Showing posts with label Cerita TV. Show all posts
Showing posts with label Cerita TV. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Sehangat Asmara

Korang layan tak Drama ni...?
Drama menggantikan Adam & Hawa...
Saya memang tak pernah mis dari Episod 1...
Kamilia Najwa... dan Zainal Arief....
Kat rumah memang saya dah set for record...
So memang tak de masalah untuk tengok klu terlepas tengok malam-malam...
Tapi kadang-kadang kat ofis saya layan lagi kat link DailyMotion ..
Hehehe.. biasalah kes tak puas tengok muka Rita Rudaini...
:)


Lawa sangat dia kan...???
Eh ada yang kata tak lawa ke....???
Yerla mata memasingkan...
Cantik itu kan subjektif...ye tak...


Tapi pada mata saya RR memang cantik sangat-sangat...


Dan cerita ni dah pun mencecah Episod 17...
Plot cerita yang sangat padat... tak boring dan cerita tak meleret2....
Dan pada saya citer ni sedey.... baca novel memang sampai bengkak2 mata...
Hehehe..... Ady Putra sangat sempurna sebagai Zainal Arief....
Gandingan Ady Putra dan Rita Rudaini tak yah dipertikaikan...
Diorang punya bakat yang tak perlu diragukan...
So sesiapa belum tengok masih sempat follow citer ni...
Selamat menonton :)

Monday, February 04, 2013

Sehangat Asmara :)



Oh saya sekarang kan dok layan citer Sehangat Asmara....
Bagilah watak apapun kat Rita Rudaini... penonton pasti puashati...
Oh mungkin saya adalah peminat lakonan Rita Rudaini kot...
Tapi rasanya semua akui kot... kehebatan lakonan Rita Rudaini..
Lebih-lebih digandingkan dengan Ady Putra...
Ohh.. sweetnyee.... hahahha.. over i kan...
Tak sabar nak tunggu malam ni..episod 7..
Minggu ni episod yang pasti menghanyutkan kita..
Sebab banyak adegan2 Kamilia Najwa dan Zainal Arief yang mula rapat...
Tak gaduh2 lagi... besssssttt.... paling tak sabar nak tunggu adegan tilik2 jari tu...
Bessttt... 

Monday, January 21, 2013

Sehangat Asmara Start Malam Ni :)


Sehangat Asmara bermula malam ni jam 10 malam....
Saya bukan peminat setia Ady Putra sebenarnya...minat jugakla.. tapi minat gitu2 jekla...
Tapi saya peminat setia Rita Rudaini... setiap lakonan dia.. mesti saya tunggu...
So.. dah confirmla dah siap setting untuk record citer ni siap2.. 
Mana tahu tetiba tak dapat nak tengok malam ni kan...
Sehangat Asmara punya 33 episod... tak banyak sangatla...
So.. selamat menonton semua.. :)

Monday, November 26, 2012

Sehangat Asmara - Gandingan Ady Putra & Rita Rudaini



Drama yang diarahkan oleh Feroz Kader, pengarah yang sinonim dengan nama Adi Putra sedang menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan juga di Sydney, Australia.

Ringkasan mengenai Drama Adaptasi Novel "Sehangat Asmara"


“ Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa ( Rita Rudaini ) dan Zainal Arief ( Adi Putra ) memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya? ”

Nota : Tak lama nanti ramailah yang mengelupur cari Novel Sehangat Asmara ni plak...keeennn...??? hik hik

Thursday, October 04, 2012

Status FB Saya :)



Dasar pemalaskan... hahah.. sebenarnya nak kejar masa... pagi tadi dah seronok sangat berjimba 3 jam layan Adam Mukhriz kan... kul 12 baru kalut mandi2 nak gi pick up anak balik sekolah... singgah petronas isi minyak... hajat hati nak gi giant .. tapi Aqilah ajak balik... so balikla kami... bagi aqilah makan... solat semua... jap g klu si bujang senang ni bangun karang... perrrgh.. mang takleh nak ngadap pc ler... klu ngadap gak... adala nanti terhantuk kat dinding la.. jatuh tangga la..jatuh kerusi la...gaduhla.... so... kena monitor budak berdua ni bebetul... huhuuhu...

