Wednesday, June 13, 2012

Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia

Sama-sama kita renungkan ye...
Saya tidak paksa anda baca blog saya...
Dan blog saya pun bukan untuk anda yang tak suka pada saya...
Blog saya adalah untuk saya dan untuk rakan-rakan blog yang saya sayangi...
Saya tak sangka masih ada pembaca blog yang suka kutuk mengutuk sesama rakan blog...
Andai tak suka... plz jangan datang sini lagi... 
Saya tak memerlukan kawan blog yang punya penyakit hasad dan dengki...
Sama-sama kita renungkan....
Minta kita dijauhkan dari penyakit ini...
Buat Anonymous yang baru sekejap tadi tinggalkan komen...
Saya sangat kesian kerana pada saya... 
Komen anda menunjukkan betapa cetek dan singkatnya fikiran anda..
Jangan kita biarkan hasad dan dengki menguasai diri...
Kerana janji Allah itu pasti....

Sama-sama kita renungi... wallahualam...
Oleh: Ustaz Abu Basyer
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.
Terdapat tiga ciri  sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

 1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.

10 comments:

fini zaini said...

akak, ptut paste komen cik anon tuh...

Puteri Satu said...

fini... akak dah delete.... kesian si anon tu.. cam mental pun ye... kesian dapat dosa free.... ahaks... yang paling best dia kata akak tua... mungkin umur dia statik kot... sekarang umur 29 sampai bila2 tak bertambah kot...

fini zaini said...

ya ampunnnn....mmg mental la dia kak...brani nk komen tap xbrani muncul diri..guna cik anon gak..

Puteri Satu said...

itula fini... kesian..kesian...

Che Ta said...

rilek la.. tu antara tanda2 bakal jadi selebriti blogger tu hahaha

Puteri Satu said...

ye betul tu cik zita... relek..relek..kan...

~ yus ~ said...

patut akak copy paste komen dia di blog ni, adeh! Anon mmg mcm tu, yus pun tak beri anon komen di blog, dan sbb tu pasang comment moderation juga skrg, takut ada komen yg entah apa2, tak yahlah publish kan.

babyluv_ayang said...

Apa dia komen,kak ...xda keje ler 2 ...

Aleeya (Yaya) said...

ha ah pe dia komen kak?kak..psneh setting jgn bg cik anon komen, nyibuk jew anon2 neh..

FirZie83 said...

mmg sakit ati kak kalo baca komen2 cik anon..azie pun dulu biasa dpt langsung azie da x buka pada si anon ni..kita berblog utk suka2..hiburkan hati..bukan nak bagi sakit ati baca komen dorang yg menyakitkan hati tu...jadi mari kita sama BLOCK si anon dr mengomen...haha...ni kalo si anon bac anih mau meroyan kak oiiiii...hikhik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...