Thursday, December 29, 2011

SBPA - Tandatangan Sudaah...


Tandatangan sudah...
Kekal - 56 tahun...
Rasanya dah itu yang terbaik...
Bagilah peluang anak cucu cicit pulak untuk berkhidmat...
Rasanya tahap umur 50 tahun ke atas tu.. andainya dipanjangkan umurla...
Masa untuk lebih mendekatkan diri pada Allah ajelah...
Cukuplah berkhidmat untuk negara sehingga umur 56 tahun...
Tetiba rasa itulah pilihan yang tepat...
Bila masa saya ke Bhg Sumber Manusia tadi..
Ada seorang officer perempuan ni berkata...
Rasa menyesal dulu sain 58 tahun..
Rasa kalau boleh ubah jadi 56 tahun..
Nak aje dia saind 56 tahun...
So saya rasa... bagi perempuan memang sesuailahta bersara awal sedikit...
Kan....???
Apapun... kerajaan mungkin dah createkan satu opsyen yang terbaik untuk kita...
sikit atau banyak kenaikan kita.. itu dah ditentukan rezeki setiap orang...
Yang pasti.. syukur alhamdulillah ajelah...
:)


Wednesday, December 28, 2011

Jom Snap Gambar...

Hari apa ntah.. dah tak ingat...
Aqilah kan nak register sekolah... so kena ambik gambarla...
Ambik gambar kat kedai area Cempaka sana...
4 keping - RM10 murahla kot...
Kalau sekali ngan CD RM15 rasanya.. klu tak silapla...


Aqilah boleh buat kelakar.. bila cina tu kata.. one-two-tre..
Dia leh angkat tangan.. n tunjuk peace...
Memang kelakar...
And.. ni lah hasilnya...

Rasa macam.. eh-eh.. dah besar dah anak dara saya ni...
Boleh senyum simpul plak daaa... ahaks...
Dah macam budak darjah 1...kan...
Emmm... cepat sangat kamu membesar nak...
Tak lama nanti Aqil Naufal plak... huhuhu...
Kita pun makin tua....

Saturday, December 24, 2011

Yusry & Lisa Sepakat Tak Mahu Majlis Pertunangan



Pasangan sensasi Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani akhirnya tampil mengumumkan  majlis pernikahan mereka setelah desas-desus mengenainya menjadi bualan ramai. Seperti yang GUA laporkan tadi, pasangan  ini memilih tarikh 23 Februari 2012 untuk melangsungkan pernikahan dan 23 Februari 2012 untuk majlis resepsi  kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini memilih Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya  untuk majlis akad nikah yang dijadualkan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi  akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)pada sebelah malam 26 Februari .

Dalam sidang media yang diadakan di Mariott Putrajaya Resort & Spa pagi tadi, Yusry turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan. Sebaliknya dia dan Lisa bersetuju untuk terus melangsungkan perkahwinan.

“Bagaimanapun, keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa semalam (Jumaat) untuk tujuan merisik dan menghantar cincin tanda. Majlis merisik ini kami buat juga sebab ingin mengikut adat. Selain serahkan cincin, majlis merisik semalam juga membincangkan tentang tarikh perkahwinan. Hanya keluarga terdekat kedua belah pihak yang hadir,” ujar Yusry berkongsi cerita.

Sementara itu, Lisa mengakui yang dia tidak kisah dengan ketiadaan majlis pertunangan. Jelas bintang ‘Ombak Rindu’ ini, dia mahukan sebuah perkahwinan yang kasual sahaja.

“Bagi Lisa yang penting adalah majlis pernikahan. Sebab itu Lisa tidak mahukan majlis pertunangan. Kami mahukan sebuah perkahwinan yang berlangsung dalam suasana kasual. Lagipun, keluarga Abang (Yusry) telah pun datang merisik dan menghantar cincin tanda, jadi itu sudah memadai,” ujar Lisa berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pasangan ini juga tidak mahu masyarakat melabelkan majlis perkahwinan mereka sebagai  wedding of the year kerana mereka merancangan sebuah majlis yang ringkas dan tidak terlalu mewah.

“Sebenarnya saya dan Lisa masih belum berbincang tentang majlis perkahwinan kami kerana saya pun baru menghantar cincin tanda semalam. Kami masih tidak tahu apa konsep majlis dan pakaian yang akan dipakai. Buat masa ini hanya lokasi majlis yang sudah ditempah. Bagaimanapun, kami mahukan sebuah majlis yang tidak terlalu mewah. Biar nampak ringkas dan elegan.  Kami bukan hendak menunjuk-nunjuk,” ujar Yusry lagi.

