Friday, August 10, 2007

BAYI 3 – 4 BULAN

Suatu perubahan besar berlaku pada bayi anda ketika ini. Hubungan dengan alam sekeliling menjadi lebihketara. Dia suka sesuatu yang lucu dan mula belajar untuk ketawa.

Bagi anda sudah boleh mengenal wajah dan tempat yang biasa dilihat olehnya. Malah, dia juga sudah boleh mengawal sepenuhnya pergerakan tangan dan kakinya. Ini bermakna kaki dan tangannya boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki olehnya.

Dia juga merasakan jari tangan dan jari kakinya jug amenjalankan fungsi yang sama dengan tangan dan kakinya. Bagaimanapun dia masih belum belajar dan faham sepenuhnya bahawa tangan boleh melakukan lebihbanyak perkara berbanding kaki. Sebab itulah amat penting bagi anda untuk melakukan aktiviti atau permainan menggunakan jari kaki seimbang dengan menggunakan jari tangannya.

Ketika duduk, badannya tidak lagi membongkok dan mampu mengawal pergerakan kepalanya. Bagaimanapun, bayi anda masih memerlukan sokongan dari anda sama ada dengan meletakkan bantal dibelakangnya agar dia tidak jatuh dan tercedera.

Pada usia 3-4 bulan, bayi anda sudah boleh mengangkat dadanya tinggi ketika sedang meniarap dan mendepakan tangannya. Dia cuba untuk melihat terus ke depan tetapi masih belum mampu mengawal sepenuhnya posisi tubuhnya itu.

Bayi anda masih mahu berbual dengan anda walaupun menggunakan vocal dan bunyi konsonon yan mudah. Dia cuba untuk menyambung dua patah perkataan seperti `gaga’ dan àhgoo’. Dia juga suka menunjuk-nunjuk kemahiran baru menggunakan bibir dengan menghasilkan buih dari air liurnya.




Kawalan tangan dan kakinya sudah semakin maju, dia boleh memegang objek dengan merapatkan kedua-dua tangannya. Selain itu, dia juga boleh menggoncang alat permainannya untuk menghasilkan bunyi tetapi masih belum mengutipnya jika mainan itu terjatuh. Walaupun boleh menghulurkan tangannya untuk mencapai permainan tetapi kerap tersasar kerana masih belum boleh mengagak jarak dengan baik.

Pertuturan

Dia sedang mengungkap perasaan dengan bersuara bunyi `rrrrr’akan dihasilkan dari tekak pada akhir tiga bulan pertama, `r’ akan hasilkan berturutan. Ada kalanya kendengaran seperti bunyi berkumur. Sementara itu dia turut mengeluarkan bunyi dari tekak seperi `e-khe’, `ek-khe’, terutama sewaktu dia dibaringkan dan sewaktu dia berasa riang. Bayi anda turut menggunakan suku kata atau rangkaian suku kata yang pertama walaupun belum begitu jelas.

Minda

Bayi anda semakin menjana kebolehan mindanya. Dia boleh mengenal anda walaupun dalam sekeping gambar. Otaknya berkembang pesat dan ia dapat dilihat melalui sikap ingin tahun yang melampau. Dengan yakin dia akan meninjau sekeliling jika diletakkan di dalam bilik yang asing baginya.

Sosial

Bayi anda tidak lagi berasa malu-malu, dia sudah mula kenal semua ahli keluarganya dan kenal haiwan peliharaan yang ada dirumahnya. Bagaimanapun si kecil ini tidak suka tinggal bersendirian dan akan menangis jika tidak mendapat perhatian dari anda.

Petikan Dari :-
Koleksi Pa & Ma - Rahsia Anak Cerdas & Pintar

6 comments:

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ingatkan tuan umh cuti

Mrs.A said...

informasi nih... untuk masa depan...

kasihlatifah78 said...

bul la tuh.. tapi rasanya bukan yaya yang suka buat bunyi 'rrrr' tapi si kakak...yoyo ku sayang..

Puteri Satu said...

zu : aku ada aar...

minnie : ada informasi berguna...kita gunakan blog sebagai tempat untuk berkongsi informasi..

cik anak : yoyo...yaya...tomei... rindu nak jumpa dak 2 orang tuh...insyaallah nanti tunggu aqilah besar sikit..tok de ngan tokki de turun seremban yek...

kakLuna said...

muka Najla cam muka mama dia lah sekaligus cam muka makngah dia jugak..hehe

Puteri Satu said...

luna : ya ke...tapi ramai yang kata...muka suami akak...wekekek.