Wednesday, January 31, 2007

Berwajah Baru...



Ok tak blog baru aku ni...? Ini semua mintak tolong dengan si Yatie Dubai la ni... Okla...aku suka..thanks Yatie...budimu akan ku kenang....muehehehe...

Nak citer last weekend punya citer...hari Sabtu...buat mee kari...kebetulan mak ada kat sini..dia pun kata teringin nak makan mee kari...so hari sabtu tu kitorang buat mee kari...sampai ke malam makan mee kari...sedap...nyum..nyum...

Ahad plak nak pi umah MIL aku kat Sepang...so ajak mak buat kuih keria...buat buahtangan kat MIL....sedap gak...rasa nak buat lagi...rasa tak puas makan...(hebat selera aku kan..) tapi selera aku ni kekadang je...kekadang ok..kekadang rasa tak nak makan...









24 Minggu Baby Baik Mama....




Alhamdulillah …kandungan aku dah 24 minggu lebih..bersamaan dengan 6 bulan lebih… tendangan baby baik mama ni makin terasa...kekadang rasa cam jari2 tomei dia dok meguit-nguit je kat peyot kita....mueehhehe...tomeinyeeeeee...

Minggu 24

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, anda boleh mengajar bayi memberi tindak balas dengan segera. Ini dapat dilakukan dengan menepuk perlahan perut anda sambil menyebut `tendang…tendang….’ Dan lihatlah hasilnya. Untuk meningkatkan kemesraan antara bayi dan ayah, berilah kepasa si ayah untuk membelai bayinya. Pasti ayah teruja apabila mendapat tindak balas daripada si kecil di sebelah sana.

Kasut biarlah sesuai….

Kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pakai kasut yang bersesuain. Pastikan kasut anda rata, selesa dan lembut. Melaburlah sedikit bagi mendapatkan kasut yang benar-benar direka untuk anda.

Petikan dari Majalah Pa & Ma (Februari 2007)

Tuesday, January 23, 2007

Nurul Nasrin Qaisara..

Sabtu lepas..aku balik kg...ambik mak aku...kebetulan..anak buah yang due awal februari ni..dah pun selamat bersalin...kebetulan dia balik...aku pun jengok la tengok baby girl dia....ha...ni gambar baby girl...yang diberi nama Nurul Nasrin Qaisara...tomeinye...geram je nak gomol2 pipi dia...muehehehe...berat 2.8 kg...



Saturday, January 20, 2007

23 Minggu Baby Baik Mama...

Hari ni genap 23 minggu usia baby baik dalam peyot mama ni. Alhamdulillah…dah nak masuk 6 bulan… Dah tak lama lagi baby baik mama ni nak tengok dunia ya… perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata betapa indahnya pengalaman ini… bila baby dah start bergerak…lagi indah…lagi rasa menarik sangat proses mengandung… Ini lah yang aku nak ceritakan pasal kisah malam kelmarin…Ya Allah sabar je la…iyerla…aku tak de pengalaman…dan bila rasa lain…aku suka fikir yang bukan-bukan…act…baby baik mama ni gerak dah lebih sebulan kot…dia start gerak masa 4 bulan setengah…masa tu…rasa dia Cuma sikit-sikit je…tapi sekarang memang dah rasa sangat…selalu dia gerak bila lepas aku makan atau minum susu…memang time dia la…kejap kiri kejap kanan..kejap bawah..kejap atas….dan pukul 2 pagi dia selalu sangat bergerak…aku selalu terjaga…pehtu layan borak…Yon…layan berdengkur je….takat menyampuk cam orang ngigau je..mata pejam…dan malam kelmarin…kul 2 pagi aku terjaga…baby aku tak gerak…aku mula susah hati…jenuh aku bercakap ngan dia…nak dekat 45 minit masih tak gerak-gerak jugak…aku mula nangis…aku takut apa-apa jadi kat baby aku…Yon terjaga bila dengar aku nangis…dia kata..baby tido la tu..takkan on the time dia nak jaga kul 2….aku lelapkan mata..tapi tak leh lelap…aku rasa rindu nak rasa pergerakan baby aku….sampai kul 3 lebih…baru aku rasa dia gerak…sambil nangis sambil aku gelak…rupanya baby baik mama saje nak usik mama dia….nakal ye…. Aku kejut Yon …Yon kata..itu ler..dia tido…sebokla nak nangis2 plak….muehehehhe….