Menjawab tentang desas-desus yang mengatakan stesen berbayar Astro mahukan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan dan persandingan mereka, Yusry memberitahu seandainya perkara itu berlaku, ia bukanlah tentang dia dan Lisa. Sebaliknya itu adalah hasil perbincangan pihak pengurusan mereka iaitu Metrowealth dan KRU Studios.

“Setakat ini belum ada kata putus yang dicapai. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan. Seandainya kerjasama ini berlaku, ia bukanlah bermotifkan wang. Kami memang mengalu-alukan penajaan daripada mana-mana pihak yang berminat,” ujar Yusry ringkas.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner, abang sulungnya, Norman Abdul Halimdan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.
 

Alhamdulillah... bertemu jodoh juga akhirnya Yusry... seelamat pengantin baru.. semoga kekal hingga ke syurga... :) betullah rupanya gosip diorang selama ni kan.. emmm.... tak sabar nak tengok baby Yusry n Lisa... huhuhuh... merapu betul malam minggu ni.. anak2 seme dah tido... bilik atas ni tv dah tak de.. Aqilah konker desktop main game... mama layan jek netbook nih... nak bukak tv3 online tak reti plak dah... alih2 layan jekla citer artis2..tetiba update blog memalam buta..hahaha...

Thursday, December 22, 2011

ENGLISH COTTON TERBARU

RM69
Exclude POSTAGE
CUMA 2 PASANG SAHAJA
READY STOCK
SIAPA CEPAT DIA DAPAT
SMS:012-2701522
EMAIL : pesonaputeri@yahoo.com

CL-017

Wednesday, December 21, 2011

:) Tak larat nak updated!!

Sebab hari ni saya rasa down sangat...
Sebab mata saya panas...
Hidung saya berair...
Tekak saya sakit...
Adeeeehhh....
Jadi saya copy dari status friends kat fb...
Membuat saya ketawa..

Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.

Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".

Guru : ........-_-'


Kelakarkan...????

Tuesday, December 20, 2011

Jumlah Yuran Pendaftaran Anak 5 Tahun :)


Total sebenar adalah RM730 lebih...
Tersilap tulis... ala lebih dalam RM50 jek pun...
Tapi inilah yuran pendaftaran anak-anak zaman sekarang...
Saya dulu sekolah tadika... free jek... huhuhuh...
Apapun... ini baru permulaan...
Yang pasti... mama doakan... anak-anak mama...
Sekolah rajin-rajin... belajar pandai-pandai...
Semoga sihat membesar... menjadi anak yang soleh dan solehah...
Berjaya dunia dan akhirat ....insyaallah...
Mama tak punya harta dan wang ringgit berjuta..
Harta mama adalah yang bernama..
Aqilah Najla & Aqil Naufal...
Mana yang mama termampu.. Mama usaha untuk kalian...
Apa saja...


Insyaallah tahun depan Aqilah akan start bersekolah semula di PASTI.. sesapa pernah ingat Februari dulu mama pernah hantar Aqilah ke PASTI tapi mungkin dia belum ready untuk ke sekolah... so cuma seminggu dua jek dia ke sekolah... pastu dok rumah n klu mood dia ok.. mama hantar dia ke Taska.. tapi de next year.. tak de main-main lagi ye sayang.. Aqilah mesti ke sekolah... sebab Aqilah dah besar... mama pun lum buat keputusan samaada nak hantar dia dari pagi ke petang..atau sampai tengahari jek... tengok keadaan dulu macamanaa.. klu dia ok... biarlah dia sampai petang... sebab bila petang... ada kelas belajar solat... mama rasa.. PASTI adalah pilihan yang tepat untuk Aqilah buat masa ni... sebab kita ni nak mengajar anak-anak mengaji.. alahai bilahlah masa... setakat alif ba ta...bolehla... selebihnya...? memang kita tak boleh serah bulat-bulat kat sekolah... tapi dari sekolahlah tempat anak-anak kita dibimbing dengan lebih sempurna.. so mama rasa... dan mama harap... Aqilah akan belajar seperti yang diharapkan..insyaallah...


Kehendak Anak-Anak...

