Saturday, July 29, 2006
Citer...Aku, Yon, Mak dan dot..dot...dot...
Dan aku ada satu citer berkaitan binatang yang paling aku takut…korang teka apa binatang yang aku takut tu….ular, lipas, katak, cacing, ulat, kera, rimau, beruang, semua bukan…muehehehe…. Tapi labah-labah…memang aku takut….tapi citer ni kelakor....citer masa aku balik kg baru-baru nih…kan bilik tido umah aku kat kg tu ...tirai seme lum tanggal lagi.....walaupun dah nak masuk 4 bulan aku kawin…tapi tirai semua lum tanggal lagi…masa tu dah malam la…dalam pukul 11 cam tu la….aku nak tido..Yon tengah sembahyang isyak....mak aku dah tido..aku pun naik atas katil....tempat aku memang kat tepi dinding yang ada tirai tu kan….pastu...aku nak tanggal spek....aku selalu letak spek kat tepi tingkap...kan tepi tingkap tu ada ruang sikit leh letak spek....aku tanggal spek..lum letak lagi...baru nak letak....bilik aku tak berapa terang sebab pasang lampu tido je..lampu meja tu je yang bukak…so nampak kelam-kelam ler kan...pastu aku nak letak..aku nampak cam benda bergerak kat tirai tu...aku tak jadi nak letak spek tu…aku dok pandang dok perati benda bergerak tu betul-betul….aku dah tak sedap hati dah....pastu aku pakai spek....uwaaaaaaaaaaaaaaaa….labah-labah besar tuuuuuuuuuuuuh aarrrr….aku menjerit sekuat hati...pastu aku melompat atas Yon yang tengah berdoa lepas sembahyang, Yon apa lagi terkejut sesangat…aku peluk Yon dari belakang kuat-kuat…sambil tarik hubby aku ajak kuar bilik....pastu mak aku pun tanya naper-naper...aku kata….ada labah-labah besooooooorrr…..besoooooor sangat-sangat......hubby aku cari bulu ayam nak halau….aku terus kuar bilik gi cari kerusi...aku dok atas kerusi makan mak aku kat luar...aku memang cam tu klu ada labah-labah..memang aku akan cari kerusi ...aku dok cangkung atas kerusi tu...memang itu ler peel aku dari kecik…aku tercongok la dok cangkung atas kerusi tu kat luar..mak aku dalam bilik ngan Yon....mak kata dah tak de dah, dia dah kuar ikut jaring2 atas tu...aku tak caya....aku jerit dari luar....aku suruh Yon tanggalkan tirai tuh...aku jeritla dari luar..mak kata takyahla dia dah kuar....aku kata ..aku tak peduli...tanggalkan gak...pastu Yon tanggalkanla.....dia bawak keluar tirai tu...aku tak nak pandang tirai tu aku takut...aku suruh Yon masukkan dalam washing machine terus...pastu.....aku tak tido tepi dinding dah...aku suruh Yon tido tepi dinding..aku tido sebelah....sebab aku takut..mana tahu tengah malam dia masuk bilik..mati aku....itu la citer aku ngan labah-labah…
Kalau ngan labah-labah aku memang cam tu..dulu-dulu masa kecik-kecik aku ingat lagi..mak aku selalu pujuk aku…dengan mengatakan yang labah-labah klu kaler kelabu yang bawak telur kat perut dia tuh...itu labah-labah nabi….dia baik..mak aku kata….tapi aku tetap gak takut…. Dan mak aku penah kata…labah-labah tu kalau mati….dia akan jadi kering…dan boleh buat ubat kanak-kanak yang suka kencing malam…aku tak tahu apa logiknye kata-kata mak aku tuh…muehehehehe……
Friday, July 28, 2006
Tak Leh Update...Tensen..Tensen...
Tuesday, July 25, 2006
Weekend Yang Selalu Aku Lalui II...dan Kueteow Tomyam + Kuetoew Ladna = Tomyam Ladna
Sabtu datang lagi….
