Tuesday, August 24, 2010

Resipi Nasi Ayam

Semalam ada orang mintak resipi nasi ayam... actually mama ambik resipi ni dari fotopages kak Hanieliza... tapi ada la mama oter-oter sikit.. disebabkan ada bahan yang tak de kat rumah mama... dan juga mama ada refer kat akak kat ofis mama ni... so.. resipi yang mama buat lebih kurang je sebenarnya dengan resipi kak Hanieliza... kat bawah ni.. mama tulis resipi yang dah dioter sikit dari resipi kak Hanieliza... klu sapa pernah cuba masak resipi kak Hanieliza.. memang tahulah.. resipi dia memang best sangat-sangat...

NASI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong 2]
4 pot beras siam
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato (mama suka tomato jepun tu.. sebab rangup)
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili (Dimasak hingga mendidih)
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam bakar juga bawang merah bawang putih dan halia yang telah di blender (Perap lagi lama lagi bagus....) [Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 6 pot air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan juga sedikit garam. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya. Jika rasa kurang... tambahkan sedikit air sup.. dan masak hingga mendidih.

7. Untuk kicap.. ambik lebihan kicap perap ayam, tapis sebelum dimasak sehingga mendidih. Jika nampak sedikit... tambahkan sedikit lagi kicap dan air rebusan ayam dan masak sehingga nampak sedikit pekat.

8. Sayur dipotong kecil.
9. Ayam dipotong kecil.
10. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

No comments: