Monday, May 12, 2008

Titipan Hari Jadi Untuk Aqilah Najla...Selamat Harijadi...

Photobucket

Assalamualaikum.. pembuka bicara di pagi yang cukup indah ini teristimewa untuk buah hati mama… Aqilah Najla….

Dipagi yang sama genap setahun lepas tepat jam 9.02 minit pagi Jumaat..penghulu segala hari Aqilah Najla selamat dilahirkan melengkapkan kehidupan mama dan papa..

Dan hari ini….sempena hari ibu jugak Aqilah melengkapkan hidup mama untuk meraikan hari ibu…alhamdulillah yang tak terhingga…

Alhamdulillah Aqilah Najla membesar dengan sihat..bijak dan pandai dalam meniti usia untuk mencapai satu tahun…seiring dengan makna nama Aqilah Najla….Aqilah jarang sakit…jarang demam…jarang selsema….Aqilah memang menyenangkan hati mama…Aqilah memang cukup mencuri hati mama…gelak tawa Aqilah setiap hari memang jadi asam dan garam untuk kehidupan mama…pelengkap kehidupan harian mama…walupun kekadang keletah dan kenakalan Aqilah cukup menguji kesabaran jiwa mama…tapi itula yang membuatkan setiap saat dan setiap nafas mama begitu merindukan Aqilah….meskipun untuk mama ke pejabat…memang cukup berat untuk meninggalkan Aqilah…dimata mama Cuma ada kelibat Aqilah sorang…Aqilah yang manja…Aqilah yang asyik tersengih bila diagah…Aqilah yang terjerit girang bila diusik…Aqilah asyik mendepa tangan nak berdukung, walaupun sekarang Aqilah dah bijak berjalan jatuh…dapat 10 langkah kekadang Aqilah terduduk comel……eeiiii…segalanya begitu manis…segalanya begitu indah…untuk mama kenang di hari tua…

Sedar tak sedar…11 Mei muncul lagi…rasa macam baru semalam mama bergelar mama…rasa macam baru semalam mama melahirkan Aqilah yang bijak….rasa macam baru semalam mama menyusukan Aqilah buat pertama kali…indahnya saat itu nak…walupun mama rasa begitu kekok menyusukan Aqilah…tapi mama buat yang terbaik untuk anak mama…memang segalanya memerlukan kesabaran yang tak terhingga…rasa macam baru semalam rasa sakit untuk melahirkan Aqilah….walupun mama melahirkan Aqilah bukan secara normal…tapi mama juga berkesempatan merasakan nikmat sakit untuk melahirkan permata hati mama buat pertama kali…alhamdulillah…sakitnya takla terlalu lama Cuma dalam 4 jam…betul-betul sakit pun dalam 2 jam ..alhamdulillah…walau pun tak dapat melahirkan secara normal..mama tetap bersyukur kerana Aqilah selamat…setiap saat...setiap nafas mama...hanya Aqilah yang mama rindukan....tak pernah tidak...mama sentiasa ingatkan Aqilah...walaupun untuk sementara peninggalan mama ke tempat kerja...wajah Aqilah telatah Aqilah...begitu mama rindukan...manisnya saat-saat ini ye sayang...

Sayangku Aqilah…

Sejuta kesyukuran mama himpunkan setiap kali usai solat…kerana hadirnya Aqilah memberikan seribu keindahan dalam kehidupan mama…

Aqilah tersayang….

Maaf mama pohon andainya selama setahun ini….ada kecuaian mama dalam menjaga Aqilah…mama minta maaf nak…kerana semua itu di luar kehendak mama…andai selama setahun ni ada tindakan mama yang Aqilah rasa mama terkasar…maafkan mama sayang…tak terniat sekelumit pun untuk mama kasari anak tersayang mama….mama hanya manusia ciptaan tuhan yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan….Aqilah sedia maklumkan sayang…papa Aqilah lebih prihatin pada Aqilah…dibandingkan mama Aqilah yang sentiasa cincai dalam penjagaan Aqilah…tapi itu semua kerana mama tak nak anak kesayangan mama terlalu dimanjakan…tapi apapun…Aqilah tetap kesayangan mama ye sayang….apapun…demi Allah…mama berjanji..yang mama akan berikan yang terbaik untuk Aqilah..insyaallah…

Doa mama….Aqilah membesar dengan bijaksana dan kepandaian..
Doa mama jua…Najla cantik di mata dengan keikhlasan yang bercahaya….lahirnya Najla dengan baik keturunannya….