Sabtu yang cukup mem`boring’kan aku….
Sabtu yang membuat aku rasa…ditinggalkan…
Sabtu yang membuat aku rasa…kesunyian…
Sabtu yang membuat aku rasa…kerinduan…
Sabtu yang membuat aku rasa…kehilangan…
Sabtu yang membuat aku rasa…tak tentu arah…
Sabtu yang membuat aku rasa…penat….
Sabtu yang membuat aku rasa…bermacam-macam rasa la….
Aku tak suka hari Sabtu…sebab Yon keje….dan aku ditinggalkan kat umah …. Membuat keje rumah sensorang…tanpa Yon… boring sesangat….
Dan mlm tu jugak seperti biasa…aku kena pegi tido umah akak aku..sebab Yon pegi main futsal…Dan seperti biasa gak.. dalam pukul 3 dia akan singgah ambik aku kat umah akak aku… dan aku seperti biasa jugak.. akan balik dalam tidur…dan bila sedar-sedar.. aku dah ada kat rumah…
23 Julai 2006 (Ahad)
Pagi Ahad aku masak roti canai segera ngan cucur bilis campur kentang, potong cili api… cicah ngan kuah kari… Yon kuar beli paper… beli kuih… bekfes dalam pkl 10.00.. pkl 11…macam biasa…sesi tengok paper sambil tengok tv.. sampai pkl 12.30..sambung tengok melodi…aku Tanya Yon nak masak tak..dia cakap tak payah… pas Zohor…2-2 orang dah mamai…kebetulan hujan…sejuukkkk…aku tengok Yon dah lelap…aku pun ikut lelap…korang tahu tak…memang pecah rekod betul kitorang semalam… dari pukul 2 tido..sampai pukul 6 petang…haru betul… lepas maghrib 2-2 orang dah rasa lapar…aku nak masak..tapi Yon kata takyah..makan kat luar… dan terjadi la insiden yang menggelikan hati… kebetulan..dalam kereta…aku dah plan awal2…nak makan kueteow ladna…dan Yon kata..dia nak makan kueteow tomyam.. ok..set….
Sesampai kedai makan…kitorang pun cari tempat…Pelayan pun datang…
Pelayan : Bang…nak makan apa…
Hubby Aku : emm…bagi tomyam ladna…
Pelayan : Ha…tomyam ladna…tak de bang tomyam ladna…tak penah plak orang order (cakap slang kelantan)
Hubby Aku : eh apa plak tak de nyer….
(Time tu..aku leka baca magazine…so aku tak berapa ambik pusing)
Pelayan : Japla Tanya tukang masak ya….
Hubby Aku : Aá…(jawab cam blur jek…)
Jap pelayan pun datang…
Pelayan : Bang…tak de la tomyam ladna….tomyam ada la….tukang masak saya kata..tak penah plak buat tomyam ladna…
Hubby Aku : Sayang kata nak makan apa tadi ya….? (Hubby aku Tanya aku…)
Aku : Kueteow Ladna….
Hubby Aku : Ha…kueteow ladna aarr….
Pelayan : Ha..itu ada tu bang…(Sengih je….)
Hubby aku gelak…pelayan gelak…aku…terpinga-pinga…. Perbualan di atas…ihsan daripada hubby aku…Itu semua gara-gara terlebih tidola tu….blur semacam je….sampai nama makanan pun dia lupa….
* Moral cerita ni : Janganla tidur berlebihan di siang hari….
Saturday, July 22, 2006
Kesihatan Tak Berapa Stabil...Mood Menulis Pun Kurang...
Thursday, July 20, 2006
Mimpi Baby Yayang....
Hubby Aku : Keta tu nak buat allighment kena tukar tayar dulu….
Aku : …(masih terpinga-pinga, mata pun nak tak nak je bukak, tapi telinga dah dengar)….
