Tuesday, August 08, 2006

Sabtu dan Ahad...

5 Ogos 2006

Sabtu datang lagi…tapi hari ni aku dah plan awal-awal nak keluar ngan akak…so aku tak lah rasa boring kat umah… ingat nak tengok-tengok spek... kebetulan balik umah mertua hari tu..spek aku jatuh…dan dah retak kat tepi…act ada spek lain…Cuma orang kata dah old fashion…segan plak nak pakai… kebetulan gi jenjalan kat Bandar Baru Ampang dan nampak satu kedai spek…dah membelek spek kat kedai tuh…aku pun dah berkenan…dari nak tengok-tengok…terus beli…harga tak mahal sangat… dalam RM250.00 yang bestnya tak sampai 4 jam dah siap…belum pukul 3…kedai tu dah call aku suruh ambik…kebetulan kitorang lum balik lagi…terus singgah and ambik spek…wah…seronok…spek baru…muehehehhe…

6 Ogos 2006

Aku tak sure aku nak citer pasal hal ni lagi ke tak…tapi aku rasa…aku cerita aje la ...pagi Ahad…aku menangis masa bangun tidur…act…aku takla mengharap 100% ada rezeki aku untuk kali ni…tapi memang jauh kat sudut hati aku..memang mengharap…sebab selalu period aku setiap bulan..mesti awal 2 hari…and kebetulan bulan ni…lewat 4 hari…pagi ahad tu baru dia datang…aku menangis betul2 ngan Yon…walau dia pujuk camana..aku tetap menangis..menangis…dan menangis…entahla…kekadang aku fakir..tak sabar ke aku…Yon kata….belum ada rezeki kita lagi…sabarla…semuanya ada hikmahnya….banyak masa kita boleh cuba lagi…bulan depan kan ada lagi… sabarla…tapi kata-kata tu…macam aku tak dengar jek…aku cuma dengar kat hujung telinga aku je…aku sedih…tak de rezeki aku lagi untuk kali ni…walaupun aku redha…tapi hati aku tetap sedih…tetap tak leh control perasaan aku….Yon nak bangun beli sarapan tak sampai hati nak tinggal aku menangis teresak-esak…aku sedih sangat…
Tak sanggup nak citer lagi….

Petang kitorang keluar pegi Puchong…survey apartmen…ingat nak beli apartmen kat area Puchong…semalam tengok kat area Taman Bukit Puchong…perumahan baru…cantik…aku berkenan area tuh….tapi kebetulan sampai dah petang diorang punya show house semua dah tutup…satu Nilam Puri Condo…dua Puteri Bayu Apartmen…and satu lagi…Aseana Puteri…aku tak sure masih ada lagi unit yang kosong…sebab apartment u semua dah 50 – 70 % dah siap….kalau ada rezeki…adala….balik dah lewat…Yon nak singgah kat Taman Ehsan..nak beli barang…singgah masjid solat asar…and kebetulan kitorang 2-2 orang dah lapar…singgah makan dulu…pas makan dah nak manghrib…terus balik umah…

8 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Aku nk komen satu jer, setiap yang jadi ada hikmah tersembunyi yg telah tuhan tentukan untuk kita, kita sebagai manusia harus sabar dan redha setiap ketentuannya, menangisi meratapi seolah2 tak membenarkan qada dan qadar tuhan. Jadi puteri ku sayang, bersabarlah. tuhan yang menulis jalan cerita hidup kita, kita hanya melakonkan watak dan cerita ..sabar ok sayang

PuteriSatu said...

Tima kasih la Tiara..aku bersyukur adanye kawan macam ko....aku harap aku akan jadi lebih kuat....

Apple Pie said...

ya puteri ko kena sabar. tgk aku ni rilek je. cool je. ada rezeki ada lah. kalo belum ada rilek je la. tunggu sampai dia mari ehehehhe. dah jgn sedih2 lagi. lepas period nnti cuba lagi. :D

PuteriSatu said...

apple : yer la aku try la relek cam ko...pas ni try lagi kan...iyerla..iyerla....

zamdee said...

berusahalahhh!!
chaiyok chaiyok!!

kalo tak silap aku, emosi juga mempengaruhi sistem badan manusia.. lagi kita emosi, lagi badan tak stabil..

jd nyer, jgn emosi.. just enjoy ur married life 1st.. yg lain, tuhan dah tulis..

PuteriSatu said...

zam : iyerla...berusahala...aku memang berusaha ni...bermati-matian nih...ko apa tahu..?

iyerla....enjoy je with my maried life kan...tul ko kata tuh... leh manja2...leh cayang bucuk-bucuk...leh gomol2 kan...emm citer ngan ko..ko apa tahu...mueheheh...

yus said...

sabar yer puteri. Semua tu datang dari Allah, InsyaAllah adalah tu nanti. Jangan cepat putus asa.

PuteriSatu said...

yus : thanks kak yus..untuk semangat yang diberi...