Wednesday, March 28, 2007

Duit Singgit Punya Citer....Duit Singgit...Bukan Duit Seribu...!!

Lokasi : Kat Kaunter Café Ofis
Masa : 8.35 pagi

Lepas tapau roti jala ngan kuah kari….

Aku : …….(tengah keluarkan duit nak bayar….eh ternampak plak duit singgit kena conteng….emm tak per la kot….aku pun hulur kat cashier indun tu..)
Cashier Indon : Duit ni diconteng….ngak laku…
Aku : Klu tak laku takkan orang kasi saya….(aku jawab….)
Cashier Indon : ………(sambil tunjukkan duit singgit kat bos dia….pompuan gak…pompuan gemok…)
Pompuan Gemok : Eh…duit ni tak laku kat bank….cuba pegi kat bank try tanya…
Aku : Hish…tak de masa la saya nak pi bank sebab duit seringgit ni…lainla klu duit seribu…
Pompuan Gemok : Kita pun tak de masa nak pi bank sebab duit singgit ni…

…amboi..membakar darah aku tul diorang nih sebab duit singgit….

Aku : …(Sambil hulurkan duit lain….) Nah duit lain….duit ni tak laku sudah…buangkan jekla…campakkan jek…(sambil aku hulur duit yang kena conteng tadi…lepas tu aku belah….)

PEPAGI DAH MEMBAKAR DARAH AKU….EIIIII…..

Sebab duit seringgit tu pun diorang nak berkira….memangla jenis orang berniaga cam tu…. Lepas ni aku tak mo lagi pi gerai tu….dahla roti jala yang aku beli tu kuah karinya tawar…memang diorang lupa nak taruk garam…bukan kurang masin..tapi tawar…tak de garam….ya allah sabar jekla….mengucap panjang aku pepagi cam ni….act..aku tak heran pun pasal duit singgit tu…Cuma tengah-tengah orang cam tu…dah tentu malu la aku….klu tak de orang aku tak la heran….sabar jekla…. Malas nak citer lagi la…sakit hati….geram…seme ada ni…

Friday, March 23, 2007

5 HARI TAK DATANG OFIS....




5 hari tak ke ofis…tak bekerja ….tak berblog…tak berforum…tak berfotopages…rindu kan….rindu kan blog ..rindukan forum…rindukan fotopages….Isnin Selasa…aku ada exam di Sri Kembangan…so 2 hari tu….secara automatic dapat cuti tanpa rekod…dan hari pertama exam…tu act…sama dengan hari aku check up….pagi aku pi exam…dan petang baru pi klinik untuk check up….berat badan…naik 2 kg lagi….untuk minggu ke 31….nurse kata…berat aku naik 9 kg sejak mengandung….kira banyak tuh….yang aku tahu..ramai member-member aku kena minum air gula….sebab berat naik mendadak….aku punya la doa masa nurse tu dok berkira-kira nak buat ujian MGGT ke apa ntah..aku tak ingat…dia kata…nak kena buat ke tak…aku punya la baca memacam doa…supaya aku segala dipermudahkan..dan aku tak de masalah..dan aku tak perlu untuk buat ujian tuh….sebab aku kena pegi HKL…kat klinik yang aku biasa check up ni..tak menyediakan ujian nih….memacam doa aku baca….sementara nurse tu pi discus ngan doctor….lasty dia datang…..dia kata…tak perlu buat..sebab aku tak de keturunan kencing manis…alhamdulillah…..

Satu lagi…masa check up perut….nurse yang check perut aku kata….perut aku besar…terkejut gak…aku Tanya dia…baby besar atau perut saya besar….dia kata….ntahla….dia Tanya aku betul ke due aku 15 Mei…???? Ikut tarikh yang diberi memang 15 Mei..ikut tarikh scan…aku lupa nak Tanya…aku risau gak…baby aku ke yang besar….dia kata..tak per..dia check lagi sekali….eh dia kata..ok..normal…pulak dah…camana nurse ni….tapi nurse tu memang ramah betul….memacam aku tanya..memacam dia jawab….baik lak tuh….siap suh aku rasa kepala baby….dia kata so far…kepala baby dah kat bawah….posisi ok…aku takut nak tekan..dia tekankan tangan aku…memang terasa kepala baby bulat je…..tomei je….wekekekke….bila balik….aku citer kat Yon..dah dia plak sebok nak rasa kepala baby dia….mana aku reti nak cari tang mana kepala baby tu..nurse tu dia dah biasa….

Semalam petang….sian Yon..dah lama aku tak masak…ntah-ntah dia dah lupa rasa masakan aku….walaupun penat..aku gagahkan jugak masak kari ikan…goreng sayur bayam…ngan goreng telur…

Tuesday, March 13, 2007

Sama-Sama Kita Renungi dan Fikir-Fikirkan...

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran
meskipun ramai orang yang malu mengakuinya
Sebenarnya sebuah perkahwinan..
tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ...iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
Soleh dan solehah.

Semoga Allah melimpah
Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...


Sumbangan dari Purnama.

Monday, March 12, 2007

Naper tak leh posting entry ye...

Tadi pagi aku dah posting satu entry...tapi tak kuar...naper ntah...

Aku try lagi sekali....blog aku dah majuk ke...? sebab lama tak layan blog ni...

Naper ek....naper....

Testing...testing...

Dah lama tak update...