Hubby Aku : Nak kena allighment tuh…
Aku : Ha….keta? (Dalam hati aku…ngigau nih…)
Hubby Aku : Aáh keta tu lerr…..
Aku : Keta kat maner?...(Aku try Tanya…kot-kot dia ngigau….klu aku soal dia jawab salah..sahla dia ngigau…apa bendala hubby aku nih…memalam citer pasal keta)
Hubby Aku : Keta kat workshop tu la…. (Eh betul plak dijawabnyer cam tu)
Aku : Naper nak allighment kena tukar tayar dulu ke….? (Aku try lagi….tapi aku dah memang naik hairan naperla hubby aku nih tengah malam citer pasal keta…)
Hubby Aku : Aáh kena tukar tayar dulu la….
Aku : Abang…abang ngigau ke…? Keta apanyer memalam nih…? (Sambil tangan aku angkat kepala dia suruh dia tido kat bantal sebelah aku….eh-eh..elok plak mengikutnya..)
Hubby Aku : Aperlaa sayang ni….ngigau apenyer….(Tapi masa tu aku dah nampak mata dia terpejam….mata pejam sambik cakap..masih tak ngaku ngigau ke..? Aku nak gelak ada..tapi rasa takut pun ada..naper hubby aku jadi cam ni ni…)
Aku : oooo abang tak ngigau la ek…?
Hubby Aku : Taaakkk…..(wakakakakka..rasa nak terburai tali perut aku rasanya….aku tengok jam pkl 2.16 pagi)
Pagi tadi tengah brekfeast…aku try Tanya lagi sekali..apa cerita suami aku nih….
Aku : Bang…klu nak buat allighment..tayar kena tukar dulu ek…?
Hubby Aku : ..naper…keta sayang nak buat allighment ke..?
Aku : Tak…entah keta sapa ntah nak kena buat allighment tu….
Hubby Aku : ….(Sambil pandang aku….sambil senyum…) aáhla…mlm tadi abang ngigau ek….abang ada ngigau…pasal customer abang mlm tadi….
Aku :…itula abang….baru nak ngaku ..mlm tadi tak ngaku….
Aku ngan hubby aku gelak sakan pepagi buta….wakakakka….
Hubby Aku : itu la..abang ingat abang ngigau….tapi abang layan jek la ..dah ngigau kan..takleh buat apa….pastu ada plak orang main masuk-masuk je dalam mimpi abang tuh….orang tu pun layan je…abang pun layan jek la……
Ada cam tu ek…? Entahla…. Layan jek la…..
Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Antara Suami, Isteri dan Keluarga...
Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).
(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)
Wednesday, July 19, 2006
Rasa Nak MC jerr......
Tuesday, July 18, 2006
CT Nurhaliza dan Dato' Khalid Mohd.Jiwa....
Saturday, July 15, 2006
Cerita Malam Jumaat….
Memang satu kebiasaan aku dengan Yon malam jumaat memang wajib la sembahyang berjemaah…sebab malam-malam lain ada gak yang ter`mis’untuk solat berjemaah nih… Maklum la kitorang ni 2-2 orang bekerja… ditambah plak hubby aku tuh kerja kat PJ nak balik Ampang.. klu nasib dia baik..sampai awal..klu nasib tak baik…dah maghrib baru sampai umah… Dan selalunya lepas solat maghrib… kitorang baca surah Yassin sesama… Dan selalunya aku baca Yasin…guna Quran… and semalam hubby aku hulurkan buku tahlil …. Kebetulan buku tahlil nih… dulula…dulu punya cerita… dia bawak dari Masjid kat perumahan aku tu, masa tu dia cuti hari jumaat…dan aku pun cuti hari jumaat….dia balik dari solat jumaat…bawak balik buku tahlil ni…dan aku pun hairan…
(Ini dialog yang dulu-dulu punya cerita k…dialog ni lebih2 kurang cam ni ler…)
Aku : Eh abang dapat mana buku nih?
