Monday, November 26, 2012

Sehangat Asmara - Gandingan Ady Putra & Rita Rudaini



Drama yang diarahkan oleh Feroz Kader, pengarah yang sinonim dengan nama Adi Putra sedang menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan juga di Sydney, Australia.

Ringkasan mengenai Drama Adaptasi Novel "Sehangat Asmara"


“ Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa ( Rita Rudaini ) dan Zainal Arief ( Adi Putra ) memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya? ”

Nota : Tak lama nanti ramailah yang mengelupur cari Novel Sehangat Asmara ni plak...keeennn...??? hik hik

4 comments:

♥cikmOt♥ said...

tengah dok baca novel dia...
malam ni sambung baca lagi...
hehehe...
kisah antara dua darjat

Unknown said...

Salah sorangnyer hang la kan... heheheh

mshazadoes said...

x saba nk tgk..sbb minat dua2 retis nih.. ^^

♥ Vna ♥ said...

bile nak tayang nie kak?