Tuesday, March 15, 2011

Botol susu bayi polikarbonat bisphenola diharamkan mulai 1 Mac 2012 E-mel Artikel


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
 
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif


Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

sumber info: myMetro & http://www.rosalik.com/?p=85

Kita semua kena alert benda-benda macam ni.... Mama sendiri pun... dalam prihatin tentang botol susu ni pun... tak boleh nak buat apa bila anak reject botol susu yang bagus... tapi bila dah jadi macam ni... walau anak-anak reject kena paksa jugak untuk kesihatan diorang.

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

kak, maknanya yang leh pakai selain no 7 tu ke apa???tak paham la...minta izin kongsi artikel ni ek...

Iela Fazielah said...

mmg betul... harga mahal tp xpe... yg penting safety kan?

Anonymous said...

As salam...

ngeri jugak kan bila dpt tau ketidakbagusan botol susu BPA ni? iyelah..klu sampai ke keturunan, kanser,..ishh..bahaya betul tu.

Nuren masa baby pun saya belikan dia btol susu murah2 yg 3 botol RM6 tu haa..konon nak banyak!! tapi bila dah dpt tau tak elok utk bayi dan kekanak ttg botol susu mcm tu..terus pelan2 beli AVENT (3 botol dlm 1 kotak).

Yg botol lama2 tu boleh la buat isi duit syiling..heheh!!

Sue* mamaID said...

sy dah lama pakai botol BPA free...kalau nak beli mesti beli yang BPA free...anakku, pureen bby kiko semua dah ade botol BPA free...

#iwrite said...

thankz for dis info

Unknown said...

tima kasih share info.. ^^