(Sambil hubby aku hulurkan buku tahlil kat aku…time tu dia baru je sampai dari solat jumaat)
Hubby Aku : Kat masjid…
Aku : Eh ada plak buku masjid bawak balik umah….
Hubby Aku :….Loorr apa salahnyer….
Aku : Ada plak…sukati abang je….
Hubby Aku : Aá kan…sukati jek…klu tak ambik…beli ler..
(Eh dalam hati aku…bila masa plak beli…kuar tadi tak bawak duit pun….macamana dia leh beli buku tuh…dalam hati aku sah-sahla dia ambik kat masjid tu...)
So…cerita hari jumaat tu habis kat situ jekla kan…dan disambungler citer malam jumaat tadi…..dan isu buku tu pun dibangkitkan semula….buku tahlil kan ada surah yassin…
Aku : Abang…. Naper abang tak pulangkan lagi buku nih…
Hubby Aku : eh…nak pulangkan ke mana…?
Aku : Masjid tu ler….tak baik aar duk lelama kat umah nih….Syg ingat abang dah
pulangkan…
Hubby Aku : Kan abang punya tuh…abang beli hari tu, masa abang gi solat jumaat kat masjid
tuh…time kita cuti tuh…
Aku : Bila plak masa abang beli..masa abang gi tu mana ada abang bawak duit..
Hubby Aku : Apela sayang nih....abang tak penah gi masjid tak bawak duit...paling sikit abang
bawak singgit..mesti ada dalam poket...
Aku : Abang buat apa bawak duit gi masjid..nanti kena curik...
(terukkan aku membebel tak habis-habis kan….)
Hubby Aku : Ada plak kena curik…abang memang setiap kali solat jumaat bawak duit…sedekah
kat masjid…
Aku diam…dan kitorang terus sama-sama baca surah Yassin…sehingga selesai….dan seterusnya solat isyak berjemaah….
Alhamdulillah….dan hari ni pagi ni…di ofis aku…ada Program Nuriman untuk setiap hari jumaat… tajuk dia….PERKARA YANG DITINGGALKAN SEORANG INSAN APABILA MENINGGAL DUNIA… dan salah satu yang ditinggalkan ialah sedekah dan amal jariah… selain dari ilmu yang diamalkan dan anak yang soleh…besarnya pahala sedekah ni…walaupun sekeping roti….Cuma sayang sekali..ustaz ni tak huraikan dengan detail 3 perkara nih….tapi apa pun..dia akan huraikan minggu depan…apa-apa hal aku citer minggu depan ya….sebab kebetulan ustaz ni punya 1 jam je untuk beri ceramah… Aku terfikir….klu satu bulan ada 4 hari jumaat….so…4 kali la…hubby aku bersedekah…alhamdulillah kan….semoga apa yang dilakukan…mendapat keredhaan dari Allah s.w.t…insyaallah…. dan aku pun nak bersedekah jugak…insyaallah….
Friday, July 14, 2006
Thursday, July 13, 2006
Pemandu Perempuan...