Selamat menyambut ulangtahun pertama sayangku Aqilah Najla….Semoga Tuhan panjangkan umur Aqilah….Semoga tuhan berkati setiap langkah Aqilah Najla…Semoga tuhan lindungi Aqilah Najla dari sebarang perkara yang tak diingini…semoga tuhan berikan kesihatan yang baik untuk mama dan papa untuk memelihara Aqilah Najla….melihat setiap perkembangan dan kejayaan Aqilah Najla…Insyaallah….semoga tuhan berkati keluarga kita…insyaallah…

Selamat Hari Jadi yang ke-1 tahun…Aqilah Najla…Mama & papa sayang Aqilah…

Salam rindu dari Mama...


p/s ~ Terima kasih untuk semua yang wish Aqilah semalam...Act..mama Aqilah tak buat party besar-besaran pun..cuma panggil jiran2 je...minta maaf pada semua kerana tak menjemput...insyaallah di lain tahun mama Aqilah panggil ye...

33 comments:

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

eppy bday aqilahh...untungnyerr time ari ibu lagikkk...nanti biler aqilah dh jd ibu nanti..lg berganda la kann...bestnyerr

Yaya said...

aqilah dah 1yr ekk
sekejap je kan
hepi besday qilah...
semoga qilah menjadi anak yg solehah wokeyyyy

nanonano said...

apsal nk menitik je air mate bace entry ni? ishk..

slamat hr ibu tuk akak..
dan slamat hr ulang tahun pertama tuk Aqilah..

nanti aqilah dah besar sure nangis bace entry ni..
:)

Qaseh Bidadari said...

selamat hari jadi aqilah!

semoga besar nanti jd anak yg solehah!

gud luck mama aqilah,u'r da greatest mum..

hepi mother's day!

nasazfrog... said...

ha.. selamat hari jadi untuk aqilah cyg,, dah setahun yer,, wani aritu pun tak sempat nak sambut.. 2 tahun nanti nak sambut la... semoga sihat selalu n jgn nakal yer cyg.. :)

ANAKIRANA said...

happy besday aqilah!
double celebration lah mama aqilah yer..hari ibu lagik ..

mana gambar party hihihi

risanur said...
This comment has been removed by the author.
risanur said...

selamat hari lahir aqilah...moga akan menjadi sorang anak yang solehah dan taat pd mama&papa..

slmt hari ibu kak...

Ida Naziri said...

happy besday aqilah! happy mothers day akak!

aqilah lahir pd hari yg special. semoga membesar dgn sihat

iMz said...

happy birthday to aqilah...semoga panjang umur di murahkan rezki

Anonymous said...

amboi amboi :-)
selamat hari lahir Aqilah ;-)

utk mama & papa Aqilah, jgn nakal2 :p

*SiRibenMerah said...

selamat hari jadi aqilah...

chanteknye pakai merahh..
akak, da dpt tawan hati saya neh.. muahahaha =P

*kirimkan alamat akak yek*

Cikja said...

Selamat Hari lahir Aqilah Najla semoga akilah menjadi anak yang solehah..Amin.

Puteri Satu said...

zu ~ tima kacey...itula pasal....best..last year hari ibu dapat munge-munger...tahun ni papa aqilah lupa nak beli munge untuk mama aqilah...huhuhu...ni yg geram nih..

Puteri Satu said...

aleeya ~ tima kasih....berkat doa auntie aleeya...

Puteri Satu said...

nano ~ ya ke...huuhuu...akak tulis pun bergenang airmata...

Puteri Satu said...

MR ~ tima kasih...insyaallah..insyallah...

Puteri Satu said...

nasa ~ ya ke..tak per..next year leh celebrate kan...

Puteri Satu said...

ana ~ ala mana ada party..party simple2 ..sekadar jemput jiran sebelah menyebelah je...

Puteri Satu said...

risanur ~ tima kasih...

Puteri Satu said...

idashah ~ tima kasih...insyallah berkat doa semua...

Puteri Satu said...

imz ~ tima kasih..

Puteri Satu said...

zamdee ~ tima kasih...nakal? ko yang nakal...wekeke...

Puteri Satu said...

SRM ~ tima kacey...dah tertawan aar..? huhuhu...sila pm akak kat YM ye...

Puteri Satu said...

ijah ~ tima kasih..

Unknown said...

selamat hari lahir aqilahhh semoga jadik anak yg solehah :)

Puteri Satu said...

lin ~ insyaallah..

LayarLara said...

alamak.. aku lambat wish... hepi besday to qilah...

Puteri Satu said...

lara ~ tima kcey...weh..ko dah bersalin ke blum? diam je...

Ceera said...

happy besday kat budak cumellllll....

selamat hari ibu kat mama budak cumel tu..

=)

semoga dua2nya sihat2 sentiasa...

Puteri Satu said...

ceera ~ tima kacey kat auntie ceera comel....

nizza-abira said...

hepi blated besday utk aqilah..
moga aqilah akan menjadi anak yg solehah...
to mama aqilah...
hepi mothers day...

Puteri Satu said...

nizza ~ terima kasih bebanyak.