So..selamat bekerja untuk semua ye... kerja rajin-rajin ye...jangan curik2 tulang k...hik hik hik.... i nak rehat jaga anak kat rumah...huhuhu...sambil rebut2 ngan anak chanel tv...hhahahha... hajat hati nak layan lagi sekali Adam dan Hawa episod 23 (malam tadi..) sebab best tengok pemandangan Madinah... (hahah padahal ko nak tengok si Aaron Aziz pakai kopiah kaaaaannnn...ngaku jekla....kah kah..)




Wednesday, August 29, 2012

Adam & Hawa


Dah start kan...
Korang tengok tak???
Saya tak berkesempatan nak tengok...kat saluran 134..
Sebab time2 pkl 10 ni tengah sebok tidokan anak-anak dan
emaknya sekali hahahaha...
Anak-anak saya tido.. saya pun join tido...
Last-last memang tak berkesempatanlah nak tengok citer ni...
Saya memang peminat Aaron Aziz tapi saya kurang berkenan dengan pelakon Nadiya Nisa tuh...
Tapi orang kata.. dia pandai berlakun... emmm ... 
Tak tahulah betul ke tidak...





Thursday, July 19, 2012

Cerekarama Ameera - Akan Datang :)


Ini adalah berita gembira untuk peminat drama Ameera yang berakhir malam tadi dengan ending  yang sangat menyentuh hati... dan ramai lah peminat2 tak puashati termasuk saya sendiri... Tapi kalian jangan risau ye... sebab tuan direktornya akan menyambung drama Ameera di Cerekarama tak lama lagi... so sama-sama kita tunggu... hahah saya siap g komen mintak jangan matikan watak Ameer lagi... ( hahaha ada tuan direktor tu kesah komen ko???) eh mana tahukan.. dia tengok ramai yang mintak jangan matikan watak Ameer nanti dia pertimbangkan..kan kan kan... tapi kalau difikirkan betullah.. kalau watak Ameer mati... sapa nak jadi hero.. tak syoklah hero lain... Ameer memang sesuai dengan Syamsul Yusof (Eh.. macam dah jatuh hati kat Syamsul la.... kah kah kah) kelako..kelako... best dia berlakun... macho dan nampak very gentleman... wuhuuuuu.....



Drama Ameera - Sad Ending :(


Status saya : Sedih : Sebab ending Ameer mati :( - saya betul2 bajet amer pakai baju kalis peluru... rupanya bajet saya sekadar bajet je.. ameer betul2 kena tembak dengan si Farouk durjana, pak berahim pun satu.. kata samseng sg buluh tapi hapah, sekali tikam tak lut... tak besst aarr ameer mati.. sob..sob..sob... (Eh-eh overnya saya kannn....apapun ianya sekadar cerita drama semata2)
Note : Harap ada Ameera II lepas ni...  Kalau korang tengok kat fanpage Ameera ni malam tadi... beratus pengomen.. macam2 komen... kebanyakannya semua tak puashati Ameer mati...
 

Wednesday, July 18, 2012

Malam Ini - Ameera - Last Episod

Saya memang follow citer ni dari episod pertama...
Cerita yang sangat mendebarkan...dan penuh `kegeraman' hahaha...
Sapa tengok citer ni dari episod pertama mesti akan follow sampai habis..
Sebab citer dia sangat best.. lain dari citer lain...
Yang dok bercinta.. berpisah.. berpisah.. bercinta..
Oh saya dah tak berapa suka citer-citer yang sebegitu...
Hahahaha.. ada orang kesahkan ko suka ke tak suka..
Kih kih kih kih.. itu selera sayalah...kan... 
So citer Ameera ni lainla sikit jalan citer dia...