Aku hairan sangat.. kenapa pemandu perempuan susah nak bagi peluang kat pemandu perempuan yang lain… aku perasan sangat sikap ni dari first-first aku bawak keta kat Kuala Lumpur ni…. Berbeza dengan kaum lelaki…diorang very gentleman…baik hati…murah hati…kebanyakkannya…memang akan bagi peluang kat pemandu wanita…samaada..kita nak tukar line… atau pun kita nak masuk simpang..atau nak keluar simpang… kebanyakkan kalau pemandu lelaki…mesti bagi peluang kat pemandu wanita… ini memang aku respect… Tapi aku cukup kesal dengan pemandu wanita… aku berani katakan kekadang diorang lebih bersikap kurang ajar…bila diaorang geram kita ambik line diorang… siap ping lagi kita… Padahal tangan dah naik lenguh angkat tangan… Ya Allah…tak boleh ke bersikap tolak ansur sikit kat jalanraya…? Setiap orang bayar roadtax bukan kita sorang je yang bayar roadtax, itu kita kena ingat….Ikhlas aku kata…. Selama aku bawak keta… selagi aku boleh kasi peluang kat orang lain…aku tak peduli samaada lelaki atau perempuan…aku akan bagi peluang… Tapi kenapa perempuan lain tak macam tu… Kadang-kadang berkereta besar… tapi otak diorang perikemanusiaan diorang..tolak ansur diorang.. letak kat lutut… apa guna hidup bermasyarakat…? Aku masih ingat pesan seorang kakak nih..masa aku mula-mula bawak kereta kat KL ni..dia kata… tiap kali keluar simpang ke….angkatla tangan… mesti orang bagi kita jalan… dan aku memang praktikkan pesanan akak nih… tapi kekadang masih ada manusia yang memang tak de budi bahasa di jalanraya…bila keluar simpang…ambik line kita… macam jalan tu dia sorang je yang punya… aduhai… kenapalah ada manusia yang tak berbudi bahasa macam nih…
Wednesday, July 12, 2006
Aku Makin Gemok...
Tapi pada aku… janji kita sihat..dan tak de apa-apa penyakit serius.. itu dah kira alhamdulillah kan… whatever…so far..my hubby tak komen pa per lagi la..esok lusa...wallahualam.. Dan hari ni sorang lagi tegur aku... aku makin tembam... uuuwaaaa.....
Saturday, July 08, 2006
Aduhai Cik Siti Si Cantik Manis...

Apa komen korang pasal pasangan nih….Sekarang ni cerita paling panas ialah perkahwinan Cik Siti cantik manis ni.. dengan Dato’ K… Cik Siti ni makin hari makin bertambah manis dan berseri-seri..maklumla kata orang…seri pengantin kot kan… Bermacam cerita terpampang di akhbar…di majalah… selagi Cik Siti ni memBIARLAH RAHSIA… selagi itula..semua orang terutamanya wartawan..akan bercerita.. dan semua orang akan membuat berbagai spekulasi…dan berbagai telahan..dan berbagai tekaan..dan berbagai cerita… samaada betul atau tidak… tak seorang pun yang mampu menghalangnya… selain dari Cik Siti kita nih… Ikhlas aku cakap..aku cukup meminati Cik Siti ni…dari awal pembabitan dia dalam dunia seni nih… Dari Bintang HMI aku memang dah suka pada Cik Siti ni… Sampai la sekarang… tapi bila dia buat keputusan ingin berahsia segala-gala dari peminat… itu aku kurang setuju sikitla..tapi mungkin dia ada sebab tersendiri..Cuma Cik Siti ni tak sepatutnya terlalu memikirkan tentang diri dia sendiri… kerana dia pun sudah membayar harga yang perlu dia bayar sebagai seorang celebriti… dan peminat pun sudah membayar harga yang perlu peminat bayar untuk Cik Siti kita ni kan…
Ini pula cincin yang dikatakan bakal tersarung di jari manis Cik Siti kita…Cincin ini dipamerkan di Chaument, Paris dikatakan dibeli seorang rakyat Malaysia sebagai cincin perkahwinan untuk Persandingan Gemilang 2006 atau Wedding of the Year 2006. Namun nama pembelinya dirahsiakan kecuali dinyatakan sebagai rakyat Malaysia. Nama cincin ini ialah Bague Coeur Toi et Moi Diamants bermaksud Permata Hati Kamu dan Saya, dengan beratnya dianggarkan 1.62 karat.Menurut Chaumet, yang dipetik dari majalah Public, cincin rekaan khas ini diilhamkan oleh Trau Bros dan pernah digayakan artis Judith Godrèche dan dianggarkan berharga 99, 999.99 EUROS atau kira-kira RM460,000.
