Showing posts with label Susu Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Susu Anak-Anak. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

MAMIL GOLD STEP 3 NAUFAL DAH SAMPAI :)

Naufal dah setahun lebih...
So.. dah boleh tukar Mamil Gold Step 3...
Harga pun murah dari Step 2...
Kat pasaran 600 gram = RM38 berbanding Step 2 600gram = RM52
Tapi berganda syukur sebab jiran tolong belikan fresh dari kilang Dumex :)

Macam biasa.. dua beradik ni.. apa saje...
klu tak berebut.. bukan budak dua beradik ni la...
klu tak berebut... bukan Aqil Naufal ngan Aqilah Najla lah namanya...
Dan-dan si kakak nak minum susu si adik... bila buat.. pandai plak kata..tak sedap.. padahal masa kecik dulu..susu itulah yang awak minum... hahahah...

Note : Minta maaf pada yang bertanya untuk dapatkan contact nombor jiran saya untuk dapatkan jugak stok susu dari dia.. sebab jiran saya ni ada kuota dia sendiri... dia cuma boleh beli 2 kotak besar saje susu untuk sebulan.. satu kotak susu Dugro untuk anak dia, and satu kotak lagilah untuk kitorang, ini pun kitorang share dengan sorang lagi jiran kami, so dapatlah 6 kotak sorang.. sebab satu kotak besar terdapat 12 kotak 600 gram mamil gold.

Friday, October 07, 2011

Mamil Gold...Step 1 ke Step 2

Bulan ni Naufal dah pun berusia 10 bulan... Act.. mama sempat breastfeed Naufal sehingga usia 3 bulan sahaja... hajat di hati dulu memang nak fully sampai usia naufal 2 tahun.. tapi ada sebab2 yang mama sukar nak perjelaskan di sini.. kerana melibatkan banyak faktor... so... start 4 bulan Naufal sudahpun diberikan susu Mamil Gold Step 1 sehingga sekarang...

Gambar di atas adalah cilok dari Cik Puan Google

dan sekarang mama sudahpun menukar Step 1 ke Step 2....


Pack terbaru Mamil Gold sangat cantik... beestt.. suka tengok...
Dari Aqilah kecik memang mama berikan Mamil Gold.. sehingga Aqilah berusia 3 tahun.. start 3 tahun mama tukarkan Aqilah ke Dugro but still Dumex lagi... dan sekarang Naufal pulak mama berikan Mamil Gold... sebab mama tahu Mamil Gold adalah salah satu susu yang memang jauh lebih bagus dari susu-susu lain di pasaran... susu Mamil Gold punya Immunofortis, atau Immununoforce, yang tiada dalam susu jenama lain. Mamil Gold punya formula tersendiri iaitu ada 90% GOS dan 10% lcFOS. GOS dan LcFOS ni, seperti sumber makanan kepada bakteria baik (prebiotic) dengan formula ini, kehadiran bakteria baik dalam susu Mamil Gold akan berfungsi sebagai melawan bakteria-bakteria jahat yang menjadi punca penyakit. Dengan prebiotic ini, ia akan membantu sistem imuniti badan anak-anak kita agar lebih kuat, tidak mudah kena jangkitan penyakit, kerana imuniti dalam badan mereka dipertingkatkan melalui khasiat susu yang kita beri kepada anak-anak. Selebihnya u all baca kat atas tuh..

Kalau sesapa nak tahu lebih lanjut pasal Mamil Gold.. silalah ke laman web DUMEX sangat menarik... dulu kini dan selamanya Mamil Gold jugak tetap pilihan mama... 

Tuesday, July 19, 2011

Mamex Gold...

Sejak Aqilah memang kitorang pembeli tegar jenama Dumex... Aqilah sejak usia 3 bulan dah minum susu Mamex Gold... Naufal hajat dihati mama nak fully breasfeeding.. tapi hajat tinggal hajat ajelah...hahahaha... disebabkan perkara-perkara yang sukar dihuraikan... mama stop breasfeeding Naufal... masa usia Naufal genap 4 bulan... dan seperti Kakak nya jugak.. mama pilih susu Mamex Gold ni jugak... bukan disebabkan nak bagi anak minum susu mahal...tidak sekali-sekali.. cuma mama rasa... susu ni... ok dengan Aqilah... so why not mama trykan jugak untuk Naufal... so far..alhamdulillah... so good lah Naufal minum...

Naufal memang kuat menyusu.. yerlah budak lelaki kan... satu kotak 650g ni tak sampai seminggu dah habis... huhuhuhu... so... sebulan mama memerlukan 5-6 kotak Mamex Gold... Harga pasaran RM58.90 sekotak... kalau beli tin.. satu tin harga dalam RM105 tak silap mama.. sebab mama jarang beli tin.. mama selalu beli kotak2 je... kebetulan jiran depan rumah staf kilang Dumex... so memang syukur sangat-sangat... sebab kitorang dapatlah harga staf... memang sangat-sangat menjimatkan...

Ni stok untuk bulan ni... kitorang share dengan jiran sorang lagi.. kebetulan baby dia pun minum susu Mamex Gold...


Satu kotak besar ada 12 kotak Mamex Gold 650g so kitorang bagi dua.. dapat 6 kotak sorang...