Hari ni…lepas minum susu pagi tadi…asyik gerak je…dan sekarang ni…dah tido kot…diam je….dia tahu mama dia nak wat keje…dan nak berblog…mueheheh…

Semalam aku jumpa Shiem (member blog) ..sebenarnya aku dah terserempak ngan dia hari Isnin masa aku pi check up tu dah…pastu…semalam petang dia datang ambik bunga kembang fatimah yang mak aku beli kat Mekah…sian plak aku kat mak buyong tu..maklumla senasib ngan aku….muehehhe…sempatla aku bagi dia kelender ofis aku/kurma/kacang/kismis dan air zam-zam sikit..untuk dia jamah…act..due dia dah tak lama sangat…aku tengok pun dah sarat…due dia 7 februari….memang dah sarat…aku nanti pun cam dia gakla agaknye….harap-harap segalanya dipermudahkan tuhan..insyaallah…

So..aku terpaksa stop tulis blog..sebab sekejap lagi kat ofis aku ni…ada ceramah agama…so nak pi dengar…lain kali sambung cerita lagi….

Wednesday, January 17, 2007

Tak Tahu Nak Tulis Apa Aarrr...

* Mak dah balik dari Mekah.

* Mak dah pun balik Kg.

* Aku...dah nak masuk 23 minggu...

* Baby Baik Mama...dah gerak-gerak..kadang-kadang sampai bergegar peyot aku... aku nak sangat tahu apa dia buat kat dalam peyot aku ni...jap kanan jap kiri...macam orang bersenam je...muehehehe...

* Isnin lepas dah pi check-up untuk 5 bulan lebih...next check up 12/2/2007 sebelum raya cina.

* Aku..masih lum pakai uniform..

Lagi.....tak de idea dah...len kali la tulis....betul2 tak de idea...

Friday, January 05, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007....

3-4 hari sebelum raya…internet very slow kat ofis aku…problem gempa bumi tuh….punyala boring tak leh nak update blog…fotopages semua…tapi nak wat camana…di luar bidang kuasa kita kan…

Apa pun hari ni…internet dah ok sikit…alhamdulillah…kepada semua blogger..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA…diucapkan…dan juga SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007….sedar tak sedar…kita dah melangkah ke tahun 2007…2006 kita tinggalkan di belakang, pada aku…apa yang pahit kita lupakan…Cuma ingatkan apa yang manis…pada aku…2006 cukup bermakna..dan cukup bererti dalam kehidupan aku… Apapun kita pandang ke depan…apa yang akan berlaku di 2007 harap lebih baik…dan lebih diredhai…

Kelmarin…buat pertama kalinya…aku lihat baby dalam rahim aku bergerak…ya allah..besarnya kebesaran tuhan…rasa macam tak percaya ada nyawa dalam perut aku…comel sangat…kepala dia…kaki dia…tangan dia…ya allah…aku rasa macam sungguh tak percaya…tapi itu la hakikatnya…hakikat yang aku rasa..cukup menggembirakan...pengalaman yang cukup berharga…cukup bernilai…cukup indah bagi aku…melihat tangan comelnya…ya allah…cute sangat…inilah baby baik mama rupanya…baby baik yang tak pernah susahkan mama dia…tak pernah buat mama dia muntah-muntah…tak pernah buat mama dia pening-pening…tak pernah buat mama dia lemah-lemah badan…dalam masa yang sama aku bersyukur…bersyukur sangat yang baby baik mama ni….betul-betul baik….dan mama harap sangat dan lepas solat tak pernah sekali pun mama lupa pohonkan doa untuk anak mama….semoga akan sihat dan sempurna…dan dipermudahkan mama melahirkan…dan baby baik mama akan membesar menjadi anak yang cerdik, pandai, soleh dan solehah…dan bila mama tiada…salah satu perkara yang akan membantu mama…adalah doa dari anak yang soleh..insyaallah…

Dan sekarang saat ini aku dah dapat rasakan pergerakan baby baik mama ni…tomei sangat…tangan comel dia….kaki comel dia..terbayang-bayang kat mata mama….indahnye….hanya tuhan je yang tahu…pagi tadi pukul 6.15 pagi…baby dah gerak-gerak…kejutkan mama dia agaknye ya…tomei sungguh…

Memandangkan internet tak berapa ok lagi…so aku tak leh nak uploadkan gambar scan tuh….lain kali je ya….