Monday, July 18, 2011

Pernikahan Nurul Syuhada & Raja Amir Shah

Petikan Dari : http://www.gua.com.my/


Dengan sekali lafaz, pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) selamat bergelar isteri kepada Raja Amir Shah b. Raja Azwa (29 tahun). Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.
 
Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM777 kepada pengantin perempuan berserta wang hantaran berjumlah RM20,111. Di majlis tersebut, Nurul Syuhada dipersiapkan busana kaftan Muslimah off-white beserta tudung yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwil.
 


Berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC Kuala Lumpur malam Sabtu lalu, pelamin direka oleh perancang perkahwinan terkenal Khalid & Favors By Eddy yang bertemakan Morrocan. Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.

p/s : Sudah kawin... baru syok tengok artis kawin bujang sama bujang... muda sama muda... baru lah boleh dikatakan...duduk sama rendah..berdiri sama tinggi...bagai pinang dibelah dua... setuju sangat dengan pilihan Nurul Syuhada... memang minat Majalah  3 sebab Nurul Syuhada... si putih gebu nih... selamat pengantin baru.. semoga kekal ke akhir hayat...

2 comments:

cheqna said...

alhamdulillah
tahniah untuk kedua mereka
moga kekal bahagia buat selamanya

zaidah said...

tahniah n selamat pengantin baru untuk diorang sama cantik sama padan...