Kadang-kadang saya rasa cukup bersalah... bila terlalu mengikut kehendak anak-anak... tapi dalam masa yang sama saya juga rasa terkilan andainya tak dapat menunaikan kehendak anak-anak... mungkin itu adalah dilema biasa perasaan seorang ibu macam saya... macam contoh ceritanya gini... Aqilah berminggu-minggu dok ulang-ulang nakkan baju hujan Barbie... saya tak tahu dia nampak kat mana... dan saya juga tak tahu dia nampak siapa yang pakai.... tapi setiap kali keluar... dia beria-ia nak pegi beli baju hujan dekat kedai baby bawah Tutti Fruiti tu... jenuh saya pujuk dia mengatakan... baju hujan tu dah habis dijual...tapi biasalah budak-budakkan.. selagi kehendak dia tak dituruti.. selagi itulah dia akan merengek..merengek...dan merengek... (eh merengek ke...???) act bukan merengek... lebih pada merajuk kot... muncung panjang sejengkal leh sangkut hanger... hahahha.. baru saya sedar anak dara saya sangat-sangat dah besar bila tengok dia merajuk... huhuhu...

Akhirnya nak tak nak..bila 2 minggu dia asyik ulang benda yang sama.... saya jadi... alahai nak beli ke tak ni.. nak beli ke tak ni... akhirnya saya tetap buat keputusan .. KATAKAN TAK BOLEH!! konon nak tegaslah dengan anak-anakkan... tahankan ati jekla tengok anak merajuk muncung panjang... tapi dia tetaaaaaaaap citer pasal baju hujan jugak... baju hujan..baju hujan..baju hujan.... mama tetap kata tak boleh..tak boleh..tak boleh... sampai lah satu hari... saya tak ingat saya marah apa kat Aqilah.. mungkin sebab pukul adiklah kot... hahaha itu jekla kot alasan Aqilah selalu kena marah.... hahahha...dan dalam tangis dia keluarkan kata-kata ni... "Mama memang tak sayangkan Aqilah... Aqilah cuma mintak mama belikan Aqilah baju hujan je.. tapi mama tak nak belikan..." aduuuhhh... hati saya rasa disiat-siat plak bila ayat tu keluar dari mulut dia... aduhai anak mama... kalian adalah nyawa mama... takkanlah mama tak sayangkan nyawa mama...

Akhirnya....

Beli je.. terus pakai.. masuk bilik air suruh bukak shower..
ha duduk bawah shower konon hujan... alahai Aqilah.. kamu terlalu banyak menguji tahap kesabaran mama nak....

Monday, December 19, 2011

1 TAHUN - AQIL NAUFAL - 18 DISEMBER 2011

Sebenarnya semalam dah besday si bujang saya ni..
Tapi semalam bz tahap melampau...memang tak sempat nak nak upload gambar..
So hari ni baru berkesempatan....
Happy besday Aqil Naufal.... dah satu tahun dah kamu ye nak....
Mama doakan semoga Aqil Naufal membesar dengan sihat dan bijak...
Dan menjadi anak yang soleh dan solehah..
Bahagia dunia dan akhirat....

Dia memang sangat geram tengok kek kalerful tuh....
Kakak kata... kek dia punya..sebab ada patung ultraman....huhuhu
Dah besar kamu ye nak...


Kek adalah di sponsor oleh Cik Ngah... hahahaha.... dan pilihan kakak Aqilah... :)
Tengah belek2 kek.. dan-dan dia kata dia nak kek ni.. rupanya tercongok ultraman tu ha kat kek tuh...
Hahahhaa..... si bujang tu... terkinja2 jekla..tak tahu menda...huhuhu...

Wednesday, December 14, 2011

Sesiapa Nak Teksi ke LCCT atau ke mana saje....

Sesiapa yang selalu outstation....
Yang selalu bercuti kemana-mana....
Yang selalu dok fikir...
Eh sapa nak hantar aku ke KLIA ni...?
Eh siapa nak hantar aku ke LCCT ni...?
Tak payah susah2 fikir... boleh contact je..
perkhidmatan teksi kat bawah nih..
Kebetulan sekarang Engah Aqilah dah ada teksi...
So u all sesapa nak gunakan servis teksi nak kemana-mana...
Boleh contact je Engah Aqilah...
Harga memang sangat2 berpatutan...
Sebenarnya bukan saja ke KLIA atau LCCT sahaja...
Kemana sahaja tempat yang tersenarai di bawah ni...


