Wednesday, September 03, 2008

Dah lama berhutang tag dengan Faina & terbaru KhasLysha (Mama Cahaya) plak…so sebelum hutang tu bertambah dan bertambah…ansur-ansur la sedikit demi sedikit kan…

Nama-Nama Timangan Anda:

Oklah cam segan lak kan nak bitau nama timangan mama Aqilah ni kan… huhuhu…ngengada tul…Dah kebetulan mama ni kembar kan…ada adik n kakak…so diorang panggilla mama ni dengan panggilan `Adik’ dari kecik sampai besar mang semua family panggil mama `Adik’…ngengada je kan panggilan tuh…tapi kat ofis…diorang panggil nama penuh…kekadang `Ni’…kekadang `Zani’…kekadang `Kembar’ pun ada diorang panggil…`Akak Kembar’ pun ada….tapi kawan-kawan sekolah memang panggil `Adik’ klu bebudak junior tu panggil `Akak Adik’ `Adik’ tu tak leh tinggal…kelakar je…

Anda Seorang Yang:

Mama ni sebenarnya peramah…banyak cakap pun ye kot…(tengok tempat gakla kan…) n sejak dah jadi ibu ni…sensitive ya amat….kuat pelupa pun satu…wekekekek….dulu masa lum ada anak…manjalah gak..tapi sekarang nak manja2 camana….kena matured sikitla kan….

Insan Teristimewa Dimata Anda:

Atok Aqilahla….Bonda mama yang tercinta ittew kan….membesarkan mama n akak kembar mama sensorang sejak ayah meninggal….besar pengorbanannya tak terbalas….juga cinta hati mama gakla….papa Aqilah…dan dah tentu penyeri hidup mama…Aqilah Najla….juga keluarga tercinta…semua isttimewa di mata mama….

Lagu Kesukaan Anda:

Laguuu….dedulu masa bujang anak dara…suka la sangat dengar lagu…sekarang ni suka gak…tapi masa tak mengizinkan…tapi dalam keta otw ke ofis tu sempatla dengar radio…maybe lagu kegemaran buat masa ni….emmmm lagu ape yee….lagu….Aku Wanita Dato’ CT tuh kot…

Makanan Kesukaan Anda:

Mama suka jenis sup-sup…tomyam…best…

Warna Kesukaan Anda:

Hijau, Pink dan Biru

Sikap yang membuatkan anda bengang:

Mementingkan diri sendiri…tak pernah nak fikir pasal orang lain…

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda:

Wallet merah, Hphone dan Kamera

Kali terakhir anda menangis dan kenapa nangis?:

Malam kelmarin….nangis sebab rumah bersepah banyak kerja nak kena buat…jam dah kul 11.30 malam…baju lum gosok…baju kotor 2 bakul besar…rumah bersepah…kebetulan baru balik dari kg..badan penat kot…bukan sebab orang lain…sesaje je cengeng nak nangis…hiks….

Ha...ni satu lagi....

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
***END***

1)What were you doing 5 years ago?

Tahun 2003...dah kerja tempat sekarang ni…tapi masa tu masih kat Wisma BERNAMA lum pindah bangunan…n tahun tu mama dapat Anugerah Khidmat Cemerlang….konon pekerja rajin la kot…sapa keje gov tahu la AKC nih…

2)What were the 5 things on your to do list today?

1)Update blog sebab jawab tag bebudak blog ni
2)Pegi bank setlekan hutang piutang..
3)Petang ni insyaallah nak masak daging masak kicap,
4)Nak masak..tapi baru sat ni dah beli memacam lauk pauk..hiks
5)Malam ni nak jengok blog memember….mlam tadi tidokan Aqilah dengan mama-mama sekali zzzz…

3)What are 5 snacks that you enjoy?

1. Kit Kat
2. Potato Chips (Makan sambil layan papa Aqilah drive…best…)
3. Twisties
4. Biskut Tiger (Snack ke eh…belasah je la…)
5. Coklat Chipsmore tuh…(Adeeh menggemukkan semua ni…)

4)What are 5 jobs you've had?

Memang after sekolah…terus dapat kerja sekarang ni…tak pernah tukar keje dah…huhuhu….

Mama tak tag sesapa la…..

5 comments:

KV said...

murah rezeki mama aqilah terus kerja lps sekolah.

PuteriSatu said...

kv ~ alhamdulillah...

cendawanintim said...

owhhhhhh, mesti rasa manja2 selalu sebab di panggil adik kan?!

Intan Rosnitta said...

OooOOoo mama ni ada kembar ek? Peluang cerah nak dpt baby kembar pas ni.. heheh :D

eiNa said...

hai akak,thanx 4 visiting my blog.. hehee.. rajinnye akak update..penatt nak kaver..