Aduhai Cik Siti… Aku rasa nak dikatakan Cik Siti ni bertuah pun tak jugak… sebab aku rasa.. dia dah lama bertuah… klu nak dikirakan segala material dikatakan akan dia terima ini…aku rasa..dia sendiri pun mampu…untuk mendapatkannya sendiri… tapi mungkin bertuah kerana diberikan oleh seorang yang bertuah kerana mendapat Cik Siti kita….
Thursday, July 06, 2006
Aku Tak Sanggup...
Bila Yon kata…nak balik umah Mak & Abah weekend nih… aku buat-buat tak dengar…walaupun Yon cakap tuh…di tepi telinga aku… Ikhlas aku kata…aku seronok balik umah Mak & Abah.. aku seronok.. sebab boleh jenjalan tepi pantai… boleh tengok sunset…boleh tengok sunrise.. seronok… memang aku seronok… Bila aku kata… make sure dia call dulu Mak & Abah..tanya ramai tak adik beradik dia balik weekend nih… tapi Yon macam buat tak tahu je… act aku tak nak dia rasa..yang aku tak leh terima family dia…aku tak nak dia rasa cam tu.. tapi aku nak…dia lebih fikirkan perasaan aku jugak…. "Abaaaaaaaaang...abang tolongla sayaaaaaaang....." aku rasa nak jerit je....Perasaan kecil hati dan terasa hati yang aku penah rasa sebulan lepas…masih terasa-rasa lagi.. rasa baru semalam… Aku tak sanggup diperlakukan sekali lagi… Memang aku tak sanggup…
Wednesday, July 05, 2006
Sendiri-Sendiri Fahamla Ya....
Lepas makan..solat semua…sessi lepak melepak… tapi mlm tadi… sessi lepak melepak malam tadi…terlebih2 sikit…heheheh… Baby Yayang…dengan Sayang dia….terlebih manja-manja kan….terlebih cium-cium plak kan….muehehehehe…. apa pun…tak perlulah nak diceritakan dengan detail ek… sendiri-sendiri fahamla kan…. Bahagia kan Baby Yayang…..uuummmuah….
Tak Bertolak Ansur Ke Aku Ni...?
`abaaaaaaaaaang.... abang tak nak kawan sayang ke...? " aku saje je jerit kat tepi telinga dia.... `naaaaaaaakk.... tapi abang ngantuk....' mulut je bukak..mata pejam...
`abang tak leh la tido time cenggini... sayang tak de kawan...' aku saje merengek2 kat tepi telinga dia....
`ala...nanti2 la kita kawan ye...abang ngantuk tul ni...'mata pejam lagi..mulut je buka...
eiiiii...klu dah tido memang cam tu aarrr....dia takkan bangun untuk layan kerenah aku... berdosa ke aku kacau suami tido ek...? entahla.... apa pun... aku tak pernah puas nak bermanja dengan dia... sepatutnya aku kena lebih faham... dan lebih bertolak ansur... tak bertolak ansur ke aku ni....? entahla.....
Tuesday, July 04, 2006
Azimat Cinta...
Monday, July 03, 2006
Weekend Yang Selalu Aku Lalui...
