Wednesday, December 26, 2012

Share Ilmu - Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah


 Share ilmu :)
Tahukah anda..

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka"

ulang lagi...

"Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA"

**biaq betui??!!!! ~_*

Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja?

Tips DMFK:

1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT

Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak:

Surah Al fatihah (penawar segala apenyakit),
Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan),
Surah Al insyirah (doa penenang hati),
Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati)
Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati)
Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan)

"Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah."

Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat.

2. HORMATI ANAK

Contoh situasi;
Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan....

Bapa: "Anak abah tengah buat apa?"..
Anak: "Tengah tengok ultraman"

3.NEGOTIATE DENGAN ANAK

Bapa: "Anak abah nak mandi pukul berapa?"
Anak: "Lepas ultraman habis, bah..."
Bapa: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.."

Kalau anak kata..

Anak: "Pukul 10malam saya mandi"
Bapa: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, anak abah mandi pukul 6.30 ye. Lepas ultraman habis terus mandi"
Anak: "Ok bah.."

4.KUATKUASAKAN

Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan.

Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap.

Bapa: "Ok anak abah, dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi"

Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi.
DONE! Sekali suruh sahaja ^_^

5. PUJIAN & PENGUKUHAN

Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain.

Masa makan malam...
Bapa: "Ibu, tadi anak ibu ni....dia janji nak mandi lepas citer ultraman habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak abah! AnakkuSoleh.com!"

^_^

Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. Kata DMFK, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.

Sampaikan ilmu ini kepada sahabat-sahabat ibubapa yg lain.
Klik "Share".

Sumber Nota:
Video ceramah Bina1Malaysia, Ibubapa1Malaysia sebagai Motivator
(part 7) ~boleh cari di YouTube

p/s : Sama-sama kita amalkan.....


2 comments:

Amna Faqiha said...

mama AN,
mohon share ya

Oyis said...

thanks for sharing. indahnya solusi dia