Dan malam ni episod terakhir...
Episod malam tadi.. si Zila tu dah semakin melampau..
Tergamak dia menghina Ameera... padahal satu ketika dulu...
Si Ameera tuhlah yang selamatkan maruah dan nyawa dia...
Tapi puashati sebab dapat penampo dua das dari Ameera...
Tapi.. lepas dapat penampo boleh plak dia g tolak Ameera kat tangga..
Memang dasar tak tahu diuntung betullah...
Overkan saya tengok citer nih...
Memang sesapa yang tengok citer ni.. mesti akan over.. 
Yerlah dah ko selamatkan dia... tolong dia...
Alih-alih boleh plak dia tikam ko dari belakangkan...
Memangla sakit hati tengok.. sakit hati tapi nak tengok gak...ngeee....
So kita tunggu malam ni apa akan jadi...
Selalu mesti happy ending kotkan... 
Untuk semua.. selamat menonton Ameera last episod malam ni
:)

Tuesday, July 10, 2012

Spirited Away


Sabtu lepas... dok layan Aqilah tengok citer ni....kat channel 615 klu tak silap...
Aqilah ni jenis klu kita tengok tv sama dengan dia... dia leka...
Kalau tak... bila citer stop untuk iklan.. dia mula menakal...
Tapi citer ni pun bestla jugak.... anak tak takut mamanya yang takut lebih...overkan.hiks.

Budak pompuan comel yang berani tu nama dia Chihiro & 
budak lelaki yang cute tu nama dia Haku...

Dah habis tengok citer tuh... dah merengek plak nak tengok lagi... nak tengok lagi...
Tunggu kat Astro kot ada dia ulang.. tak de plak..
Last2 mama google je download kat pc...
Nah tengokla nak sampai jemu...
Tengok sekali dua dah jemu dah dia...
Hiks...

.
Sapa nak tengok citer ni leh google n donwload.. kat utube pun ada citer dia sikit2...
Ni sinopsis citernya.. best jugak...


Kisah bermula sebagai Chihiro dan ibu bapanya mengambil pula salah di laluan kotoran semasa dalam perjalanan ke rumah baru mereka di sebelah negara. Mereka menemui sebuah terowong di bawah jalan yang membawa mereka ke taman tema yang lama dan terbengkalai. Manakala Chihiro dan ibu bapanya meneroka tempat mereka mencari tempat yang penuh dengan restoren yang dipenuhi dengan semua jenis makanan yang lazat. Ibu bapa chihiro kemudian mula memakan  makanan yang terdapat di taman tema lama tersebut.  Sebagai Chihiro meninggalkan ibu bapanya dan mula meneroka tempat itu sendiri, dia datang kepada jambatan dan menemui seorang budak lelaki bernama Haku. Budak itu kemudian memberitahu kepada Chihiro bahawa beliau mesti meninggalkan tempat itu sebelum waktu malam. Beliau kemudian berlari untuk mencari ibu bapanya dan mendapati ibu dan bapanya telah bertukar menjadi 2 ekor khinzir. Chihiro amat takut dan berlari untuk ke kereta yang mereka letakkan di seberang terowong tapi dia amat terkejut bila dia dapat kawasan itu menjadi  sungai sahaja untuk mencari penuh air. Dia kemudian berlari dan ingin  bersembunyikan, Haku, kemudian datang mencari Chihiro menjanjikan bahawa dia akan membantu dia menyelamatkan ibu bapanya, tetapi satu-satunya cara adalah Chihiro mesti  mendapatkan pekerjaan di rumah mandi untuk tuhan-tuhan dan roh-roh Jepun. 
Ditulis oleh Brian Liu


Sorrylah ayat dia lintang pukang sebab saya translate kat Google Translate jek! :)