Sabtu (1 Julai 2006)
Sebenarnya 1 Julai tu genap 3 bulan aku bergelar isteri… Act.. tak de yang special pun hari ni… Just aku wish hubby aku and dia wish aku…. That’s all… masak special pun tak kot…but hari sabtu tu..hubby aku balik awal…pkl 3.30 dah sampai umah… and kebetulan mlm tu akak aku nak datang ngan bf dia… tak tahu nak masak apa… buat sambal sardine..makan dengan roti canai segera yang aku beli kat ofis.. diorang datang…borak2…pastu dalam pkl 9 diorang balik… Dan mlm tu buat kali keduanya aku dihantar oleh suamiku ke rumah akak aku..sebab dia nak pagi main benda bulat tuh… benci kan..geram kan… eeiii tak sukanyeeeeeeeeee… tensennyer aku… tapi nak wat camana… terpaksala..walau tanpa rela…. Dalam pkl 3.30 dia call….dia kata dia dah ada depan pintu umah akak aku… aku cakap…aku tido sini je….tahu plak dia kata…janganler gitu…aku saje gertak dia….dalam sedar tak sedar tu..aku kejut akak…and kata hubby aku dah sampai nak jemput aku… balik umah dah tak leh tido… korang tahu tak…hubby aku sambung lagi tengok orang kejar benda bulat atas padang tuh…sampai pkl 5 pagi… aku harap-harap dia takyah tido..terus berjaga sampai matahari terbit….tapi reti plak dia cari bantal cari selimut ..cari itu..cari ini…heheeheheh… kitorang solat subuh dulu…pastu sambung tido lagi…
2 Julai 2006 (Ahad)
Hubby aku biasala…hari Ahad selagi matahari tak tegak atas kepala…memang dia takkan bangunla… pkl 8.30 aku bangun ..sebab ingat nak masak nasi lemak… pkl 10.00 baru aku siap masak… baby bucuk aku tak bangun lagi….eeiii boringnyerrr….dia cuti pun sama cam dia keje… aku tetap tengok tv sensorang kat sofa…baju dah basuh..dah siap jemur…tunggu kering je… dah boring…aku kaco baby aku tido..aku rasa memang hobi aku kaco dia tido la…sebab bila dia tido aku rasa..cam dia tak nak kawan aku jek…tapi aku kaco pun dia tak heran… bila aku memang dah boring betul…aku mintak izin nak kuar beli paper… keluar kejap…pegi kedai mamak..parking keta kat Masjid Kg.Melayu…beli Berita Minggu, Mingguan Malaysia dengan Metro.. tambah roti High-5 satu… Balik umah… Yon dah bangun… kitorang pun bekfesla sekali…. Dan setiap kali hubby aku makan masakan aku..mesti bertambah..kecuali ikan kering masin yang aku masak hari tu jek…eiiii memacam aar hubby aku ni… Tengahari kitorang bersantai-santai la kat umah… memacam leh buat ni bila dok berdua kat umah…. Hehehehe….. Petang Ahad tu…kitorang keluar gi Pasaraya Bintang…tempat aku selalu shopping kat Ampang tuh… bila keluar….beli barang dapur semua… aku teringin nak buat spageti… so beli bahan-bahan nak buat buat spageti… dah sampai umah pkl 8.15… lepas solat maghrib je…aku pun try la ke dapur nak masak spageti… gembiranya hati aku… kira bolehla aku masak tu… bertambah-tambah Yon makan… ayat biasa dia la….selalu puji aku…klu masak favourate dia… ayat membodek aku..bukan aku tak tahu… siap-siap kasi tahu aku..esok dia nak bawak bekal spageti..kebetulan aku buat banyak sikit kuahnya… so esok aku just rebuskan spageti tu jer la…. Act hari ni aku niat nak puasa… tapi pagi tadi… alarm phone aku menjerit pukul 5.20.. aku boleh sambung tido sampai pkl 6… klu nak diikutkan aku boleh puasa…tapi aku tak risau..aku tak leh tahan sebab tak makan apa pun pagi…just dapat milo satu mug pun jadila untuk alas perut…so aku fikir….esok jer la aku puasa..insyaallah….klu sedar la 5.20 pagi esok…hehehe…
Saturday, July 01, 2006
3 Month Anniversary....
Apa yang dapat aku tafsirkan di sini... setiap orang punya cerita dia sendiri.. dan setiap orang akan rasa bahagia dengan cerita diorang sendiri.. dan setiap orang tak lepas dari dugaan tuhan.. Apa pun setiap yang berlaku tuhan dah janjikan hikmah yang kita tak tahu...
