Saturday, July 08, 2006

Aduhai Cik Siti Si Cantik Manis...


Apa komen korang pasal pasangan nih….Sekarang ni cerita paling panas ialah perkahwinan Cik Siti cantik manis ni.. dengan Dato’ K… Cik Siti ni makin hari makin bertambah manis dan berseri-seri..maklumla kata orang…seri pengantin kot kan… Bermacam cerita terpampang di akhbar…di majalah… selagi Cik Siti ni memBIARLAH RAHSIA… selagi itula..semua orang terutamanya wartawan..akan bercerita.. dan semua orang akan membuat berbagai spekulasi…dan berbagai telahan..dan berbagai tekaan..dan berbagai cerita… samaada betul atau tidak… tak seorang pun yang mampu menghalangnya… selain dari Cik Siti kita nih… Ikhlas aku cakap..aku cukup meminati Cik Siti ni…dari awal pembabitan dia dalam dunia seni nih… Dari Bintang HMI aku memang dah suka pada Cik Siti ni… Sampai la sekarang… tapi bila dia buat keputusan ingin berahsia segala-gala dari peminat… itu aku kurang setuju sikitla..tapi mungkin dia ada sebab tersendiri..Cuma Cik Siti ni tak sepatutnya terlalu memikirkan tentang diri dia sendiri… kerana dia pun sudah membayar harga yang perlu dia bayar sebagai seorang celebriti… dan peminat pun sudah membayar harga yang perlu peminat bayar untuk Cik Siti kita ni kan…




Ini pula cincin yang dikatakan bakal tersarung di jari manis Cik Siti kita…Cincin ini dipamerkan di Chaument, Paris dikatakan dibeli seorang rakyat Malaysia sebagai cincin perkahwinan untuk Persandingan Gemilang 2006 atau Wedding of the Year 2006. Namun nama pembelinya dirahsiakan kecuali dinyatakan sebagai rakyat Malaysia. Nama cincin ini ialah Bague Coeur Toi et Moi Diamants bermaksud Permata Hati Kamu dan Saya, dengan beratnya dianggarkan 1.62 karat.Menurut Chaumet, yang dipetik dari majalah Public, cincin rekaan khas ini diilhamkan oleh Trau Bros dan pernah digayakan artis Judith Godrèche dan dianggarkan berharga 99, 999.99 EUROS atau kira-kira RM460,000.

Aduhai Cik Siti… Aku rasa nak dikatakan Cik Siti ni bertuah pun tak jugak… sebab aku rasa.. dia dah lama bertuah… klu nak dikirakan segala material dikatakan akan dia terima ini…aku rasa..dia sendiri pun mampu…untuk mendapatkannya sendiri… tapi mungkin bertuah kerana diberikan oleh seorang yang bertuah kerana mendapat Cik Siti kita….

16 comments:

.:HalogamoRa:. said...

HEHEH Pasal cik siti ni...? aku dah malas nak baca pasal dia nih tp pasal lu yg tulis wa comment gak la satuuu je...

nasiiiib badaannnnn

atehlaila said...

Kali pertama berkunjung..Pada ateh, biarlah dia berahsia. Kita ni orang melayu..kang canang satu kampung, jadinya tidak, malu jugak..nak menjawab lagi. Lagipun, kes Dato K ngan wife dia tu pun baru nak settle..
Apa apa pun, itulah harga yg harus di bayar oleh celebriti..cewah, mengalahkan CT menjawab sendiri lak..

PuteriSatu said...

halo :- Hehe...klu ikutkan aku pun malas nak baca...jadi..aku malas baca..biar aku tulis plak...wakakak...

ateh :- thanks ateh sudi datang berkunjung.. tapi ateh..kita pun dah bayar banyak gak untuk siti ni ateh...muehehehe....

lizazul77 said...

"jangan tak jadi.... jangan tak jadi... orang kampung semua sudah tahu......." hahahhahah.... korang sumer pernah dengar lagu ni kan... aaa.... sesuai sgt utk cik siti nih... tp yg masih jadi tanda soal bukan setakat tarikh.. bahkan juga calon pengantin lelakinya pon still ada berbagai spekulasi.....

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ermm..aku post komen dulu yo..x sompek nk baco laginih..pajng bonaa..den nk pi rehat dulu...huhuhu...
> pasal cito siti..lantak dio la..maso dpan dio..hahahah..masing2 ado pilihan msing2...ok..nanti sambunggg

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

apo motif yg sbnrnyerr erkkk....ermm,....byk sgt rahasio nyooooooooooo

PuteriSatu said...

liza, lyzz :- aku bimbang last sekali nanti dia kata... bukan Dato'K tapi anak sedara Dato'K... sebab tu Dato'K dan family datang hari tu nak merisik utk anak sedara diorang...kwang-kwang-kwang...

ontahsapo said...

kalau dah jodoh.....

sharinna said...

Hello awak...
Thanks for dropping by my blog.
Salam perkenalan to you too.
Anyway, nice write ups you have here.

PuteriSatu said...

OS : iyerla...dah jodoh ek...

Sharinna : salam perkenalan..thanks...lawatan balas kat my blog....

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ermmm..ntahlerrr...kalau lelonggg...brp la naik rega agaknyer erkkk,,...muahaha...mentangla den kojo company lelongg...ckp pasal lelong lakk...heheh...ct saman br tau..wakakaka

Mamamanja said...

salam PS...
ermm.. pasai cik siti nih.. maleh la nak komen apo2pun. gasak dio la... janji den bahagiooooooo..huhuhuhu

nurahdi said...

sy minat ct tp sejak2 akhik ni mcm dh bosan la psl cite2 dia...rase2 nya artis yg plg suspen sekali..
adus..pening gak dibuatnya..
papapun..wait n see la...

yus said...

Siti..ntahlah tak tahu nak komen apa. Yang penting dia happy kan. Terima kasih atas kunjungan ke blog saya. Hehehe..lawatan balas ni.

tgazfa said...

tu dia harga cincin!!! ... cincin aku tuh 460 ringit pun tak sampai .. tapi tetap bertuah hehehe ...

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Softest mattress georgia+farm+bureau+insurance+company Alternative treatments asthma big cock fuck massive tit Adware software spyware spray dryer Code free mobile phone unlocking Minnesota bextra lawsuit Varga girl swimwear Neurontin light sensitivity non generic tenuate Salmon fishing on loch tay Celebrex and dog and dosage Bextra side effects claim Sto autococker paintball guns Wireless card for laptop Hydra rib basketball system Microsoft antispam beta blocker Find a digital camera in tallahassee florida huge selection polyphonic ring tones