Wednesday, April 04, 2012

Tiga Bulan Di Sekolah :)

Aqilah Najla - semasa Sukan Pasti Peringkat Negeri Sembilan bulan lepas 
(Nanti entry lain mama citer pasal sukan ni, k)

Hari ni 4 April genaplah 3 bulan Aqilah bersekolah di Pasti Isbat Al-Imtiyaz... Alhamdulillah... mama tengok selama 3 bulan Aqilah bersekolah... ada banyak perkara yang dia belajar... Yerlah Aqilah bukan duduk nursery.. Aqilah bukan duduk kat Taska... dia just duduk kat rumah je sedari kecil... so mama tak menaruh harapan yang sangat tinggi untuk anak mama ni jadi pandai tetiba kan.... biar pelan-pelan tak per.. lain budak lain kemajuan dia kan... Antara perkembangan Aqilah.. dah nama sekolah agama kan...

1. Dah hafal kalimah syahadah (Dengan style2 sekali dia mengucap...sweet!)
2. Dah hafal surah Al-Fatihah
3. Dah hafal surah An-Nas
4. Dah hafal surah Tabbat
5. Dah hafal doa penerangan hati
6. Dah hafal doa masuk tido
7. Dah hafal doa naik kenderaan
8. Dah hafal doa masuk tandas/keluar tandas
9. Dah boleh menulis A,B,C
10. Dah boleh tulis nama sendiri (Walaupun adakala huruf tak betul parking :)
11. Dah boleh solat sendiri walaupun perlu bimbingan lagi.. dah boleh takbiratul ihram..takbir sujud, rukuk , iktidal rukuk semua dah boleh.. sweet dan comel sangat tengok Aqilah solat...

Itu antara perkembangan Aqilah setelah 3 bulan bersekolah.. pada mama.. satu pencapaian yang mama rasa mama betul2 tak jangkakan... Betapa ajaibnya rasa... tetiba bila hantar anak sekolah... sampai satu masa.. eh anak aku dah boleh solat sendiri.. eh tetiba anak aku dah boleh baca al-fatihah.. alahai....terharu sekejap... masa mula-mula Aqilah baca Al-Fatihah... menitik jugak airmata ni... rasa macam terharu sesangat... mama harap dan berdoa..semoga Aqilah Najla membesar dengan sihat dan bijak... semoga menjadi anak yang solehah... berguna pada agama bangsa dan negara.. juga taat pada suruhanNya.. dan taat pada mama dan papa...insyaallah... :)

2 comments:

mummY daniSha said...

bagus jugak pasti ni eh..berapa bulan2?ngan yearly...leh share?

A.I said...

Mmg bagus sgt2 skolah ni. kebetulan thn ni ada PASTI Imtiyaz Kids baru bukak kt kwsn umah. trus daftarkan anak bongsu dobot aku kt sana. dlm masa 3 bln belajar kt sana, memacam benda dia dpt tau & hafal. skolah tu pon aktif sgt. memacam dia anjurkan utk students. mgg ni siap ada game bola jaring lagi utk bebudak tu. suke! ^_____^