Senangkan...???
Dah tentu orang yang kita tahu....
Dah tentu takkan ditipu...
Maklumlah sekarang ni kadang-kadang ada teksi yang kita tak kenal ni... ambik kesempatan.. tambang kaw-kaw dia charge kan...
Kadang-kadang ada setengah orang takut nak ambik teksi...
Sebab takut kena tipu lah... ambik kesempatanlah..dan macam-macam...
Teksi engah Aqilah ni..insyaallah u all akan puashati...
Dah tentu boleh dipercayai..tidak akan charge mahal-mahal kat u all...
So... u all boleh ambik contact no kat atas tu untuk dihubungi bila u all memerlukan..ok...
Insyaallah klu bitau kenal saya kat blog..insyaallah Engah Aqilah akan kasi diskaun kat u all...
Ok... enjoy your trip after this... :)

Wednesday, December 07, 2011

Jom Rembat... Corak sweet sangat2.. :)

JOM CUCI-CUCI MATA TENGOK ENGLISH COTTON DESIGN TERBARU...
SWEET SANGAT-SANGAT...
NAK TENGOK BANYAK LAGI...
JOM KLIK KAT BUTIK PESONA PUTERI



Gelagat Anak-Anak..


Tempat : Di Rumah
Masa : 10.00 mlm
Tarikh kejadian : Malam Tadi

Minum susu sama-sama..
Main sama-sama...
Kadang-kadang leka jer dua beradik ni main sama-sama..
Sangat-sangat rapat...
Aqilah nampak sangat sayang adik...
Aqilah juga sangat ambik berat kat adik...
Tapi tindakannya tak diduga..
Tapi kadangkala tindakan si kakak di luar jangkaan..
Tiba-tiba diketuknya kepala adik dengan hphone mama..boleh??

Tuesday, December 06, 2011

Bertukar Botol Susu...


Sebelum ni Naufal kan guna botol MAM..
Pengguna MAM ni actually kena rajin sikitla...
sebab botol MAM ni ada banyak komponen nak kena cuci semua kan..
Mama ni bukan jenis rajin sangat nak cuci... huhuhu.. memang dasar pemalas la katakan...ngeee...
Kelmarin singgah Manjaku Bangi...
Papa kata why not beli botol Pigeon je..
Teat pun senang cari... komponen pun tak banyak..
And paling penting comel je.. senang Naufal nak pegang...
Tapi memang comel... kurus n tinggi je.. cute...
Mula2 risau takut Naufal tak nak sebab teat dia slim neck..
Naufal selalu guna teat MAM yang leper tu kan...
Alhamdulillah dia nak jer...
so lepas ni mana mama nak letak botol2 MAM yang ada 7 ketoi kat umah ni... hahaha...
ada ke orang nak ek botol susu MAM yang dah guna...
klu tak...dok kat umah ni tak de sapa guna jugak...
Sebab Aqilah pun guna botol Avent.... 
Ada orang nak tak...
kalau sesapa nak valve n teat tu bolehlah beli baru.

Monday, December 05, 2011

Kakak Aqilah Punya Kerja...


Pagi ni ingat nak transfer gambar dari kamera ke pc...
Tengok-tengok... banyak sangat gambar2 kucing ngan tikus ni...
Hahahaha... Kakak Aqilah kan peminat setia Tom n Jerry...
Haru... ini pun sikit.. ada banyak lagi gambar dia snap...
Aqilah... Aqilah... Anak bertuah bertulla....

Thursday, December 01, 2011

Alahai Aqilah Najla...

Hari ni saya adalah terlambat...
Segala-galanya terlambat...
Selalu bangun jam 5.45 pagi...
Tapi pagi ni saya terbangun jam 6.25 pagi..
Haruslah terkocoh2... itu ini begitu begini...
Dalam pukul 6.35 nak turun bawah...
Lepas cium anak-anak semua... tetiba dengar aqilah jerit...
"Mama... mama... kenapa mama tak salam ngan anak2 mama nih dulu sebelum pegi kerja???"
Alahai... Aqilah Najla.. betapa sudah besarnya kamu nak...
Actually saya tak sedar yang Aqilah dah bangun...
Selalu memang kalau keluar rumah bila dia dah bangun pepagi...
Selalu memang salam cium pipi kiri kanan dahi anak-anak semua...
Tapi pagi tadi dengan saya dah lewat...dengan saya terlambat..
(hahaha bukankah sama maknanya dua ayat itu???) 
saya tak perasan dia dah bangun...
Sempat dia cakap macam tuh....
Alahai Aqilah Najla...

Dua orang nyawa mama.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...