilai pas tgk umah. huh..mcm2 ade. ina try makan kat rahimah best. boleh tahan jugak mint lamb chop die. oklah, byk kemudahan. xde lah istilah lagi tempat jin bertendang!

Afne said...

bgs la aqila. nnti jd kakak penyanyang kt adik ok?!