Esok 1 Julai... genap 3 bulan aku kawin... dan aku sentiasa berdoa...dan berharap... kebahagiaan akan sentiasa bersama dalam rumahtanggaku... dan segalanya akan dipermudahkan... setiap wanita yang berkahwin aku rasa.. semua mengimpikan rumahtangga yang bahagia... rumahtangga yang sempurna... rumahtangga yang dilimpahi kasih sayang.. dan yang paling di inginkan... ada penyeri rumahtangga... esok genap 3 bulan aku kawin... dan aku masih belum ada apa-apa... dan aku tahu... tuhan belum nak bagi aku rezeki lagi... ikhlas aku kata... aku memang tak nak tangguh-tangguh untuk mengandung... klu sekarang tuhan nak bagi sekarang pun aku nak pregnant... Yon memang sukakan budak-budak.. emmm... setiap kali aku call mak aku... aku selalu mintak dia doakan untuk aku...
Dan citer hari ni..pagi ni.. member aku yang kawin Disember 2005, datang kat Bahagian aku nih.. dah lama dia tak datang sini... maybe sebab segan kot kat ofis aku ni... akak-akak kat sini suka menyebokkan diri... korang faham tak? menyebokkan diri... gegegege... tiap kali dia naik mesti tanya dah peknen ke lum... maybe dia pun tensen..tu yang lama tak naik... and hari ni...dia naik... tetiba jek... datang-datang member aku ni terus ngadu penat...
Akak Ofis Aku : Penat.? ko ngandung ke?
Member Aku : Penat la kak...
Member Aku Sorang Lagi : Dah berapa bulan?
Member Aku : Tak tahu la..lum check tapi dah 2 minggu lewat...
Member Aku Sorang Lagi : Emm klu dah lewat tu confirm la tu..
Akak Ofis Aku : Ini baru berapa bulan belum lagi perut ko besar...
Ada sorang lagi akak ofis aku datang ..untuk pengetahuan memang ofis aku ni ramai akak-akak yang suka menyebokkan diri...
Akak Ofis Aku Sorang Lagi : Sapa pregnant?
Member Aku : Ni ha akak kembor ni ha.. ( eh aku plak ditalanyer...)
Aku : Eh...ko ler dulu... takkan akak plak...nanti ko kata akak potong trip ko plak...
(entahla.. aku jawab cenggitu je... padahal jauh di sudut hati aku ni..cam ada jeles la... teruk ke aku ek? korang rasa teruk aku kan..? padahal member aku ni dah nak masuk 7 bulan kawin..so memang patutla dia peknen kan....yang aku baru nak masuk 3 bulan..not fare la klu dia peknen dulu kan...eeeiii teruk ke aku..? aku rasa aku teruk ada perasaan cam tuh... ya allah ampunkanla dosa aku....)
Apa pendapat korang...? Korang rasa teruk ke aku...?
Dan apa yang aku boleh tafsirkan.. setiap manusia di muka bumi ni..sentiasa tak puas dengan apa yang ada... dan aku nak cuba perbaiki diri aku.. supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang tuhan beri.... kerana... setiap yang berlaku..tuhan dah janjikan hikmahnya..cuma kita je yang tak tahu... tapi biasala... bila kita belum kawin...orang akan tanya bila nak kawin.. bila kita dah kawin.. orang akan tanya.. bila nak peknen..bila dah peknen..orang akan tanya bila nak beranak.. dan bila dah beranak.. orang akan tanya bila nak peknen lagi.. bila dah beranak lagi.. orang akan tanya bila nak tambah anak... dan ketidakpuasan hati tu.. takkan berakhir.. selagi kita bernafas.... Apapun.. setiap kali solat aku sentiasa berdoa... semoga aku dipermudahkan untuk pregnant... semoga baby yang aku pregnant..sempurna sifat...dan aku dipermudahkan bersalin...dan baby akan membesar dengan sihat... dan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.. itula doaku setiap kali lepas solat... aku yakin tuhan akan makbulkan doa ku... insyallah... dan aku harap... member-member blog aku pun..akan doakan untuk aku ya....



